Kayuh Bmx Lebih 30km Sehari Panda Walker Tular Di Media Sosial


 
Gambar Ben mengayuh basikal di jalan raya mencuri tumpuan warganet di Facebook. (Gambar Facebook)KOTA KINABALU: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Peribahasa itu menjadi pendorong kepada seorang pekerja penghantar makanan Foodpanda, Mohd Aidil Pulian, 34, yang sanggup mengabaikan penat lelah demi kelangsungan hidup menyara isteri dan dua anaknya.
Aidil yang mesra dipanggil Ben, mengerah kudrat dengan mengayuh basikal jenis BMX miliknya sejauh lebih 30km setiap hari demi melaksanakan tanggungjawab sebagai penghantar makanan.
“Saya tinggal di Bambangan, Inanam (kira-kira 10km dari pusat bandar raya Kota Kinabalu) dan perlu mengayuh basikal ke Kota Kinabalu untuk memulakan tugas setiap hari kerana di situlah ‘check point’ sebelum memulakan tugas penghantaran.
“Selepas pendapatan terjejas berikutan penularan Covid-19, saya terpaksa melakukan kerja ini kerana mempunyai keluarga untuk disara,” katanya kepada FMT.
Ben berkata, dia sebelum ini bertugas di sebuah pusat pelancongan sebagai pemandu pelancong, namun gaji bulanannnya terpaksa dikurangkan kerana pusat itu masih belum boleh beroperasi.
Katanya, gaji yang masih diterima daripada tempat kerja sekarang ini hanya RM600 sebulan dan ia tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya yang sudah berkeluarga.
“Pada mulanya, saya bergiat dalam kerja menghantar makanan ini tanpa sebarang kenderaan yang mana dipanggil ‘panda walker’.
Ben berkata, dia menceburkan diri dalam penghantaran makanan selepas pendapatannya terjejas akibat Covid-19. (Gambar Facebook)“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, saya mengeluarkan sedikit modal untuk membeli basikal kerana ketika PKP (perintah kawalan pergerakan) ini, bas tidak banyak yang berjalan ke pusat bandar raya dan sebab itu saya membeli basikal untuk menyenangkan sedikit pergerakan walaupun ia agak memenatkan,” katanya.
Ben berkata, antara cabarannya menjadi penghantar makanan dengan hanya berbasikal sudah pasti kepenatan mengayuh dengan jarak yang jauh.
“Selain itu, ada lagi cabaran lain termasuk kena kejar anjing dan ada juga segelintir penghantar makanan bermotosikal yang dipanggil ‘panda rider’ tidak senang dengan kehadiran kami sebagai ‘panda walker’, mereka mendakwa kami kacau bisnes mereka terutama tempahan makanan yang jaraknya dekat.
“Tapi semua itu saya anggap cabaran biasa sebagai penghantar makanan, berkenaan segelintir ‘panda rider’ yang tidak senang dengan kehadiran kami, saya hanya memberitahu mereka yang kita semua mencari rezeki dan bukan berniat pun mengganggu bisnes mereka.
“Pendapatan sebulan saya sebagai ‘panda walker’ ini pun bukanlah besar sangat hanya sekitar RM800 hingga RM1,000, bolehlah tambah sikit-sikit untuk menampung diri sendiri dan keluarga,” katanya.
Terdahulu, gambar Ben mengayuh basikal di jalan raya yang dimuat naik seorang pengguna Facebook menjadi tular di media sosial hari ini.
Gambar dimuat naik warganet yang menggunakan nama “Fareed Aydrus” itu turut dikongsi lebih 200 pengguna dan mendapat hampir 50 komen.
“Bercerita mengenai Foodpanda, aku masih lagi ‘respect’ sebenarnya pada seorang ‘brother’ ini. (Ben Kerasti Pangazou) Dia kayuh basikal BMX saja dari ‘area’ Kionsom, Inanam ke KK untuk foodpanda. Jauh ehh…
“Bukan sekali, balik-balik sudah…macam mana aku tau, sebab aku ada 1-2 kali masuk Kionsom pagi-pagi hantar bantuan nampak dia kayuh keluar.. dan dalam petang dia balik ‘limpas’ sini Masjid Bandaraya. MashaAllah, hebat usaha abang ni untuk kelangsungan hidup…Kagum dengan brother sister Foodpanda, Grabfood dan ‘runner’ semua…Jiwa memang kental,” katanya dalam hantaran itu.
Kebanyakan komen yang diberikan memberi pujian selain kagum terhadap kesungguhan Ben.
“Terbaik abang…rajin betul abang ini…tapi itu lah..sebab-sebab dia naik basikal…sebab dia ‘walker panda’…dan tidak dibenarkan naik motosikal…’panda’ yang bawa motosikal tu ‘rider’…naik basikal ‘walker’…kasihan abang ini…demi mencari rezeki…terbaik abang…semoga dimurahkan rezeki abang…amin,” kata seorang pengguna yang menggunakan nama “Pipi Casanova”.
Selain itu, seorang pengguna, Sharifah Rodhiah Iwak turut memberi komen dengan mendoakan Ben mendapat rezeki berganda dan diberi kesihatan baik.
“Nduk bah..kuat semangatnya bah..mudah-mudahan dia dapat rezeki berganda…diberikan kesihatan yg baik…Amin,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/kayuh-bmx-lebih-30km-sehari-panda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tuntut Balik Wang Rm160 000 Urusan Jual Beli Tanah Dahulu Abby Abadi Minta Kuasa Tular Netizen Di Media Sosial

Hiburan Tuntut Balik Wang Rm160 000 Urusan Jual Beli Tanah Dahulu Abby Abadi Minta Kuasa Tular Netizen Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 298 hits
Berang dengan urusan jual beli tanah yang tertunda sejak tahun 2016 pelakon Abby Abadi berkata dia sudah tidak mahu mendiamkan diri dan ingin menuntut kembali wang cagaran bernilai hampir RM160 000 Sumber Instagram Abby Abadi Jelas Abby uru...
Rider Gantung Beg Ada Misi Lebih Penting Di Mesir Tak Sangka Gambar Bersama Panda Kenangan Hari Terakhir Kerja Meletup

Rider Gantung Beg Ada Misi Lebih Penting Di Mesir Tak Sangka Gambar Bersama Panda Kenangan Hari Terakhir Kerja Meletup

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 418 hits
Rider gantung beg ada misi lebih penting di Mesir tak sangka gambar bersama panda kenangan hari terakhir kerja meletupSabtu 13 Februari 2021 7 00 AMFoto suntingan memaparkan Jai bersama seekor panda menjadi tular di media sosial FOTO suntin...
Pinda Akta Hukum Pengguna Media Sosial Lapuk Keterlaluan Shamsul

Pinda Akta Hukum Pengguna Media Sosial Lapuk Keterlaluan Shamsul

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 189 hits
Cadangan Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara YB Senator Datuk Razali Idris untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menghukum pengguna media sosial yang mengkritik institusi Perdana Ment...
Kecaman Terhadap Muhyiddin Di Media Sosial Kenapa Salahkan Rakyat

Kecaman Terhadap Muhyiddin Di Media Sosial Kenapa Salahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 436 hits
Kemarahan rakyat terhadap Muhyiddin Yassin semakin memuncak Bermula dari sindiran dan gelaran menjengkelkan yang rakyat beri kepada Muhyiddin seperti BAPUK Bapa Perutusan Khas sehinggalah kecaman secara terbuka di dalam media sosial Hampir ...
Apa Itu Clubhouse Media Sosial Baru Yang Dipopularkan Oleh Elon Musk

Apa Itu Clubhouse Media Sosial Baru Yang Dipopularkan Oleh Elon Musk

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 207 hits
Tahukah anda mengenai kewujudan aplikasi media sosial baharu iaitu Clubhouse Ia adalah aplikasi yang sedang popular setelah Elon Musk orang terkaya dunia menggunakannya untuk mengadakan perbincangan secara langsung Dalam sesi perbincangan i...
Saya Mencuba Clubhouse Platform Media Sosial Baru Dengan Gimiknya Tersendiri

Saya Mencuba Clubhouse Platform Media Sosial Baru Dengan Gimiknya Tersendiri

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 241 hits
2020 memperlihatkan penggunaan platform media sosial yang sangat tinggi Platform platform seperti Twitter Facebook TikTok Snapchat dan sebagainya boleh dikatakan kini menjadi platform platform pilihan pengguna untuk menghilangkan jemu Baru ...
Budaya Toksik Media Sosial Perlu Berubah Asyraf Hakimi

Budaya Toksik Media Sosial Perlu Berubah Asyraf Hakimi

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 170 hits
7 FEBRUARI Kebelakangan ini kita boleh lihat laman laman media sosial menjadi tempat yang toksik dan penuh dengan emosi negatif Sama ada di Facebook Instagram mahupun Twitter kesemua platform ini menjadi tempat luahan perasaan dengki maki h...
Waktu Terbaik Untuk Unggah Kiriman Di 4 Media Sosial Interaksi Naik Produk Banyak Terjual

Waktu Terbaik Untuk Unggah Kiriman Di 4 Media Sosial Interaksi Naik Produk Banyak Terjual

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 171 hits
Mungkin kamu belum tahu jam jam yang pas buat unggah konten makanya akun bisnismu sepi interaksi
Konten Membakar Rapor Tengah Viral Di Media Sosial Cari Perhatian Nggak Harus Gitu Juga Bisa Lo

Konten Membakar Rapor Tengah Viral Di Media Sosial Cari Perhatian Nggak Harus Gitu Juga Bisa Lo

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 207 hits
Orang orang zaman sekarang kalau bikin konten nggak bisa sewajarnya aja apa ya Rapot aja sampai dibakar
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa

Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain