Kecantikan Bukan Kemewahan L Or Al Lancar Salun Sosial Pertama Di Asia


Beauty for a Better Life Salun yang pertama di Asia, kini bertapak di Malaysia. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Beauty for a Better Life anjuran Yayasan L’Oréal, dan bertujuan memerangi pengasingan sosial menerusi kuasa kecantikan. Ia diilhamkan oleh Yayasan L’Oréal, dan diterajui secara tempatan oleh L’Oréal Malaysia dan Yayasan Food Bank, bagi menyediakan rawatan kecantikan dan kesejahteraan, serta produk kebersihan dan kecantikan secara percuma kepada komuniti yang memerlukan. Paling penting, ia menyediakan satu ruang yang membantu membina semula harga diri, keyakinan dan hubungan sosial.
Sejak tahun 2016, program Beauty for a Better Life telah memperkasakan seramai 249 wanita daripada komuniti terpinggir di Malaysia melalui latihan vokasional dalam bidang dandanan rambut dan kecantikan. Dengan menyediakan kemahiran profesional, program ini membina keyakinan diri, kecekalan dan kepercayaan diri, sekali gus membuka peluang kepada kerjaya yang mampan. Menariknya, 90% daripada graduan program tersebut berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh tiga bulan. Malah, ramai antara mereka yang kembali menyertai tenaga kerja atau memulakan perniagaan sendiri.
Salun ini merupakan inisiatif baharu di bawah program Beauty for a Better Life anjuran Yayasan L’Oréal, dan yang pertama seumpamanya di Asia. Dengan menawarkan perkhidmatan secara penuh empati dan keprihatinan, ia mencerminkan falsafah Yayasan L’Oréal—kecantikan bukan satu kemewahan, tetapi satu keperluan asas manusia.

Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia, Tomas Hruska berkata, “Beauty for a Better Life Salun merupakan langkah bermakna dalam misi kami untuk memartabatkan komuniti terpinggir melalui kuasa transformasi kecantikan. Ia mencerminkan komitmen kami terhadap impak yang berpanjangan dan mampan, di mana profesional kecantikan yang terlatih bukan sahaja mampu membina kerjaya sendiri, tetapi juga menjadi pemangkin untuk integrasi semula sosial dan pemerkasaan.”
“Seiring pengembangan program Beauty for a Better Life, L’Oréal Malaysia berazam untuk memperkasakan 5,000 individu menjelang tahun 2027. Walaupun ia matlamat mencabar, kami didorong oleh kepercayaan bahawa kecantikan bukan sekadar soal luaran—ia mampu mencetuskan perubahan yang nyata dan berkekalan. Setiap lawatan ke salun, setiap kemahiran yang dipelajari, dan setiap kehidupan yang berubah, akan menjana gelombang impak yang menyokong keluarga, memperkukuh komuniti dan membantu wanita menjalani kehidupan yang bermaruah dan berdikari,” tambah beliau lagi.
Bagi mereka yang kurang bernasib baik, sekecil-kecil tindakan seperti pemotongan rambut boleh membina semula harga diri dan keyakinan, serta menyuntik semangat baharu untuk menghadapi cabaran harian. Satu kajian yang dijalankan di Perancis pada 2019 oleh Association Joséphine mendedahkan bahawa 89% wanita yang menerima rawatan kecantikan melaporkan peningkatan keyakinan diri, manakala 81% melaporkan imej diri yang lebih positif.
Salun ini dikendalikan oleh graduan program latihan vokasional Beauty for a Better Life, yang kebanyakannya berasal daripada komuniti berpendapatan rendah di Malaysia. Dengan ini, mereka bertukar daripada ‘penerima manfaat’ kepada ‘pemberi manfaat’, sekali gus melengkapkan kitaran pemerkasaan. Pendandan rambut di salun ini bukan sahaja menghulurkan perkhidmatan dandanan, tetapi juga sokongan emosi kepada individu yang berhadapan cabaran sosial, supaya mereka turut berasa dikasihi dan dihargai. Selain penjagaan diri, ia juga berfungsi sebagai pusat perhubungan sosial yang memupuk semangat kekitaan, serta memperkukuh ikatan komuniti dalam kalangan mereka yang tersisih.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid berkata, “Di Yayasan Food Bank Malaysia, kami percaya tiada seorang pun yang harus tercicir daripada keperluan asas, baik makanan berkhasiat mahupun kasih sayang. Sebagaimana makanan mengisi perut, Beauty for a Better Life Salun memberikan ‘nutrisi emosi’. Sepinggan makanan hangat yang mengenyangkan perut; satu sesi dandanan yang menceriakan jiwa. Kedua-duanya mampu memulihkan maruah dan harga diri, serta mengingatkan golongan yang memerlukan bahawa mereka dikasihi, dihargai dan layak disayangi. Itulah sebabnya kolaborasi bersama L’Oréal Malaysia ini begitu bermakna.”
Beauty for a Better Life Salun melambangkan lembaran baharu bagi membawa kuasa transformasi kecantikan kepada mereka yang paling memerlukannya, dengan membina semula maruah, memupuk pemerkasaan, serta membina komuniti yang lebih kukuh di Malaysia dan seluruh dunia. Ia turut menyerlahkan sumbangan Malaysia kepada misi global Yayasan L’Oréal, yang sejak 2016 telah memperkasakan lebih 67,000 wanita di lebih 28 negara melalui latihan kecantikan profesional, serta mencapai purata 20,000 wanita setiap tahun melalui sokongan sosial dan kesejahteraan.
Untuk maklumat lanjut tentang program Beauty for a Better Life, sila layari laman web rasmi L’Oréal Fondation.
The post Kecantikan Bukan Kemewahan, L’Oréal Lancar Salun Sosial Pertama di Asia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/01/kecantikan-bukan-kemewahan-loreal-lancar-salun-sosial-pertama-di-asia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dji Lancar Kamera Aksi 360 Pertama Osmo 360 Harga Bermula Rm1 879

Dji Lancar Kamera Aksi 360 Pertama Osmo 360 Harga Bermula Rm1 879

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 139 hits
DJI kini melancarkan kamera aksi 360 pertamanya DJI Osmo 360 yang direka untuk bersaing secara langsung dengan Insta360 X5 Menyentuh spesifikasi Osmo 360 tampil dengan rekaan lebih kompak seberat 183g dan dilengkapi skrin bersaiz 2 inci Osm...
Sunway Lagoon Lancar Coaster Air Hibrid Pertama Malaysia

Sunway Lagoon Lancar Coaster Air Hibrid Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 160 hits
Sunway Lagoon Lancar Coaster Air Hibrid Pertama Malaysia KUALA LUMPUR 4 Ogos Sunway Lagoon telah memperluas rangkaian tarikan ikoniknya dengan pelancaran Wild Chase Water Coaster iaitu gelongsor air hibrid pertama di Malaysia yang menggabun...
Fasa Pertama Kilang Infineon Rm30 Bilion Siap Bukti Potensi Jadi Realiti

Fasa Pertama Kilang Infineon Rm30 Bilion Siap Bukti Potensi Jadi Realiti

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 160 hits
Pelaburan RM30 Infineon di Kulim Kedah yang diluncur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah menjadi realiti dengan penawaran 1 500 peluang pekerjaan Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 28 Jul Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz m...
Skechers Friendship Walk 2025 Bakal Warnai Setia Alam Buat Pertama Kali

Skechers Friendship Walk 2025 Bakal Warnai Setia Alam Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 156 hits
Acara larian dan berjalan kaki tahunan yang dinanti nantikan Skechers Friendship Walk kini kembali untuk edisi ke 8 dan bakal berlangsung buat pertama kalinya di Oval Lawn Setia City Convention Centre Setia Alam pada 7 September 2025 Dengan...
Rashford Tampil Kali Pertama Bersama Barcelona

Rashford Tampil Kali Pertama Bersama Barcelona

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 147 hits
Rashford tampil kali pertama bersama Barcelona RASHFORD kali pertama tampil bersama Barcelona FOTO FB BARCELONA FC Kobe Marcus Rashford membuat penampilan pertamanya bersama Barcelona ketika meraih 3 1 ke atas pasukan Liga J Jepun Vissel Ko...
Hiburan 11 Bulan Sorokkan Wajah Anak Mk Akhirnya Dedah Buat Kali Pertama

Hiburan 11 Bulan Sorokkan Wajah Anak Mk Akhirnya Dedah Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 142 hits
Melalui laporan Kosmo penyanyi rap dikenali ramai iaitu MK akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya pada konsert Duo Terhangat McDonalds di McDonalds Putrajaya Presint 2 DT semalam Difahamkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin mel...
Rabies Di Bali Naik Ini Pertolongan Pertama Untuk Rabies Yang Wajib Kamu Tahu

Rabies Di Bali Naik Ini Pertolongan Pertama Untuk Rabies Yang Wajib Kamu Tahu

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 129 hits
Bali belum lama ini menjadi sorotan setelah dirilisnya peringatan Rabies red zone di sejumlah kawasan wisata populer termasuk sebagian besar dari wilayah Kuta Selatan Peringatan ini dikeluarkan setelah penemuan 1 2 anjing yang positif Rabie...
13 Bekas Kekasih Tapi Baru Kali Ini Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga

13 Bekas Kekasih Tapi Baru Kali Ini Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 149 hits
Pelakon remaja Qistina Raisah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi detik menyentuh hati menerima jambangan bunga mawar merah daripada teman lelakinya Afiq Rosli Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok Qistina atau nama penuhnya...
Content Forum Jadi Organisasi Pertama Malaysia Sertai Program Priority Flagger Google

Content Forum Jadi Organisasi Pertama Malaysia Sertai Program Priority Flagger Google

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 162 hits
Google mengumumkan bahawa Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjadi organisasi pertama di negara ini menyertai Program Priority Flagger satu inisiatif global bagi memperkukuh keselamatan digital di platform Google dan YouTu...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Spring Blossom Wildflower Dan Country Festival

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

Frame Ala Ala Country Cottage

Perkampungan Fridge Magnets Ole Ole Dari Italy

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat

Puji Sedap Mat Saleh Terus Jatuh Hati Dengan Nasi Kerabu

Tiga Termasuk Kanak Kanak Maut Empat Cedera Dalam Kemalangan Di Rompin

Lyodra Bodohnya Aku Chord