Kartunis Anak Jati Pahang Aza Hasilkan Buku Sketch Pekan



JERANTUT - Biarpun tidak lagi berkarya di majalah namun kartunis terkenal tanah air, Aza tetap muncul dengan karya terbarunya.

Aza atau nama sebenarnya Abdul Razak Sofhi @Subhi berkongsi buah tangannya iaitu Sketch Pekan yang mengandungi lakaran mengenai bandar diraja Pahang, Pekan.

Menurutnya, idea menghasilkan buku lakaran bergambar itu untuk memberi kelainan serta mempelbagaikan produk cenderamata kepada pelancong yang datang ke Pekan.

“Selain itu hasil lukisan ini juga bagi mengasah kemahiran yang saya ada,” kata penerima anugerah Ikon Kartunis Pahang 2019 itu.

Kartunis berusia 56 tahun itu berkata, Pekan kaya dengan tempat sejarah, alam semulajadi dan cerita legenda yang menarik untuk dikongsi bersama pelancong.

“Selain lakaran tentang budaya, bangunan dan sejarah setempat buku lakaran hitam putih ini juga memaparkan pembangunan Pekan dahulu dan sekarang,” katanya ketika ditemui di Galeri Kartun di Taman Wawasan, di sini baru-baru ini.

Lukisan Aza yang kebanyakannya tanpa dialog itu boleh dijadikan bukti bahan sejarah kerana lakarannya halus dan teliti terutama bentuk bangunannya.

Ternyata lakarannya sama seperti yang asal.

Kartunis yang menetap di Jerantut itu sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mencetak buku 100 muka surat berkenaan kerana minat mendalam tentang sejarah Pahang.

“Setiap kali ke Pekan saya sering melihat pembangunan yang pesat berlaku di sana. Saya juga seronok melawat banyak tempat sejarah dan lokasi pelancongan di daerah itu,” katanya.

Minat terhadap sejarah mendorong Aza melakukan kajian mengenai daerah yang dikenali sebagai bandar diraja itu. Bekas kartunis majalah humor itu juga mengakui gemar merakam gambar lokasi menarik.

“Saya mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menyiapkan lakaran dan kajian tentang daerah Pekan. Saya banyak membuat rujukan di perpustakaan supaya hasilnya lebih baik.

“Saya suka melihat tempat-tempat menarik kemudian menterjemahkan dalam bentuk lukisan,” katanya.



Bagaimanapun menurut Aza, walaupun hanya lakaran tetapi setiap hasilnya berdasarkan situasi sebenar seperti gambar bangunan, tempat sejarah dan lokasi sesuatu kawasan itu. Katanya, buku itu adalah buah tangan keduanya selepas buku lakaran bergambar tentang daerah Jerantut yang mendapat sambutan daripada peminatnya.

“Saya membuat buku dalam bentuk lakaran kartun untuk menarik golongan muda khususnya pelajar yang kurang minat membaca,” kata anak peneroka Felda Padang Piol itu.

Menelusuri sejarah pembabitan Aza sebagai kartunis, namanya dikenali peminat kartun tempatan terutamanya majalah Gila-Gila dan Humor.

Biarpun tanpa dialog, peminat boleh memahami dan terhibur dengan mesej yang ingin disampaikan menerusi karya yang dihasilkan oleh penerima Anugerah Tokoh Kartunis Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) 2019 itu.

Ditanya perancangannya selepas ini, beliau berhasrat untuk membuat buku lukisan lakaran untuk semua 11 daerah di Pahang dan sedang mengumpul bahan untuk daerah Kuantan dan Temerloh.

Menurutnya, buku lakaran daerah Pekan itu berharga RM12 dan dijual di kedai buku serta tempat pelancongan.

“Selain itu, saya menjual secara talian di Facebook dengan harga RM20 termasuk kos pos,” katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/kartunis-anak-jati-pahang-aza-hasilkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nabil Dikelilingi 3 Anak Dara Isteri Lahirkan Anak Ketiga Baby Girl

Nabil Dikelilingi 3 Anak Dara Isteri Lahirkan Anak Ketiga Baby Girl

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 482 hits
Hos pengacara Nabil Ahmad selamat menyambut cahaya mata ketiga Kini dirinya dikelilingi 3 anak dara Sekian lama menunggu kehadiran anak ketiga akhirnya impian Nabil terlaksana apabila isterinya Zira Ayub telah pun selamat bersalin 1 tengah ...
Anak Muda Perlukan Peluang Pekerjaan Gaji Minima Yang Dijanjikan Bukan K Pop

Anak Muda Perlukan Peluang Pekerjaan Gaji Minima Yang Dijanjikan Bukan K Pop

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 384 hits
Exco Pemuda UMNO Malaysia Shahrul Nasrun Kamarudin menggesa Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lebih fokus dan memberi keutamaan terhadap permasalahan yang dihadapi golongan muda negara sekarang ini Tegasnya golongan beli...
Anak Masih Terjangkit Penyakit Sesudah Imunisasi Apa Penyebabnya

Anak Masih Terjangkit Penyakit Sesudah Imunisasi Apa Penyebabnya

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 213 hits
Kita melihat manfaat dari imunisasi Kalau cara pemberian vaksin dan imunisasi benar anak tidak akan terserang penyakit Nah kalau anak masih juga sakit kita berpikir ada masalah dengan rantai dingin jelas Dirjen Pencegahan dan Pengendalian P...
Ditinggal Istri Kerja Di Malaysia Ali Muchtar Hamili Anak Tiri

Ditinggal Istri Kerja Di Malaysia Ali Muchtar Hamili Anak Tiri

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 549 hits
Ali Muchtar tega melakukan perbuatan asusila terhadap anak tirinya yang mengalami keterbelakangan mental Pria warga Kecamatan Wajak Kabupaten Malang itu berdalih ditinggal istrinya yang menjadi Tenaga Kerja Indonesia ke Malaysia
Perintah Anak Untuk Tunaikan Solat

Perintah Anak Untuk Tunaikan Solat

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 711 hits
1 Allah memerintahkan Rasulullah supaya mengajak ahli keluarga Baginda menunaikan solat Ini jelas terpamer di dalam firman Allah Dan perintahkanlah ahli keluargamu supaya menunaikan solat dan hendaklah kamu bersabar atasnya Surah Taha 132 1...
Anak Kapak Bapanya Sehingg Mati Kerana Terpijak Iphone Miliknya

Anak Kapak Bapanya Sehingg Mati Kerana Terpijak Iphone Miliknya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 700 hits
The ReporterSeorang bapa dikapak sehingga mati oleh anak lelakinya selepas mangsa terpijak iPhone milik suspek Mangsa Leng Sao 50 dilapor diserang oleh anak lelaki Leng Huon 23 dalam parti minum arak bersama dengan rakan rakan di rumah kelu...
Darurat Perilaku Seks Menyimpang Anak Di Garut

Darurat Perilaku Seks Menyimpang Anak Di Garut

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 205 hits
Unit Perlindungan Perempuan dan Anak Satreskrim Polres Garut tengah melakukan penyelidikan kasus penyimpangan seks yang dilakukan belasan anak di Kecamatan Garut Kota Kabupaten Garut Hal tersebut diketahui setelah adanya laporan dari salah ...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia