Kami Tidak Semurah Itu Nancy


MUKADIMAH
PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri langsung tidak menyalahkan 19 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 gagal diluluskan di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Maka, Ahli Parlimen Batang Sadong, DATUK SERI NANCY SHUKRI menegaskan tidak adil untuk manamana menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) menuduh dan meletakkan kegagalan tersebut berpunca daripada GPS.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tampil menjelaskan punca utama keengganan beliau dan rakan-rakannya yang lain menolak RUU tersebut kepada wartawan Utusan Malaysia,

UTUSAN: Beberapa menteri Kabinet PH menyalahkan GPS kerana RUU itu tidak lulus, apa pandangan Datuk Seri?

NANCY: Sekali lagi saya ingin ulang kepada menteri yang bertanggungjawab bahawa wakil-wakil rakyat GPS telah mengingatkannya supaya tunggu perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 dimuktamadkan terlebih dahulu. Kami bukan bodoh hendak setuju pada perkara yang tidak jelas. Beliau perlu ingat, pindaan yang hanya di­letakkan pada bahagian huraian bukanlah undang-undang.

Difahamkan menteri PH yang bertanggungjawab ada menjemput beberapa Ahli Parlimen GPS untuk membincangkan mengenai pindaan tersebut.

Ya, memang beliau ada menjemput kami makan tengah hari dan malam bagi membincangkan pindaan itu, tapi kami menolak kerana hal berkaitan undang-undang tidak boleh dibincangkan sehari dua sebaliknya ia perlu melalui penelitian sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan oleh golongan pakar kerana akta-akta yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan saling berkait.

Kami tidaklah ‘semurah’ itu untuk bersetuju, lebih-lebih lagi RUU itu untuk kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.

Apakah sebenarnya sebab GPS tidak sokong RUU ini?

Kami sokong tapi bersyarat. Sejujurnya kami pun mengharapkan RUU ini sebab sampai bila nak tunggu, bukan senang hendak pinda Perlembagaan Persekutuan. Kita pun nak rebut peluang dua pertiga juga, tapi kalau tak setuju dengan kita, sekurang-kurangnya masukkan pindaan yang kita hendak, tapi menteri PH tak dengar juga.

Kita hendak ia diperhalusi supaya peluang Sabah, Sarawak dan Semenanjung dalam Malaysia dapat duduk bersama. Kalau pinda Artikel 1(2), seharusnya Artikel 160 juga dipinda kerana ia melibatkan definisi Persekutuan.

Apa kesannya terhadap Sabah dan Sarawak apabila RUU ini gagal?

Pinda tak pinda, sama sahaja sebab sekarang semua perkara pun Sabah dan Sarawak boleh tuntut, sama juga dengan negeri-negeri lain bahkan dua negeri ini memiliki keistimewaan melebihi negeri lain di Semenanjung. Negeri mana yang mempunyai Kabinet menteri? Ketua Polis Negeri? Menteri penuh dan kementerian seperti di Persekutuan? Mahkamah tinggi di sini, Sabah dan Sarawak pun ada mahkamah tinggi.

Apa yang lebih utama dan menjadi tuntutan kami adalah setiap dollar and sen, antaranya tuntutan supaya Artikel 112 D seperti geran khas untuk Sabah dan Sarawak dikaji semula. Ini kerana sejak tahun 1969, ia tak pernah dikaji dan mungkin RM1 trilion hutang Persekutuan dengan Sarawak. Selain itu, kami juga ingin kebenaran mencari sumber-sumber yang boleh menjana pendapatan negeri.

Apa komen Datuk Seri apabila ada yang mendakwa GPS sengaja memalukan Perdana Menteri?

GPS berapa orang? Tanyalah GPS berapa ramai? Kita 19 sahaja dan mana kami tahu Pas dan UMNO hendak bersama dengan kita sebab risiko itu kami ambil sendiri.

Individu yang memalukan Perdana Menteri sebenarnya menteri bertanggungjawab pada undang-undang itu sebab tak beritahu Perdana Menteri. Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya pecat menteri berkenaan sebab memalukan kerajaan.

Media Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/04/kami-tidak-semurah-itu-nancy.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Benar Guru Di Dakwa Di Mahkamah Sayalah Guru Itu

Kisah Benar Guru Di Dakwa Di Mahkamah Sayalah Guru Itu

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 789 hits
Kisah Kes Kemalangan Maut di Johor melibatkan 3 pelajar maut dan 1 guru cedera telah menggemparkan negara kita sekali lagi Ya terutamanya melibatkan dunia keguruan kerana perkara ini merupakan 1 ketakutan pada para guru seluruh Malaysia dim...
Anak Suka Bertanya Itu Tandanya Dia Bijak Biarlah Soalan Sama Sedia Je Untuk Jawab

Anak Suka Bertanya Itu Tandanya Dia Bijak Biarlah Soalan Sama Sedia Je Untuk Jawab

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 303 hits
Si kecil banyak bertanya soalan memang perkara normal Ia sebahagian daripada proses pembelajaran mereka Tapi ada ketikanya soalan yang tidak berkesudahan terutama ketika ibu dan ayah sedang sibuk mengejar masa memang boleh menguji kesabaran...
Sandiaga Jogja Itu Ngangenin

Sandiaga Jogja Itu Ngangenin

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 322 hits
Menurut Sandi saat mengunjungi Yogyakarta selalu ada hal baru yang menginspirasi Termasuk potensi ekonomi berbasis kebudayaan dan kearifan lokal
Gema Supaya Tun Mahathir Letak Jawatan Siapa Yang Berniat Dibelakang Desakan Itu Viralhancing

Gema Supaya Tun Mahathir Letak Jawatan Siapa Yang Berniat Dibelakang Desakan Itu Viralhancing

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 364 hits
GEMA TUNTUTAN SUPAYA TUN DR MAHATHIR LETAK JAWATAN DALAM MALAYSIA KINI APA SIKAP DATUK SERI ANWAR DAN NURUL IZZAH Setelah agak senyap buat beberapa ketika suara yang menuntut supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kembali bergema...
Tersentak Hati Bila Dapat Hadiah Macam Ni 16 Figura Kubur Mati Itu Pasti Yang Mengingatkan Akan Kematian

Tersentak Hati Bila Dapat Hadiah Macam Ni 16 Figura Kubur Mati Itu Pasti Yang Mengingatkan Akan Kematian

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 1547 hits
Melalui perkongsian oleh di Twitter dia telah berkongsi mengenai hobi yang mampu menghasilkan sebuah diorama kubur menggunakan hasil tangannya sendiri Diorama kubur yang dihasilkan lengkap bersama jenazah yang ditanam batu nisan dan pokok p...
Pedagang Percaya Pada Euro Tetapi Isyarat Itu

Pedagang Percaya Pada Euro Tetapi Isyarat Itu

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 306 hits
Euro menghentikan pergerakan penurunan harga dalam tempoh enam hari dan meningkat disebabkan oleh fakta bahawa peserta pasaran percaya kepadanya Meningkatkan mood untuk aset berisiko disokong oleh keyakinan mengenai kesepakatan antara AS da...
Itu Hak Malar Buat Laporan Polis Streram

Itu Hak Malar Buat Laporan Polis Streram

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 315 hits
Calon PH Dr S Streram beramah mesra bersama sebahagian masyarakat india ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil N 27 Rantau di Kedai Gunting Rambut Poobalasingam Rantau Negeri Sembilan foto HAZROL ZAINAL PRK RANTAU Calon Pak...
Wapres Jk Politik Itu Hanya Lima Tahun Persahabatan Seumur Hidup

Wapres Jk Politik Itu Hanya Lima Tahun Persahabatan Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 248 hits
Wapres JK mengajak masyarakat untuk mengedepankan persatuan dan kesatuan serta mengesampingkan ego pilihan politik Berbeda pilihan politik hal wajar namun harus tetap menjaga hubungan baik dengan semua orang
Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya

Resepi Donut Tanpa Telur

Kedah Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu

New Ai Features And More For Android And Pixel

How To Begin An Online Casino In 2024 A Step By Step Guid

If Zahid Betrays Anwar It Will Be Anwar S Fault More Than Zahid

10 Kipas Siling Terbaik Laju 2024

Crafting A Catchy Facebook Name


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


Buli Trend Atau Gaya Hidup

Menyelami Potensi Energi Alternatif Untuk Rumah Modern

Hikmah Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah

The Unique Appeal Of Winfield Optimum Crush For Modern Smokers

Mayat Warganegara Asing Dipercayai Dibunuh Ditemukan Dalam Kereta

Penyokong Mengkritik Liverpool Hilang Sabar Segera Mahu Cari Pengganti Nunez