Kays Steak And Lobster Raikan Anak Yatim Rumah Bakti Nur Syaheerah Dengan Menu Kayangan
Hai pembaca kesayangan,
Baru-baru ini Misz-ella.com telah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf anjuran Kays Steak and Lobster.
Buat pertama kalinya, Kays Steak and Lobster, restoran mewah yang menyajikan hidangan berkualiti premium mengadakan majlis berbuka puasa dengan anak yatin dan asnaf dari Rumah Bakti Nur Syaheerah dengan menyajikan menu kayangan iaitu lobster dan tomahawak.
Majlis dimulakan dengan acara tahlil, diikuti dengan juadah ringan sebaik azan Maghrib berkumandang, solat Maghrib berjemaah lalu diikuti dengan makan malam hidangan 'signature' Kays Steak and Lobster iaitu lobster thermidor dan tomahawak.
Seronok tengok anak-anak ini menghayati keenakan loster thermidor dan tomahawk yang resepinya diolah oleh Chef Kays Steak & Lobster sendiri.
Sebelum mengucapkan Selamat Jalan kepada anak-anak ini, pihak Kays Steak and Lobster telah bermurah hati memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak ini. Maka mereka pun pulang dengan gembira dan kami pun tumpang suka.
Sejujurnya kedua-dua hidangan tersebut sangat sedap and satisfying our hungry tummy setelah seharian berpuasa. Terima Kasih pihak Kays Steak and Lobster kerana membuat anak-anak ini tersenyum bahagia.
Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, Kays Steak & Lobster menyediakan KAY'S RAMADAN PLATTER, hidangan khas yang lengkap dengan "Butter rice, Whole grilled Percik spring chicken, Daging bakar Danok, Lamb chop marinated with Meditarranean spices served with specal sause, acar and grilled vegetable skewers" Hidangan ini boleh dinikmati sehingga 3 orang. Ada diskaun khas 50% untuk setiap order kedua.
So, pembaca-pembaca kesayangan, jangan tunggu lagi, jom kita kumpul ramai-ramai adik beradik, mak ayah, sedara mara dan berbuka puasa di Kays Steak dan Lobster. Lebih ramai, lebih jimat!
Ada tiga (3) cawangan Kays Steak and Lobster di seluruh Malaysia iaitu di Ampang, Putra Heights dan Putrajaya. Jangan lupa ikuti Instagram Kays Steak and Lobster di https://www.instagram.com/kaysteaklobster/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2023/04/kays-steak-and-lobster-raikan-anak.html