Keadilan Buat Abang Oku


 
“Dakpe Tuhan ada, dakpe Tuhan ada….” Masih ingat kata-kata itu?
Orang kelainan upaya (OKU) mental, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang menuturkan perkataan berkenaan ketika menahan kepedihan matanya selepas dicurah mi goreng ke atas kepalanya dalam kejadian di pasar tani Chukai, Kemaman 17 Jan lalu sedang mengerjakan umrah bersama dua anaknya Nurul Farhana, 21, dan Ahmad Faris, 10.
“Allah angkat darjat ke Tanah Suci — pakcik OKU mangsa pukul tunaikan umrah di Makkah,” kata kapsyen video portal berita majoriti.com.my di TikTok.
Mereka berlepas ke Tanah Suci pada awal Isnin hasil tajaan syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd seperti dijanjikan pemilik dan pengarah urusannya Ibrahim Mat Sin pada 20 Jan lalu.
“Alhamdulillah, di sebalik rezeki abah yang dapat tajaan, turut terselit rezeki saya. Saya tak sangka dapat tunaikan ibadah umrah pada usia yang masih muda dan ia ditaja pihak yang baik hati,” kata Nurul Farhana seperti dipetik Sinar Harian. Ibunya Faridah Abdul Karim, 44, dan abangnya Mohd Fakhrie, 19, tidak dapat turut serta disebabkan beberapa kekangan.
Tular sejak kelmarin beberapa video tiga beranak itu sedang melakukan tawaf sambil bersesak-sesak dengan jemaah di Masjidil Haram menjelang ketibaan Ramadan – satu gambaran yang jauh berlawanan ketika Faizan atau lebih dikenali sebagai Paijang disepak terajang ketika sedang terbaring bersebelahan sebuah gerai mi di pasar tani itu dan kemudian diheret beberapa lelaki dalam hujan renyai-renyai.
Dalam keadaan terduduk di hadapan sebuah gerai sambil meminta air untuk menghilangkan pedih matanya tanpa ada sesiapa menghulurkan, ketika itulah dia menuturkan ungkapan berkenaan pada ketika permintaannya untuk dikasihani tidak pun diendahkan.
Tapi seperti diyakininya “Dakpe Tuhan ada”, ketika ini dia dan dua anaknya dimuliakan sebagai tetamu Allah sebagai ganjaran kepada kesakitan dan kesabaran yang dilaluinya – genap sebulan selepas diuji dengan tindakan tidak berperikemanusiaan ke atasnya di sebalik berulang kali menyatakan rasa sakit dipukul dan meminta maaf.
Terpulang kepada masing-masing untuk mentafsir apakah ini hikmah di sebalik ketidakadilan mereka yang sempurna sifat ke atasnya yang tidak pun berupaya melawan. Betapa ia menginsafkan.
Imbas kembali kejadian sebulan lalu, Paijang dilaporkan dipukul di hadapan orang ramai di pasar tani Jalan Padang Astaka, Chukai, sekitar jam 9.30 pagi.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal memasuki tapak jualan dan terlanggar sebuah gerai selepas motosikalnya didakwa ditendang, menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut – mi goreng dan nasi goreng yang baru dimasak — terjatuh dan bertaburan di atas jalan.
Beberapa individu – tiga daripada mereka dikatakan mempunyai pertalian keluarga — dilaporkan memukul dan memijak mangsa dan kemudian mengheretnya di sebalik mangsa berulang kali menyatakan rasa sakit diperlakukan demikian dan memohon maaf kepada mereka. Seorang daripada mereka turut ditunjukkan video mengutip mi goreng yang tertumpah di atas jalan dan mencurahkannya ke atas kepala mangsa.
Insiden itu menarik perhatian ramai setelah beberapa rakaman video berbeza tular di media sosial, termasuk yang menunjukkan mangsa disepak di mukanya selepas dia meminta air di sebuah gerai untuk menghilangkan kepedihan matanya.
Berikutan aduan yang dibuat, polis Kemaman menahan enam orang berusia 18 hingga 60 tahun untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 146 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Berhari-hari lamanya simpati ramai mencurah-curah menerusi media sosial, dengan kebanyakannya menghamburkan kemarahan terhadap mereka yang memukul Paijang yang disifatkan mereka tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan.
“Bayangkan ia berlaku ke atas ayah kita sendiri, apakah kita boleh menerimanya,” soal sebilangan mereka.
Tidak kurang juga yang menawarkan bantuan guaman percuma, termasuk Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh serta beberapa individu lain. Di samping itu, warga maya turut tidak berpuas hati kes itu disiasat mengikut Seksyen 146 dan menuntut agar seksyen dengan hukuman lebih berat diguna pakai.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga berharap insiden seumpama itu tidak berulang dan mahu rakyat mengambil pengajaran daripada kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu.
“Apa yang dikhuatiri perdana menteri, ia (seolah-olah) mencerminkan masyarakat kita. Pertamanya, kita hanya melihat orang kena pukul, kemudian yang lebih menyedihkan apabila seorang OKU itu dipukul di khalayak. Jadi, kita tak nak itu mencerminkan masyarakat kita.
“Tak sepatutnya berlaku perkara itu. Orang Melayu ini orang yang sabar. Apabila jadi macam itu, ia menunjukkan bahawa ada masalah kepada masyarakat kita,” kata setiausaha politiknya Azman Abidin selepas melawat mangsa di Wad Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 21 Jan.
Pada Rabu (kelmarin), Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin mengesahkan kertas siasatan kes itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 5 Feb, dengan mencadangkan dua pertuduhan.
“Kita masih menunggu untuk mendapatkan arahan selanjutnya sama ada keenam-enam suspek yang ditahan akan dituduh mengikut Seksyen 147 (merusuh) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan). Tunggulah apa keputusan seterusnya daripada Pejabat Peguam Negara. Mungkin mengambil sedikit masa dan perlu melihat banyak sudut sebelum suspek dituduh,” katanya.
Selepas sebulan, Paijang mungkin tidak lagi trauma dengan kejadian itu, tambahan dengan ketenangan yang ditemuinya di Tanah Suci tetapi pihak berkuasa tetap terhutang keadilan terhadapnya.
Seperti doa dikongsikannya: “Ini kali pertama saya berpeluang untuk menunaikan umrah dan kali pertama juga melalui pengalaman menjejak kaki ke luar negara. Saya harap dapat diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah. Saya juga mahu berdoa di Tanah Suci agar Allah kurniakan kesihatan yang bertambah baik kepada saya dan ahli keluarga saya. Semoga saya dan anak-anak dikurniakan umrah yang mabrur dan semoga Allah SWT kabulkan segala doa saya.”
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Paijang dan keluarganya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/keadilan-buat-abang-oku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Termasuk Tiga Beranak Mengaku Bersalah Pukul Lelaki Oku Seorang Mengaku Tidak Bersalah

Lima Termasuk Tiga Beranak Mengaku Bersalah Pukul Lelaki Oku Seorang Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 123 hits
Lima daripada enam lelaki mengaku bersalah memukul seorang lelaki kurang upaya di Pasar Pagi Chukai bukan lepas Keenam enam tertuduh hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan s...
Siasatan Kes Lelaki Oku Maut Digilis Tren

Siasatan Kes Lelaki Oku Maut Digilis Tren

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 130 hits
KUALA LUMPUR Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat kematian seorang lelaki OKU penglihatan yang terjatuh dan digilis tren di stesen LRT Titiwangsa pada Sabtu yang lalu Prasarana Malaysia Berhad mengumumkan bahawa laporan hasil ...
Appeal For Sensitive Media Coverage Of Oku

Appeal For Sensitive Media Coverage Of Oku

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 196 hits
We are disturbed by the media s focus on the disabled status of the 19 year old man arrested on Feb 21 in connection with the alleged sexual assault of a young girl at a mosque in Selangor Some media outlets approached the Social Welfare De...
Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 177 hits
Aizat Sharifam hmetro com myPEMUDA OKU mental sudah ditahan polis FOTO Ihsan PembacaArau Lelaki yang menetak kepala dan telinga bapanya di Kampung Padang Besar Selatan Kuala Perlis pada Isnin lalu ditangkap polis hari ini di Kuala Perlis Su...
Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 176 hits
KUALA TERENGGANU 26 Feb Lima lelaki yang terlibat dalam kes pukul seorang lelaki kurang upaya di Pasar Tani Padang Astana Chukai di Kemaman Januari lepas masing masing telah didenda RM2 000 Ketua Polis Daerah Kemaman SUPT Mohd Razi Rosli be...
Amboiii Abang Projek Besaq Jangan Buat Tak Tu Umum 3 Kali Satu Apa Pun Tak Jadi Muhong

Amboiii Abang Projek Besaq Jangan Buat Tak Tu Umum 3 Kali Satu Apa Pun Tak Jadi Muhong

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 126 hits
LAIN KALI CHECK SENARAI BAWAH NI DULU ABANG ADA MASUK LAM SENARAI DAK LAGI MB KAMI SEMPOI
Tak Mampu Bagi Wang Individu Buat Tongkat Beroda Bantu Mudahkan Pergerakan Murid Oku

Tak Mampu Bagi Wang Individu Buat Tongkat Beroda Bantu Mudahkan Pergerakan Murid Oku

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 124 hits
Individu buat tongkat beroda bagi membantu seorang murid lelaki Muhammad Shairid Hadif Ridhuan Shah 5 nbsp bergerak melakukan aktiviti harian selepas melihat video tular kanak kanak itu baru baru ini Dia yang merupakan pengusaha bengkel bes...
Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 202 hits
EVERY decent Malaysian can agree that the recent child molestation case at a mosque in Batang Kali was a frightening scene The fact that the man came up to the little girl and pulled her away from the praying crowd was as riveting as it was...
Lelaki Oku Penglihatan Meninggal Selepas Jatuh Ke Rel Lrt Dan Dilanggar Kereta Api Di Titiwangsa

Lelaki Oku Penglihatan Meninggal Selepas Jatuh Ke Rel Lrt Dan Dilanggar Kereta Api Di Titiwangsa

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 177 hits
Tragedi di Stesen LRT Titiwangsa Lelaki Cacat Penglihatan Disahkan Meninggal Dunia Pagi ini satu insiden malang berlaku di Stesen LRT Titiwangsa apabila seorang lelaki yang tidak dapat melihat telah jatuh ke atas landasan kereta api dan dil...
Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Jualan Mega Gatti Sports Rawang Barangan Sukan Berkualiti Dengan Diskaun Hebat

Lelaki Ditetak Di Pusat Beli Belah

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah