Kecoh Dakwaan Laman Sosial Jual Data Pengguna Kepada Pihak Ketiga





 

Kecoh seketika dengan kempen #deletefacebook berikutan dakwaan laman sosial terbabit menjual data pengguna kepada pihak ketiga
Jika anda sedar, bukan saja Facebook tetapi kebanyakan laman sosial bergantung kepada taktik terbabit untuk tujuan ‘monetize’
Data terbabit memang ditawarkan kepada pihak lain atas tujuan iklan meskipun laman sosial berkeras tidak ‘menjualnya’
Facebook boleh dikatakan syarikat yang menyediakan data kepada pihak ketiga yang mahu menjual produk mereka
Ia menjadi saluran yang khusus berdasarkan umur, jantina, lokasi, minat dan status perkahwinan kita
Sudah pasti, ia menjadi ‘port’ paling menarik kepada pengiklan untuk memperoleh maklumat terbabit walau mahal sekalipun koleksi data itu
Ia perkakasan yang terbaik kepada pengiklan
Sebenarnya bukan setakat Facebook saja, anda mungkin sedang membaca mengenai selebriti di Internet dan satu persatu perincian terpapar di skrin telefon atau komputer
Dalam dunia Internet sekarang yang dikatakan semua maklumat di hujung jari, apa saja boleh berlaku

FACEBOOK didakwa jual data pengguna
Apabila dikatakan apa saja boleh berlaku, ia bermaksud kemungkinan besar maklumat yang anda lihat di Internet bukan saja mengenai orang lain tetapi secara tidak sedar semua data berkaitan anda jelas terpampang di sana
Misalnya, apabila anda menaip nama sendiri di Google, ia akan memaparkan maklumat paling asas iaitu akaun laman sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter
Jadi, apa maklumat mengenai anda yang tersimpan dalam Internet tanpa anda sendiri tahu mengenai kewujudannya
Jika anda sudah mendaftar di laman sosial seperti yang dinyatakan awal tadi, secara automatik nama anda sudah dicap dan akan ‘tertanam’ di Internet
Bukan itu saja, maklumat mengenai jaringan rakan juga turut sama diperoleh dengan mudah kerana buat masa ini kebanyakan tetapannya diset kepada ‘default’ yang secara umumnya terbuka melainkan anda sendiri mengubahnya
Lebih membimbangkan, kemungkinan bukan saja nama atau akaun laman sosial anda saja yang bersepah di Internet, tetapi maklumat peribadi lain seperti nombor kad pengenalan, telefon dan kad kredit boleh tersebar jika tidak berhati-hati

LAMAN sosial simpan data berdasarkan penggunaan . Salah guna maklumat peribadi bukan membabitkan individu popular saja tapi kebanyakan penggodam siber lebih gemar menyasarkan orang biasa kerana ia lebih mudah dan boleh dikatakan kebanyakan modus operandi bermotifkan keuntungan
Kita perlu tahu kebanyakan laman web mengesan penggunaan berdasarkan ‘cookies’ jadi lebih mudah bagi mereka untuk menyasarkan iklan tertentu mengikut profil
Namun, sepatutnya maklumat berkaitan tidak keluar dari lingkup tujuan pengiklanan semata-mata, tetapi ia boleh disambungkan ke pelbagai laman ‘affiliate’ lain yang mengetahui siapa diri anda secara ‘online’
Namun, ada juga sesetengah yang mempamerkan maklumat anda secara online sehingga maklumat asas terpampang
Dalam laman yang mengumpul data ini, sesiapa saja boleh menaip nama, e-mel, nombor telefon atau maklumat peribadi anda seterusnya mengetahui tarikh lahir, alamat rumah, sejarah tempat tinggal, nilai rumah, jumlah saudara mara, agama, bangsa, hobi, sejarah pekerjaan mahupun laman sosial yang anda ada akaunnya
Maklumat ini boleh diperoleh secara percuma di Internet dan kadang-kadang ada yang menawarkan maklumat tambahan pada harga yang rendah


KERAP menggunakan laman sosial membolehkan lebih banyak data disalurkan
Sesiapa saja termasuk kawan, musuh, bakal bos atau peguam yang mengendalikan kes boleh mencari maklumat mengenai anda, cuma sama ada ia maklumat tepat atau tidak saja menjadi persoalan
Kalau anda tidak percaya, cuba taip mana-mana e-mel yang berdaftar di Google dan ia akan terpampang di skrin. Jarang pula keluar ayat ‘No results found for’
Maklumat yang keluar nanti mungkin bukan berkenaan e-mel saja, tetapi sejarah perbualan di laman sosial, status yang dikongsi orang lain malah jika individu lain berbual mengenai anda pun akan turut dipaparkan
Bagi enjin carian, maklumat terbabit mungkin berguna untuk memeriksa reputasi online anda saja tetapi laman pengumpulan data mempunyai maklumat lain tanpa disedari
WWW memang dunia yang sangat luas tapi ada satu lagi dunia yang dipanggil ‘Deep Web’ mengandungi muka web dan pusat data boleh cari ‘underground’ kebanyakannya tidak berindeks dengan enjin carian
Kemungkinan ada individu yang ‘suka-suka’ saja menggali maklumat anda dan memaparkan di Deep Web

LAMAN sosial jadi trend hidup manusia
 Anda boleh lihat laman carian individu seperti Pipl yang memungkinkan anda mencari berdasarkan nama, e-mel, nama pengguna, nombor telefon atau lokasi dan dikhabarkan jika anda menaip, ia akan memaparkan maklumat paling relevan berkaitan individu terbabit seperti laman linkedin atau akaun Facebook
Kemudian, anda boleh membayar harga premium untuk memperoleh maklumat tambahan mengenai individu terbabit
Kita bernasib baik kerana pengguna data yang mendedahkan maklumat peribadi individu kepada orang ketiga tanpa persetujuan pemilik untuk tujuan komersial kerana mereka boleh berdepan tindakan tegas berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)
Akta itu digunakan untuk menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan serta keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di negara ini
Menerusi akta berkenaan, mereka yang mempunyai data pengguna dari 11 sektor seperti komunikasi, insurans, perkhidmatan dan jualan langsung akan lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat peribadi individu kepada pihak luar
Semua data peribadi yang dilindungi mengikut Akta 709 termasuk nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor pasport, maklumat kesihatan, e-mel, gambar, imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan maklumat dalam fail peribadi
Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan penalti iaitu denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan memproses data peribadi tanpa perakuan pendaftaran atau selepas pendaftaran dibatalkan serta denda tidak lebih RM200,000 atau penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan tidak mematuhi notis penguatkuasaan atau kehendak pesuruhjaya

ALGORITMA laman sosial baca tabiat pengguna

Meskipun dengan akta terbabit, Internet tetap Internet. Sekali sudah melekat, sukar untuk dikeluarkan secara total
Apa yang boleh anda lakukan? Semak semula tetapan laman sosial terutama Facebook, sekurang-kurangnya jika tak secara keseluruhan, anda masih boleh melindungi maklumat penting daripada bocor
Kemudian apabila melayari atau mendaftar sesuatu, bersihkan ‘cookies’ anda atau jangan terlalu berharap untuk menyimpan kata laluan
Jika nama anda berada di laman carian, mungkin boleh memohon kepada laman carian terbabit untuk menghilangkannya dengan membuat permohonan rasmi melalui e-mel dan melampirkan bukti pengenalan.-sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://infolagi4u.blogspot.com/2018/04/kecoh-dakwaan-laman-sosial-jual-data.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Rasuah Jpj Akan Buat Laporan Kepada Pihak Berwajib

Dakwaan Rasuah Jpj Akan Buat Laporan Kepada Pihak Berwajib

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 154 hits
Kuala Lumpur Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuat laporan kepada pihak berwajib berhubung artikel bertajuk Rasuah dalam JPJ jahanamkan industri logistik disiarkan oleh sebuah portal berita hari ini Menerusi satu kenyataan JPJ memaklumkan...
Jual Produk Anda Di Laman Web Popular

Jual Produk Anda Di Laman Web Popular

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 528 hits
Semasa catatan ini ditulis wabak Convid 19 masih lagi melanda di dunia Lebih menyedihkan lagi pas lawatan untuk menunaikan umrah telah di sekat sementara Semoga kerajaan Arab saudi tidak membataskan nya terlalu lama Orang ramai munkin memba...
Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 356 hits
Kuala Lumpur Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini Beliau berkata semua pihak...
Relokasi Kantor Bank Btn Raup Dana Pihak Ketiga Rp37 Triliun

Relokasi Kantor Bank Btn Raup Dana Pihak Ketiga Rp37 Triliun

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 103 hits
Direktur Utama Bank BTN Pahala N Mansury mengatakan pihaknya tengah berfokus mengembalikan hakikat sebagai bank tabungan Upaya tersebut dilakukan dengan meningkatkan inovasi untuk menjemput simpanan dari masyarakat
Kemaskini Windows 10 Menyebabkan Profil Dan Data Pengguna Disembunyi

Kemaskini Windows 10 Menyebabkan Profil Dan Data Pengguna Disembunyi

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 232 hits
Kebelakangan ini Microsoft dilihat mempunyai banyak masalah dengan kemaskini sistem operasi mereka Tidak lama selepas isu pengguna sistem operasi Windows 7 menghadapi masalah dengan latar belakang dan isu untuk menutup komputer mereka tiba ...
Kegunaan Data Center

Kegunaan Data Center

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 265 hits
Perkembangan teknologi di dunia tentu memberikan banyak manfaat bagi kehidupan manusia terlebih dalam menjalankan segala aktivitas menjadi cepat dan efektif Sehingga ada baiknya bagi kita untuk mengetahui perkembangan teknolog yang saat sek...
Yorrys Raweyai Kritik Mahfud Md Yang Sebut Data Veronica Koman Soal Papua Sampah

Yorrys Raweyai Kritik Mahfud Md Yang Sebut Data Veronica Koman Soal Papua Sampah

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 248 hits
Jakarta Menko Polhukam Mahfud Md menyebut surat dari aktivis HAM Veronica Koman soal data korban ricuh di Papua sampah Anggota DPD RI dari dapil Papua Yorrys Raweyai mengkritik sikap Mahfud Mahfud Md sebagai menteri pembantu presiden tidak ...
Sri Mulyani Pembersihan Data Peserta Bpjs Kesehatan Sudah Sesuai Rekomendasi Bpkp

Sri Mulyani Pembersihan Data Peserta Bpjs Kesehatan Sudah Sesuai Rekomendasi Bpkp

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 132 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan pemerintah telah melakukan pembersihan data atau cleansing untuk peserta BPJS Kesehatan Perbaikan data yang dilakukan merupakan tindak lanjut rekomendasi Badan Pemeriksa Keuangan dan Pembang...
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Realme Note 60 Dicipta Untuk Ketahanan Akan Dilancarkan Pada 29 November 2024

Siapa Cakap Gaji Aku Rm1 Juta Jojo Ghazali

Betul Ke Teh Hijau Boleh Turunkan Berat Badan

Kalendar 2025 Menyusun Rancangan Perjalanan Dan Percutian

Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm