Kebodohan Pemimpin Islam Ph Menyebabkan Kebiadapan Terhadap Islam Dilakukan Secara Terang



Sejak kebelakangan ini, sering kita lihat tindakan provokatif terlampau dilakukan oleh sesetengah pihak...


Sebagai contoh, masyarakat Melayu Islam pernah dikejutkan dengan perbuatan mengedar kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu secara terang-terangan...

Bukan sahaja di Sekolah Menengah Kebangsaan, malah ianya juga dilakukan di kawasan perumahan dan kampung-kampung yang dikenalpasti majoriti penduduknya adalah masyarakat Melayu Islam...

Mengapa perkara ini berlaku?

Persoalan yang lebih besar ialah, mengapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap mereka?


Sebenarnya, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, telah mengingatkan perkara ini dari sudut perundangan...

Mari kita baca, bagaimana karakusan terhadap kuasa pemimpin Melayu Islam telah 'menghalalkan' perbuatan itu :

Saya ditunjuk Perjanjian Bersama Kerangka Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 13 Disember 2016...

Terdapat dua pihak dalam perjanjian itu. Di satu pihak ialah PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan di satu pihak lagi PPBM...


Ia dibuat di Petaling Jaya dan ditandatangani oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Haji Mohamad Sabu (Amanah) dan Tan Sri Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin (PPBM)...

Klausa 1(1) Perjanjian itu, antara lain, menyebutkan :

'Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan 'bebas', aman dan damai...'

Perhatikan bahawa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang memperuntukkan, antara lain :


Perkara 3(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai...

Perhatikan bahawa perkataan 'bebas' telah ditambah...

Apakah kesannya?

Kesannya ialah, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan larangan...

Ini termasuk :


》Orang bukan Islam tidak boleh dihalang daripada pengembangan (propagation) agama mereka kepada orang Islam kerana itu adalah sebahagian daripada ajaran agama mereka...


》Mereka mempunyai alasan untuk menuntut supaya dibina atau untuk membina gereja dan to’kong-to’kong mereka di tempat-tempat awam, termasuk di kampus-kampus universiti...

》Cara mereka beribadat juga tidak boleh disekat...


Misalnya, di bulan hantu lapar, mereka boleh meletakkan babi panggang di luar to’kong mereka, termasuk di dalam kampus universiti, kerana menjamu hantu lapar adalah sebahagian daripada ibadat mereka di bulan itu...

Ringkasny, tujuan mereka menambah perkataan 'bebas' itu ialah untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan agama Islam di segi pentadbiran, termasuk penggunaan dana kerajaan...

Perlu ditekankan bahawa semua itu boleh dilakukan secara pentadbiran, tanpa meminda Perlembagaan...

Nampaknya ketiga-tiga pemimpin Melayu Islam itu sama ada tidak nampak, tidak peduli, hendak mengambil hati Lim Guan Eng atau sudah diperbodohkan oleh Lim Guan Eng...

Ini orang Melayu/ Islam perlu sedar....

Masyarakat Melayu Islam di Malaysia ibarat telah diikat kaki dan tangan mereka untuk bertindak, telah ditutup mulut mereka untuk bersuara apabila melihat kebiadapan pihak-pihak tertentu dalam usaha memperluaskan pengaruh ugama mereka...

Selama ini kita menyangka kedaulatan ugama Islam masih kekal dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi tanpa kita sedari, kerakusan dan kebodohan pemimpin-pemimpin yang bernama Wan Azizah, Mohammad Sabu dan Muhyiddin Yassin telah membuka pintu seluas-luasnya terhadap pencerobohan ugama Islam di Malaysia...

Inilah balasan dan azab yang paling besar Allah SWT berikan kepada kita kerana memilih atau memberi mandat kepada kafir harbi dan munafik...

Renungkanlah firman Allah SWT :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا
Mafhumnya :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir sebagai pemimpin kamu dengan meninggalkan orang-orang yang mukmin"...
"Inginkah kamu ingin mengadakan satu alasan yang nyata bagi Allah SWT menyiksa kamu"...
An Nisa : Ayat 144

Seperti yang ditulis oleh Tun Abdul Hamid, perubahan yang dipersetujui tidak memerlukan pindaan di peringkat parlimen...

Admin yakin, setelah mendapat kuasa pemerintahan, ianya adalah antara perkara pertama yang mereka lakukan...

Melihat kedaulatan ugama Islam dicerobohi di tanah air kita sendiri tanpa mampu berbuat apa-apa, adalah satu azab yang sangat pedih yang telah Allah SWT timpakan ke atas masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Mungkin kesannya tidak akan kelihatan sekarang, tapi kesan yang jelas dan nyata akan dapat dilihat dan dirasai dalam dua atau tiga generasi dari sekarang...

Masih selamatkah akidah anak cucu kita nanti?

Apakah bumi tercinta ini akan bertukar menjadi negara yang makmur untuk orang-orang kafir dalam masa 50 tahun yang akan datang?

Perhatikan pula firman Allah SWT yang berikutnya :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Mafhumnya :

Telah nampak kerusakan di mukabumi ini disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)

Surah Ar Rum : 41

Tersesat di hujung jalan, marilah kita sama-sama balik ke pangkal jalan...


Satu-satunya cara untuk kita memperbetulkan keadaan ialah dengan menumbangkan kerajaan yang ditunjangi oleh kafir harbi sekarang ini...

Marilah kita bersama-sama berada dalam saf penyatuan ummah muga kedaulatan ugama Islam dapat sama-sama kita pertahankan...

Ya Allah, ampunkanlah kesilapan yangbtelah kami lakukan, satukanlah hati kami, berikanlah kami pertolonganMu dan berikanlah kepada kami kekuatan dan kesabaran di dalam menjaga kedaulatan AgamaMu dari terus dirobek oleh musuh-musuhMu...

Amin Ya Robb..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/09/kebodohan-pemimpin-islam-ph-menyebabkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sudah Tidak Boleh Lagi Diharap Tegakkan Islam Luah Bekas Pemimpin Akar Umbi Di Kelantan

Pas Sudah Tidak Boleh Lagi Diharap Tegakkan Islam Luah Bekas Pemimpin Akar Umbi Di Kelantan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 419 hits
ZIKRI ABDULLAH Sikap kasar dan keras pemimpin Pas terhadap Umno suatu waktu dahulu dan sekarang cuba menyelamatkan parti itu adalah penyebab pemimpin utama Pas cawangan Lundang meninggalkan parti itu dan kini menyertai AMANAH Guru agama Ust...
Umno Pas Tak Hasut Orang Islam Boikot Produk Bukan Bumiputera

Umno Pas Tak Hasut Orang Islam Boikot Produk Bukan Bumiputera

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 335 hits
MALAYSIAKINI Pemuda Umno Kelantan hari ini tampil menjawab kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa supaya Umno dan PAS mengecam usaha memboikot produk bukan Bumiputera Ketuanya Noor Hariri Mohamed Noor berkata kedua dua pa...
Wajib Utamakan Premise Dan Produk Islam Kami Tak Boikot

Wajib Utamakan Premise Dan Produk Islam Kami Tak Boikot

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 353 hits
Kempen kesedaran perlu dimaksimakan kepada WAJIB utamakan premise dan produk Islam kerana kita menuju SAYANGI NEGARA MALAYSIA BERSIH Hentikan pembohongan dan eksploitasi menggunakan tulisan jawi untuk mengelirukan umat Islam Hentikan sikap ...
Tulisan Jawi Dalam Urusan Agama Islam Di Johor Bermula Tahun Depan

Tulisan Jawi Dalam Urusan Agama Islam Di Johor Bermula Tahun Depan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 772 hits
JOHOR BAHRU 1 Sept Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor akan menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pertanian dan Pe...
Bersama Muafakat Demi Islam

Bersama Muafakat Demi Islam

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 251 hits
Komposisi penganut Islam di Malaysia melebihi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia Panganut Islam di Malaysia mengamalkan fahaman Ahli Sunah Wal Jemaah aliran Mazahab Shafiee Satu amalan yang masih utuh dan kuat dipegang...
Ratusan Orang Di Makassar Gelar Pawai Rayakan Tahun Baru Islam

Ratusan Orang Di Makassar Gelar Pawai Rayakan Tahun Baru Islam

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 272 hits
Ratusan orang yang tergabung dalam Forum Silaturrahim Dai dan Takmir Masjid Makassar menggelar pawai memperingati perayaan tahun baru Islam 1 Muharram 1441 H Minggu
Perjuangkan Islam Bukan Retorik

Perjuangkan Islam Bukan Retorik

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 260 hits
Umat Islam perlu berjihad mempertahankan Islam terutama ketika Islam ditekan dan dihina Namun perjuangan itu bukan sekadar retorik laungan dan ilusi Perjuangan perlu selari dengan tuntutan agama Kekuatan Islam bukan sekadar untuk dilaungkan...
Masuk Islam Tapi Hati Busuk Kritik Aziz Harun Twitter Micheal Ang Diserang Netizen

Masuk Islam Tapi Hati Busuk Kritik Aziz Harun Twitter Micheal Ang Diserang Netizen

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 813 hits
Semalam berlangsung minggu ketiga konsert Big Stage musim kedua yang menyaksikan penyanyi dari Brunei iaitu Aziz Harun menarik diri dari rancangan tersebut mengejutkan ramai pihak dan peminat BACA Tidak mahu ketinggalan memberi pendapat pel...
Umat Islam Miskin Kerana Malas Berusaha Untuk Berjaya

Umat Islam Miskin Kerana Malas Berusaha Untuk Berjaya

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 579 hits
Umat Islam seharusnya menyemai amalan rajin beramanah dan cekap untuk memperkukuhkan taraf sosial ekonomi dalam kalangan umat Islam itu sendiri Selain itu umat Islam juga disarankan agar mengikis sikap yang hanya mahu bergantung kepada bant...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids