Keadilan Gombak Setia Dengan Reformasi Enggan Ikut Jejak Langkah Azmin




Kenyataan Azmin Ali yang menyatakan beliau lebih selesa bersama UMNO dan PAS berbanding bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak akan memberi kesan kepada para pejuang KEADILAN.

Sebaliknya, Ketua Penerangan KEADILAN Gombak, Syed Ali Al-Idrus berpandangan bahawa partinya akan terus menyokong agenda reformasi dan setia dengan Deklarasi Permatang Pauh.

"Kami tetap tegar dan setia mendokong agenda perjuangan Reformasi. Perjuangan ini adalah perjuangan yang panjang dan bukan sekadar terhad kepada menang pilihan raya semata-mata.

"Kesetiaan kami kepada perjuangan Reformasi ini adalah kerana kasihnya kami kepada negara dan demi kesejahteraan hidup anak Malaysia yang merdeka. Kami tidak sama sekali boleh menerima tindakan khianat semata-mata kerana ketamakan mendapatkan kuasa dan terpersona dengan kilauan kekayaan.

"KEADILAN Gombak juga ingin memberikan ketegasan bahawa kami akan terus setia membawa obor Deklarasi Permatang Pauh 1998 yang dicetuskan oleh Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami akan terus berjuang menjayakan agenda ini biarpun ditekan, diugut, dihina dan diaibkan.

"Sunnah perjuangan tidak pernah menjanjikan hamparan permaidani merah, Malah, sudah menjadi adat bagi mana-mana perjuangan dimana ia akan melahirkan para pengkhianat. Para pengkhianat ini akan sentiasa cuba membakar 'rumah perjuangan' dengan kata-kata fitnah dan tindakan luar tabi'e ke atas perjuangan ini," katanya dalam kenyataan.

Malah, Syed Ali berpendapat kenyataan Azmin tidak mencerminkan situasi sebenar yang dihadapinya ketika ini, terutamanya setelah UMNO Gombak dan PAS Gombak mengeluarkan kenyataan yang terang-terang menolak Azmin khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

"Ringkasnya UMNO dan PAS sepakat menolak sebarang hubungan dengan Azmin. Hubungan secara terang ditolak, hubungan secara sulit juga ditentang oleh mereka.

"Kenyataan beliau umpama pepatah melayu iaitu bagai melukut di tepi gantang atau lebih tepat lagi ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

"Justeru itu, kenyataan arkitek utama 'Langkah Sheraton' itu yang katanya lebih selesa bersama UMNO dan PAS tidak menghadirkan sekelumit kesan pun ke atas perjuangan KEADILAN," katanya.

Pada masa sama, Syed Ali menganggap kekuatan KEADILAN semakin bertambah meskipun Azmin dan penyokongnya keluar dari parti untuk bekerjasama dengan UMNO dan PAS.

"Tatkala beliau sedang berusaha gigih untuk cuba memeluk UMNO dan PAS, KEADILAN pula semakin kuat dan semakin ramai menyertai parti keramat ini.

"Malah, sokongan rakyat ke atas Anwar dan kepimpinan KEADILAN semakin hebat. Di Selangor, kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar sangat disenangi oleh rakyat dan penjawat awam biarpun kerajaan negeri berdepan cubaan sabotaj dan khianat oleh pihak tertentu termasuk isu pencemaran air.

"Kepada semua ahli KEADILAN dan rakyat keseluruhannya, ribuan terima kasih atas sokongan anda semua buat KEADILAN dan Pakatan Harapan. Insya-Allah, dengan kuasa dan kekuatan rakyat, kita akan mencapai kemenangan yang lebih besar.

"Harapan rakyat akan kami akan cuba penuhi sebaiknya dan obor Reformasi akan terus menyala dengan semaraknya dengan berkat sokongan serta doa semua," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/keadilan-gombak-setia-dengan-reformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Su Politik Dakwa Langkah Sheraton Dapat Restu Dr M

Bekas Su Politik Dakwa Langkah Sheraton Dapat Restu Dr M

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 576 hits
mhdaily netSenator Muhammad Zahid Md Arip bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad menafikan tuduhan menjadi pencetus Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan Bagaimanapun Zahid mengakui bersama pihak lain te...
Zahid Akui Langkah Menyekat Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Direstui Tun Mahathir

Zahid Akui Langkah Menyekat Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Direstui Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 274 hits
Senator Zahid Md Arip hari ini dalam dewan negara menafikan diri sebagai pencetus langkah Sharaton sebaliknya mengakui diri bersama beberapa rakan lain menggerakkan langkah politik untuk menyekat langkah Anwar Ibrahim dan DAP dalam negara Z...
Zahid Md Arip Saya Bukan Pencetus Langkah Sheraton

Zahid Md Arip Saya Bukan Pencetus Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 429 hits
KUALA LUMPUR 9 SEPT Senator Muhammad Zahid Md Arip bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad menafikan tuduhan menjadi pencetus Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan Bagaimanapun Zahid mengakui bersama piha...
Euro Menurun Jika Ecb Menggunakan Langkah Langkah Rangsangan Baru

Euro Menurun Jika Ecb Menggunakan Langkah Langkah Rangsangan Baru

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 214 hits
Euro menghentikan kenaikannya menjelang mesyuarat ECB pada hari Khamis sebahagian besarnya kerana jika bank menggunakan langkah langkah rangsangan baru selama ini dolar akan naik dimana ia pasti akan menyebabkan penurunan EUR USD di pasaran...
Sa Ddicalonkan Pm Strategi Tun Tiga Langkah Ke Depan Dari Pesaingnya

Sa Ddicalonkan Pm Strategi Tun Tiga Langkah Ke Depan Dari Pesaingnya

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 283 hits
Pilihanraya Sabah seolah sudah dihidu awal Tun dengan mencadangkan Shafie sebagai PM sebagai tanda sokongan moral kepada orang Sabah untuk tiada pilihan bagi orang Sabah untuk memilih Shafie sebagai KM sekaligus setapak mara untuk Shafie se...
Untuk Keselamatan Warga Jakarta Pks Dukung Langkah Anies Tarik Rem Darurat

Untuk Keselamatan Warga Jakarta Pks Dukung Langkah Anies Tarik Rem Darurat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 253 hits
Kebijakan Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan yang memutuskan menarik rem darurat di Ibukota merupakan langkah yang sudah tepat Demikian yang disampaikan Sekretaris Fraksi PKS DPRD DKI Jakarta Achmad Yani saat berbincang bincang dengan Kant...
Langkah Pertama Memperbaiki Pertamina Adalah Dengan Memecat Ahok

Langkah Pertama Memperbaiki Pertamina Adalah Dengan Memecat Ahok

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 240 hits
PT Pertamina dinilai mempunyai beberapa persoalan yang saat ini mulai terungkap dan menjadi sorotan masyarakat Koordinator Aliansi Lembaga Analisis Kebijakan dan Anggaran Adri Zulpianto mengatakan persoalan atau masalah tersebut bisa dibila...
Langkah Awal Bersatu Sejak Awal Diragui

Langkah Awal Bersatu Sejak Awal Diragui

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 250 hits
1 Dari awal lagi semasa Bersatu di bawah Tun Mahathir menyatakan hasrat bersama Pakatan Harapan antara yang menjadi keraguan orang orang PH adalah mereka yang menjadi pembantu pembantu Tun 2 Walaupun Tun dilihat begitu bersungguh untuk bers...
Ini 4 Langkah Mudah Stabilkan Video Shaky Dengan Google Photos Yang Anda Boleh Cuba

Ini 4 Langkah Mudah Stabilkan Video Shaky Dengan Google Photos Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 232 hits
Setiap kali melancong ke sesuatu destinasi selain mengambil gambar pasti anda akan merakamkan video untuk dijadikan kenangan Mesti anda akan berasa kecewa apabila melihat rakaman video anda sedikit shaky betul atau tidak Almaklumlah bukan s...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas