Kbs Belum Kemuka Permohonan Atlet Ke Luar Negara


MALAYSIAKINI
Belum ada sebarang permohonan dikemukakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi atlet yang mewakili negara untuk ke kejohanan di luar negara, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kerajaan akan melihat kebenaran bagi atlet ke luar negara selepas KBS menghantar permohonan itu kepada Jabatan Imigresen.
Jelasnya, buat masa ini negara masih lagi mengekalkan polisi iaitu tidak membenarkan rakyat Malaysia ke luar negara kecuali sebab-sebab tertentu.
"Ia secara case-to-case basis iaitu permohonan mesti dibuat di Jabatan Imigresen. Begitu juga dengan warga luar yang nak masuk ke dalam negara, kita masih lagi mengekalkan polisi yang sama.
"Hanya beberapa kumpulan tertentu yang dibenarkan misalnya diplomat, peserta Malaysia My Second Home dan sebagainya," katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.
Memberi contoh negara Jepun yang mengambil pendirian tegas dalam menangguh penganjuran Sukan Olimpik 2020, beliau berkata Malaysia turut mengambil pendekatan sama masih tidak benarkan kemasukan atlet luar ke negara kita.
Mengenai kelonggaran pergerakan rentas negeri, Ismail Sabri turut berkongsi perjalanan beliau balik ke kawasan Bera semalam yang mendapati trafik lancar walaupun terdapat peningkatan pergerakan kenderaan di lebuh raya utama.
Beliau turut meluahkan rasa puas hati dengan kepatuhan peniaga dan orang ramai kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan apabila singgah di kawasan rehat dan rawat (R&R) di Lanchang.
Beliau menyuarakan kebimbangan orang ramai yang balik dari kampung hari ini untuk memulakan kerja esok dan meminta mereka sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan serta patuh kepada SOP sewaktu singgah di R&R.
Mengenai kawalan sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin dalam mengekang jenayah dan penularan wabak COVID-19, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah membuat 67 sekatan jalan dan memeriksa 48,460 kenderaan, terutamanya di lorong tikus.
Katanya, PDRM telah berjaya menahan 20 warganegara asing di sekatan jalan raya Ops Benteng atas kesalahan imigresen.
Tegas beliau, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan kawalan kawasan sempadan akan terus diperketatkan terutamanya lorong-lorong tikus.
Sementara itu, Ismail Sabri menasihatkan orang ramai untuk menjaga kebebasan yang diberikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta kekal patuh SOP seperti yang ditetapkan.
Merujuk berita tular melibatkan isu jarak sosial di Zoo Negara, Ismail Sabri berkata beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk menghantar pasukan pematuhan SOP ke tempat berkenaan bagi memantau dan melihat sendiri perkara itu.
"Zoo adalah tempat tumpuan terutamanya untuk membawa anak beriadah, namun, SOP mesti dipatuhi kerana jika ada kes COVID-19 di Zoo Negara kerana kegagalan mematuhi SOP, zoo mungkin akan ditutup semula," katanya.
Beliau berkata kawalan kendiri dalam kalangan rakyat amat penting bagi memastikan tiada kes positif COVID-19 atau kewujudan kluster baharu di tempat tumpuan awam.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/kbs-belum-kemuka-permohonan-atlet-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pejabat Perdana Menteri Nafi Laporan Muhyiddin Ke Luar Negara Ketika Kuarantin

Pejabat Perdana Menteri Nafi Laporan Muhyiddin Ke Luar Negara Ketika Kuarantin

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 312 hits
Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melanggar perintah kuarantin di rumah dengan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kanser Dalam satu kenyataan yang dikeluar...
Atlet Negara Teruja Kembali Ke Bukit Jalil

Atlet Negara Teruja Kembali Ke Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 501 hits
KUALA LUMPUR 8 JUN Beberapa atlet negara melahirkan rasa syukur dapat kembali menjalani latihan fizikal seperti biasa di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada tahun depan Ratu terjun n...
Covid 19 Jumlah Rakyat Malaysia Dijangkiti Dari Luar Negara Rendah

Covid 19 Jumlah Rakyat Malaysia Dijangkiti Dari Luar Negara Rendah

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR 17 Syawal 1441H Selasa Kadar jangkitan kes positif COVID 19 yang rendah di kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan mereka hanya menjalani kuarantin di ked...
Sempadan Negara Masih Ditutup Perdana Menteri Umum Larangan Melancong Ke Luar Negara Sehingga 31 Ogos

Sempadan Negara Masih Ditutup Perdana Menteri Umum Larangan Melancong Ke Luar Negara Sehingga 31 Ogos

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 384 hits
Menerusi perutusan khas Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang dilangsungkan pada petang Ahad 7 Jun Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa mulai 10 Jun Perintah Kawalan Pergerakan B...
Tnb Kaedah Prorata Caj Elektrik Turut Digunakan Negara Luar

Tnb Kaedah Prorata Caj Elektrik Turut Digunakan Negara Luar

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR 3 JUN Pengiraan tarif bil elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad menggunakan kaedah prorata turut digunakan syarikat utiliti di negara lain seperti Australia dan Eropah Kaedah ini juga disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga...
Rakyat Pulang Dari Luar Negara Tidak Perlu Dikuarantin Wajib Mulai 10 Jun

Rakyat Pulang Dari Luar Negara Tidak Perlu Dikuarantin Wajib Mulai 10 Jun

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR 7 Jun Bermula 10 Jun ini rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan dikuarantin wajib di pusat kuarantin kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata sebaliknya mereka hanya pe
Ridwan Kamil Kami Belum Mengizinkan Wisatawan Dari Luar Jabar

Ridwan Kamil Kami Belum Mengizinkan Wisatawan Dari Luar Jabar

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 292 hits
Kalau sudah tujuh hari setelah evaluasi tidak ada anomali pesebaran virus mal bisa dibuka dengan kapasitas setengahnya ucap dia Selasa
Malaysia Lubuk Duit Orang Luar Negara

Malaysia Lubuk Duit Orang Luar Negara

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 511 hits
1 Malaysia adalah sebuah negara yang unik Dari dulu lagi Malaysia dah menjadi lubuk duit bagi pekerja pekerja asing yang datang secara sah mahu pun tidak sah terutama dari negara membangun untuk bekerja mencari rezeki di negara kita terutam...
What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Smart Dust The Invisible Future Of Monitoring And Data Collection

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Rafizi Fears Hasty Revamp Will Lead To Botched 13mp

Tips Kesihatan Individu Harus Tahu

Drama Mandul Bukan Pilihan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat