Kasihan Akhirnya Ko Sorang Yang Hadap
Mahkamah Tinggi Benarkan IGP Razarudin Mulakan Prosiding Menghina Mahkamah Terhadap Papagomo 3 hours agoRazarudin memfailkan saman fitnah terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina dan tidak berasas, termasuk melabelnya sebagai ‘pelacur banduan terhormat’ serta ‘penjilat kepada Perdana Menteri’.
KUALA LUMPUR, 16 Mei – Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan permohonan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk memulakan prosiding menghina mahkamah (komital) buat kali ketiga terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Permohonan tersebut dibuat susulan penerbitan semula video permohonan maaf oleh Papagomo pada 30 April lalu yang berkaitan dengan kes saman fitnah berjumlah RM3 juta yang difailkan oleh Razarudin terhadapnya.
Kes tersebut turut melibatkan dakwaan berkait Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Raam Kumar yang mewakili plaintif dalam prosiding ex-parte (sebelah pihak).
“Mahkamah menetapkan pendengaran inter-parte (dua pihak) bagi prosiding komital tersebut pada 30 Jun ini dan kehadiran defendan adalah diwajibkan,” katanya.
Pada 26 Disember 2024, Razarudin memfailkan saman fitnah terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina dan tidak berasas, termasuk melabelnya sebagai ‘pelacur banduan terhormat’ serta ‘penjilat kepada Perdana Menteri’.
Kenyataan-kenyataan tersebut didakwa dimuat naik melalui video di platform YouTube, TikTok dan turut disebarkan melalui media sosial lain.
Razarudin turut memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menerbitkan semula sebarang kenyataan fitnah terhadapnya, sama ada secara sendiri, melalui ejen atau mana-mana pihak lain.
Pada 31 Disember 2024 dan 10 Januari 2025, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi ex-parte dan inter-parte oleh Razarudin, serta memerintahkan semua kandungan fitnah tersebut dipadamkan dari platform digital milik defendan, termasuk YouTube, TikTok, Facebook, Telegram dan X (Twitter).
Selain itu, defendan juga diarahkan menarik balik video bertarikh 14, 15, 20 dan 22 Disember 2024 yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap plaintif.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/05/kasihanakhirnya-ko-sorang-yang-hadap.html