Kasihan Nasib Malang Dialami Perokok Pasif



Pada tahun 1988 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan resolusi untuk menobatkan 31 Mei setiap tahun sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Resolusi itu bertujuan menarik perhatian masyarakat dunia mengenai kesan tabiat merokok terutama kepada kumpulan manusia yang paling rapat dengan perokok. Kumpulan ini menerima tempias sehingga digelar ‘perokok pasif’.

Setiap tahun Hari Tanpa Tembakau Sedunia dirayakan. Pelbagai slogan, kempen dan moto menyusul sambutan tahunan itu manakala azam untuk berhenti merokok menjadi agenda tetap para penagih rokok setiap kali munculnya tahun baru.

Namun adakah segala usaha untuk mengurangkan jumlah perokok, jumlah kematian akibat merokok dan jumlah mereka yang menderita akibat tabiat merokok itu berjaya atau sekurang-kurangnya separuh berjaya?

Ataupun usaha-usaha tersebut hanya menambah kekayaan pengeluar rokok atau pencipta rokok yang tidak diketahui pun sama ada mereka juga tergolong dalam kategori perokok. Manakala struktur kewangan para perokok semakin merosot gara-gara sikap murah hati untuk menghadiahkan setidak-tidaknya suku daripada gaji bulanan mereka kepada syarikat-syarikat rokok.

Kita lupakan simpati terhadap para perokok yang mungkin ada di antaranya sedang menanggung kesakitan gara-gara pilihan mereka sendiri.

Simpati kita adalah kepada kelompok perokok pasif yang tanpa sedar terpaksa menanggung ‘dosa’ para perokok. Sebab itu kempen juga harus tertumpu kepada usaha mewujudkan persekitaran yang bebas daripada rokok untuk meminimumkan kesan bahaya rokok kepada golongan yang tidak berdosa ini terutama kanak-kanak dan wanita mengandung.

Ini semua gara-gara kerja keras pengeluar rokok membuat kajian rapi sebelum menghasilkan sebatang rokok yang bukan sahaja mempunyai reka bentuk canggih malah mempunyai kemampuan yang optimum untuk mendatangkan ketagihan kepada perokok.

Sememangnya kerja-kerja menghasilkan sebatang rokok memerlukan ketekunan di pihak pembuatnya kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk menyebabkan kematian kepada perokok bukan calang-calang.

Hasil ketekunan mereka terciptalah sebatang rokok yang mengeluarkan asap mengandungi lebih 4,000 bahan kimia beracun, 63 darinya terbukti menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan.

Bunyinya seperti aneh kerana rokok merupakan satu-satunya produk pengguna yang boleh membunuh jika digunakan sepertimana yang disyorkan oleh pembuatnya. Jelas tertera di kotak-kotak rokok mengenai bahaya merokok. Pengguna diberi amaran bahawa merokok

Membahayakan kesihatan tetapi untuk membeli produk yang memudaratkan itu amat mudah. Dan lebih unik tentang rokok ialah keupayaannya mencetuskan penderitaan terhadap orang yang berada di sekeliling perokok. Jika penagih dadah atau penggemar ganja memudaratkan diri sendiri tetapi tidak dalam kes rokok.

Setiap tahun lebih 10,000 kematian di Malaysia adalah akibat merokok. Penyebab kematian berkaitan dengan tabiat merokok ialah penyakit jantung, kanser, strok dan penyakit saluran pernafasan. Bilangan ini jauh lebih tinggi berbanding gabungan jumlah kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.

Namun fakta-fakta yang dipersembahkan berulang kali ini belum mampu mencetuskan kebimbangan kepada perokok malah jumlah mereka yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat ini semakin meningkat.

Kini muncul pula trend merokok di kalangan wanita dan remaja bawah umur yang sering mengaitkan rokok sebagai lambang masyarakat moden, terbuka, bergaya dan bebas.

Di pihak kerajaan puluhan juta ringgit telah diperuntukkan setiap tahun untuk menjayakan kempen anti merokok secara besar-besaran.

Tabiat benci merokok perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi bagi membawa kesan terhadap kanak-kanak dan seterusnya belia serta golongan dewasa.

Di sebalik pelbagai kempen anti merokok anjuran kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melenyapkan budaya merokok, fenomena tersebut semakin galak. Trend itu sudah menular teruk di kalangan pelajar sekolah dan wanita muda yang jika tidak ditangani secara serius akan menjadi satu wabak yang berbahaya kepada masyarakat.

Bukan satu fakta yang memeranjatkan apabila kajian CAP juga mendapati kira-kira 60 peratus daripada seratus murid sekolah rendah mengakui pernah membeli rokok sama ada untuk kegunaan sendiri atau orang lain.

Walaupun terdapat undang-undang melarang remaja berumur bawah 18 tahun membeli rokok tetapi sehingga kini undang-undang tersebut tidak dilaksanakan secara berkesan.

Peruntukan tersebut termaktub dalam Peraturan 8A, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 yang menetapkan kompaun RM50 atau denda maksimum RM1,000 bagi remaja yang didapati bersalah merokok atau mengunyah bahan-bahan hasil tembakau.

Di sebalik peningkatan jumlah perokok yang berlipat kali ganda, WHO melaporkan bilangan perokok dewasa yang berhenti merokok untuk selama-lamanya setiap hari ialah seramai 13,400 orang. Itu pun kerana menemui ajal disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik gara-gara merokok.

Itu belum termasuk angka-angka yang disumbangkan oleh perokok pasif yang berhadapan dengan risiko kanser paru-parut di antara 20 hingga 30 peratus manakala sakit jantung, 23 peratus.

Ketika seseorang merokok, sebagian besar asapnya tidak masuk ke paru-paru perokok. Namun, sebagian besar asap rokok dilepaskan ke udara, sehingga asap dapat disedut oleh perokok pasif. Biarpun tidak secara langsung merokok, perokok pasif juga turut terkena kesan buruknya juga. 

Kesan kepada kesihatan akibat rokok merupakan masalah yang terjadi secara global. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan terdapat lebih dari 7 juta kematian terjadi akibat penyakit berpunca oleh asap rokok setiap tahunnya. Sekitar 890 ribu kes kematian tersebut terjadi pada perokok pasif di seluruh dunia.

Ketika asap dihembuskan oleh perokok, asap rokok tidak hilang begitu saja. Asap rokok dapat bertahan di udara hingga lebih dua jam. Asap rokok akan tetap ada meski tidak dikesan oleh indera bau maupun penglihatan. Hal ini juga berlaku di tempat tertutup yang tidak luas, seperti di dalam kenderaan. Bahkan, asap rokok mungkin masih ada dalam jumlah besar meskipun orang tersebut telah berhenti merokok.


Andainya anda menganggap asap rokok second-hand atau SHS, iaitu sebagai perokok pasif tidak setoksik yang disangka, anda silap! SHS yang juga dikenali sebagai asap tembakau persekitaran (ETS) terbukti mengandungi paras agen bertoksik yang sama banyak atau lebih tinggi daripada asap laluan utama sehingga mampu mengakibatkan pelbagai penyakit termasuk kanser.

Bukti tentang kesan negatif pendedahan kepada SHS sebenarnya telah dikumpul sejak 1950an lalu. Malah, kajian pertama yang memberi tumpuan kepada kesan SHS terhadap kanak-kanak serta impak merokok oleh ibu ke atas fetusnya telah dijalankan seawal tahun 1950-an dan 1960-an lagi.

Tahap keracunan SHS berpunca daripada kombinasi kandungan asap laluan utama dan asap laluan sampingan.

Ini bermakna, selain asap rokok yang dihembuskan oleh perokok (asap laluan utama), pada masa yang sama, perokok pasif turut terdedah kepada asap dari penghujung puntung rokok yang tidak ditapis (asap laluan sampingan).

Selain kompaun bertoksik seperti nikotina, tar dan karbon monoksida, pendedahan kepada asap tembakau sama ada daripada nyalaan sebatang rokok, cerut ataupun paip boleh mengundang risiko kematian sebelum waktunya.

Bahana maut akibat pelbagai penyakit kesan daripada pendedahan langsung atau tidak langsung kepada SHS telah lama direkodkan. Impak ke atas orang dewasa yang tersedut SHS termasuklah risiko kematian kerana penyakit jantung koronari (CHD) yang dilihat meningkat sebanyak 30 peratus.

Bagi perokok pasif wanita yang terdedah kepada SHS sewaktu tempoh kehamilan, mereka berpotensi melahirkan anak ringan dan pramatang. Pendedahan SHS juga boleh mengakibatkan Sindrom Kematian Bayi secara Mengejut (SIDS) dan keguguran.

Selain itu, SHS juga disalahkan sebagai 'dalang' yang mendorong perkembangan simptom-simptom sistem pernafasan kronik seperti penyakit asma dalam kalangan orang dewasa.

Kanak-kanak yang terdedah kepada SHS turut menjadi mangsa tidak berdosa dalam hal ini. Risiko kanak-kanak yang tinggal sebumbung dengan ibu bapa perokok untuk mendapat masalah batuk dan kahak juga meningkat. Penyakit telinga tengah atau otitis media yang merupakan masalah biasa bagi kanak-kanak turut terbukti ada kaitannya dengan pendedahan kepada SHS.

Risiko-risiko kesihatan yang dinyatakan tadi hanyalah sebahagian daripada satu senarai panjang 'kecacatan' fizikal dan dalaman yang akan dialami oleh perokok pasif.

Jadi, ingatlah bahawa sebelum anda menyalakan sebatang rokok, fikirkan bahawa anda adalah insan yang patut bertanggungjawab terhadap nyawa lain yang melayang akibat tindakan anda mementingkan diri itu.

Tanyalah diri sendiri, jika anda cuba mengelak daripada 'diracuni' oleh pembakaran terbuka, mengapa perlu anda 'meracuni' diri dan orang lain dengan merokok?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/puy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Nasib Perokok Di Akhirat

Bagaimana Nasib Perokok Di Akhirat

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 739 hits
Karena rokok jelas membahayakan kesehatan bahkan perokok sendiripun mengakui bahwa rokok membahayakan kesehatan mereka Hanya saja candu rokok yang begitu kuat membuat mereka susah lepas dari merokok Karena rokok membahayakan bagi tubuh maka...
Nasib Malang Umno Akan Kehilangan Seorang Lagi Mp

Nasib Malang Umno Akan Kehilangan Seorang Lagi Mp

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 272 hits
Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dijangka akan meninggalkan UMNO esok dan dipercayai akan menyertai Parti Warisan Sabah Malang bagi UMNO BN kerana sebelum ini telah kehilangan lima ahli Parlimen Ahli parlimen itu dijangka menyerahkan ...
Ditetapkan Tersangka Suap Bupati Malang Pasang Badan

Ditetapkan Tersangka Suap Bupati Malang Pasang Badan

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 236 hits
Bupati Malang Rendra Kresna dengan tegas secara berulang ulang mengaku siap dengan risiko yang harus diterimanya Risiko itu dikatakan sebagai konsekuensi sebagai seorang bupati
Bupati Malang Rendra Kresna Bantah Proyek Untuk Ongkos Politik Maju Pilkada

Bupati Malang Rendra Kresna Bantah Proyek Untuk Ongkos Politik Maju Pilkada

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 261 hits
Bupati Malang Rendra Kresna membantah menggunakan proyek untuk ongkos politiknya maju sebagai bupati Bantahan itu disampaikan usai ditetapkan sebagai tersangka suap dan gratifikasi terkait penyediaan sarana penunjang peningkatan mutu pendid...
Usai Geledah 26 Lokasi Kpk Periksa 9 Saksi Kasus Suap Bupati Malang

Usai Geledah 26 Lokasi Kpk Periksa 9 Saksi Kasus Suap Bupati Malang

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 265 hits
KPK menjadwalkan memerika sembilan orang yakni Sekretaris BLH Sampurno Mantan Kepala BLH Tridiyah M Kasubag Keuangan BLH Dwi July Bendahara BLH Sophia L pihak swasta bernama Riki H pihak BPKAD Thory S dan M Imron Priyatmoko serta Cipto Wiyo...
Hasil Riset Ub Permukaan Wilayah Malang Bagian Selatan Turun 3 Meter

Hasil Riset Ub Permukaan Wilayah Malang Bagian Selatan Turun 3 Meter

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 123 hits
Hasil pengamatan kelompok Riset Geoinformatika Fakultas Ilmu Komputer Universitas Brawijaya menunjukkan permukaan tanah wilayah Malang Raya bagian selatan mengalami penurunan 3 meter dalam 3 tahun terakhir
Kpk Sebut Bupati Malang Terima Suap Rp 3 45 M Untuk Bayar Utang Kampanye

Kpk Sebut Bupati Malang Terima Suap Rp 3 45 M Untuk Bayar Utang Kampanye

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 252 hits
Bupati Malang Rendra Kresna dijerat Komisi Pemberantasan Korupsi sebagai tersangka dugaan penerimaan suap terkait penyediaan sarana penunjang peningkatan mutu pendidikan di Dinas Pendidikan Pemkab Malang
Kpk Tetapkan Bupati Malang Rendra Kresna Tersangka Suap Dan Gratifikasi

Kpk Tetapkan Bupati Malang Rendra Kresna Tersangka Suap Dan Gratifikasi

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 259 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi menetapkan Bupati Malang Rendra Kresna sebagai tersangka dugaan suap dan penerimaan gratifikasi Untuk suap KPK menjerat Rendra beserta dengan pihak swasta bernama Ali Murtopo
Malang Raya Alami Penurunan Muka Tanah 3 Meter

Malang Raya Alami Penurunan Muka Tanah 3 Meter

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 265 hits
Wilayah Malang Raya dalam kurun waktu sekitar tiga tahun mengalami penurunan muka tanah cukup signifikan hampir tiga meter Demikian hasil analisis yang dilakukan oleh Grup Riset Geoinformatika Fakultas Ilmu Komputer Universitas Brawijaya Ma...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana