Keadaan Terbaru Mdd Cik En
Keadaan Terbaru MDD Cik En | Alhamdulillah bertemu kembali kita setelah beberapa bulan cik en tak update blog ini dan ini keadaan cik en kini. Last cik en update pada April 2024. 3 bulan dah berlalu dan macam macam keadaan berlaku. Pada 19 April 2024 cik en ke Melaka dan selepas itu cik en ada masalah dengan MDD cik en. Cik en jadi blur dan tak boleh belajar selepas itu. Semuanya mungkin kerana pertukaran ubat dari Luvox ke Escitalopram dan Aripiprazole . Dan ini cik en nak kongsi dalam entri ini.
Keadaan Terbaru MDD Cik En
Selepas percutian di Melaka, cik en mempunyai masalah blur, tak boleh belajar, menangis setiap hari, hidup tak tenang, tidur tak boleh dikawal. asyik nak tidur je. Tapi paling buat cik en tertekan, cik en tak boleh belajar pada masa itu dan berlarutan dalam 3 ke 4 bulan. Mungkin sesiapa yang mengikuti sosial media cik en, memang cik en tak update banyak dalam masa 2 bulan kebelakangan ini. Depress cik en semakin teruk, anxiety dan GERD pun sama. Sampai tahap dah dengar bisik bisik halus dan ada rasa tak nak hidup dah. Rasa EMPTY sangat. Susah nak terangkan tapi cik en takada keseronokan langsung. Yang tahu nak tidur, nangis, tak nak mandi, tak nak keluar, tak boleh kerja dan rasa nak alone sambil menangis berhari hari.
2 kali cik en terjah PSY tanpa temujanji sebab cik en tak tahan sangat. Nurse agak tak memahami tapi nasiblah Doktor bernama DR Taufiq dan seorang DR wanita yang cik en lupa nama dari PSY Seri Manjung memahami keadaan cik en. Dr Wanita stopkan terus ubat Escitalopram dan ganti dengan Venlafaxine dan Aripiprazole.
Cik en ingat semuanya akan berkurang tapi tidak juga. 3 minggu selepas pertukaran ubat, cik en terjah sekali lagi dan berjumpa dengan DR Taufiq dan cik en request untuk ke ubat lama balik iaitu Luvox. 3 minggu keadaan mula slow down tapi masih tak okey. Mak cik en suggest ke perubatan Islam dan cik en pun lebih muhasabah diri untuk bantu diri sendiri.
Alhamdulillah, semasa entry ini dikeluarkan, cik en semakin sihat dari segi fizikal dan mental. Kawan kawan Uitm cik en memang perasan perubahan cik en dalam masa 3 4 bulan ini. Mereka sangat memahami terutama Seven, salah seorang kawan baik cik en. Dan cik en akui, sepanjang cik en tak okey, mereka banyak bantu cik en buat assigment. Dalam masa entry ini dikeluarkan, cik en dah terima carry mark untuk 3 subjek dan ALhamdulillah dapat markah lulus. Cuma ada satu subjek assigment cik en memang rendah sangat sebab masa tu strunggle dengan keadaan tak ok cik en.
Apa pun, cik en bersyukur cik en semakin pulih dan cik en akan kongsi sikit amalan cik en sepanjang cik en nak sihat ini untuk next entry. Ini tips dari beberapa ustaz dan orang yang pandai mengenai sakit kampung ini. InsyaAllah. jumpa di next entry. Bye!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurfuzie.com/2024/07/keadaan-terbaru-mdd-cik-en.html