Kasih Sayang Ayah Buat Kolam Renang Murah Secara Diy Untuk Anak2
SOURCE : Kasih Sayang Ayah Buat Kolam Renang Murah Secara DIY Untuk Anak2 appeared first on Portal Mypt3.
Kasih Sayang Ayah Buat Kolam Renang Murah Secara DIY Untuk Anak anak tersayang
Biasanya jikalau ada yang merancang bercuti di Melaka contohnya, mesti nakkan homestay melaka kolam renang yang menjadi pilihan ramai.
Sedangkan boleh sahaja diadakan kemudahan kolam renang seperti ini di halaman rumah dengan buat secara murah dan DIY.
Lelaki ini berjaya melakukannya, siap berkongsi sekali dengan anda semua bagaimana cara beliau berjaya merealisasikannya untuk keluarga dan anak-anak tersayang dengan kos sebanyak…….
Teruskan membaca panduan di bawah ini..
Cara Buat Kolam Renang Murah
Disebabkan bekho tidak boleh masuk ke halaman rumah Encik Hafizh Ateh, jadi terpaksa kerja-kerja manual dilakukan untuk buat swimming pool ini.
Lagipun jikalau sampai kena gunakan perkhidmatan bekho, kos pembuatan sudah melonjak. Dah tak jadi murah seperti yang diharapkan bukan?
1) Beliau mula menanda rekabentuk kolam yang mahu dibuat. Proses mengorek tanah dilakukan.
2) Kemudian batu kerikil atau nama lainnya batu kasaran mula diletakkan.
Satu lagi, jangan tersilap ya. Lubang yang anda nampak bersebelahan dengan kolam yang beliau korek itu, bukanlah lubang kumbahan.
Sebenarnya ia adalah lubang untuk air yang kelaur dari sinki rumahnya. Jadi bagi memudahkan air dapat dikeluarkan dari kolam renang rumah ini, satu lubang kecil telah ditebuk untuk masuk ke lubang tangki tersebut.
3) Rangka Besi yang berukuran 3×2 disusun dan diletakkan terlebih dahulu sebelum menyambung membuat konkrit.
Batu-bata dipasang disekeliling lubang kolam ini.
4) Pemasangan sistem saluran paip untuk kemasukan air dan pengeluaran air di kolam renang ini termasuk pemasangan water pump untuk air terjun dan juga air pancut.
Dah siap pemasangan bata, sambung pula untuk plaster simen di sekeliling kolam ini.
5) 5) Anak-anak beliau mula menguji hasil kerja ayahnya. Mereka sakan mencuci kolam renang.
Setelah selesai mencuci, beliau menyambung untuk pemasangan tile dan menggunakan sika top seal bagi tujuan waterproof pada dasar permukaan lantai konkrit.
6) Dah tak banyak lagi. Tinggal mengecat sahaja. beliau mengecat dengan cat jenis epoxy. 4 liter base dan 1 liter hardener.
7) Alhamdulillah siap akhirnya. Yang pasti anak-anak gembira. Pengorbanan Encik Hafiz sangat-sangat berbaloi.
Wowww…birunya. Tampak jernih bukan airnya?
Kos Swimming Pool Kecil
Encik Hafizh Ateh mengatakan yang mana kos anggaran untuk bian dan buat kolam renang murah ini adalah sekitar RM2,000 sahaja.
Yang mana untuk waterproffing guna simen sika top seal dan guna cat jenis epoxy
Lagi Koleksi Gambar
Baru-baru ini Encik Hafizh Ateh bersama-sama keluarga tercinta mengadakan sambutan hari jadi untuk anak tersayang sempena Hari Raya Aidilfitri versi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB berlatar belakang swimming pool yang telah dibina sebelum ini.
Cantik bukan?
P/S: Jikalau ada lebihan tanah di halaman rumah sangat menarik untuk buat swimming pool seperti ini sekali dengan mak ayah boleh mandi sekali dengan anak-anak.
Kredit Gambar & Kisah: Facebook Hafiz Hateh
SOURCE : Kasih Sayang Ayah Buat Kolam Renang Murah Secara DIY Untuk Anak2 appeared first on Portal Mypt3.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/buat-kolam-renang-murah