Kedah Darul Aman Fc Bayar Tunggakan Gaji Pemain
ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sudah menjelaskan tunggakan gaji pemain kata presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor.
Katanya, sebelum ini KFA menunggu proses pengambilalihan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) oleh sebuah syarikat bagi musim ini.
“Kita tunggu, tetapi mereka tidak bayar. Selepas batal urusan tersebut maka semua bayaran tunggakan kita lunaskan,” kata di sini semalam.
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya KDA FC tidak dapat beraksi pada kejohanan Piala AFC kerana terdapat tunggakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurutnya KDA FC sudah memperolehi lesen AFC setelah mendapat pelepasan daripada LHDN yang membenarkan KFA menjadualkan pembayaran.
“Tetapi baru-baru ini, datang pula tuntutan bayaran cukai melibatkan dua pemain yang tidak lagi beraksi bersama Kedah dengan nilai lebih RM1 juta,” tambahnya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, tuntutan itu tidak dibuat semasa pengurusan sebelum ini, sebaliknya datang kepada pengurusan baharu.
Bagaimana kata beliau pihaknya akan selesaikan tuntutan berkenaan.
“Kita bayar jugalah, walau pun nilainya tinggi, cuma hairan juga kenapa dahulu pihak LHDN tak tuntut?
“Tidak adil jugalah, patut ‘ligan’ pihak dahulu yang tak bayar. Sekarang ini kita hempas pulas bayar hutang ‘depa ligan’ pula.
“Mungkin pasal kita baik depa mai sua kertas. Itu sebab saya kata sekarang zaman mensucikan dosa lama, dosa baru jangan buat,” sambungnya.
Menurutnya juga perkara tersebut tidak mengganggu sebarang urusan berkaitan penyertaan dalam Piala AFC. – HARAKAHDAILY 5/3/2021
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2021/03/kedah-darul-aman-fc-bayar-tunggakan.html