Kecewa Dengan Biskut Red Velvet
Mendung je pagi ni disusuli dengan hujan bila hampir tengahari ni. Ikutkan hati nak je tarik selimut, on air cond. Wahh ala-ala duduk oversea musim sejuk gitu. Tapi terpaksa lah lupakan hasrat nak sambung tidur. Banyak kerja oii
Awal pagi dah siapkan menu nasi lemak untuk menu sarapan dan makan tengahari. Kalau ada lebih buat minum petang. Senang tak payah bersusah payah nak masak tengahari dan buat minum petang. Tapi untuk makan malam memang tak lah.
Masak nasi lemak kot! Nasi bersantan tu kurang tahan kalau nak sampai ke malam pun. Silap-silap petang nanti kalau tak elok-elok simpan dah boleh basi dah. Dua tiga hari ni dah tak tahu nak masak apa dah sebenarnya. Jemu makan masakan sendiri. Pernah rasa tak macam tu?
Harga Biskut Red Velvet Murah Semasa RayaBila dah jemu nak makan masakan sendiri. Kita makan mana yang kita berselera nak makan. Mujur juga ada biskut red velvet beli haritu sekali dengan biskut semperit kastard. sebab harga biskut red velvet boleh tahan murah juga kat Mydin tu.
Harga pasaran sebelum raya tak pastilah berapa harganya. Murah tu memang murah RM14.15 untuk satu bekas. Tapi kann... Lepas rasa biskut red velvet ni, mengubah balik persepsi Fiza terhadap kuih raya beli yang kurang sedap. Sebagai penggemar tegar red velvet. Kecewa sikitlah tak dapat yang betul-betul sedap
Jangan kecam pulak ye atau pengaruh kau orang supaya tidak membeli biskut red velvet. Cuma berkongsi apa yang dirasa. Mungkin pada kau orang sedap. Tapi tidak bagi Fiza. Tekstur dia kurang crunchy dan macam biskut lemau macam tu. Mungkin juga style biskut ni macam ni kot. Entah! Tak ada jawapan.
Bila rasa dia kurang sikit, lambat lagi lah nak habis. Slow sikit nak makan. Kuih semperit kastard kemain laju habis makan. Teringin nak buat sendiri tapi bab buat kuih ni tak berapa nak pandai sangatlah. Tapi ada lah beberapa resepi yang nampak macam senang je nak buat
Mungkin boleh gunakan resepi biskut red velvet azlina ina atau resepi red velvet che nom. Ada jugak resepi red velvet cookies resepi seminit. Perghh seminit je membuatnya. Hebat betul! Atau mungkin juga boleh cuba guna tepung segera biskut red velvet. Gerenti jadi agaknya kot
Kita rindu awak biskut oreo red velvet. Cepatlah muncul!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/06/kecewa-dengan-biskut-red-velvet.html