Kami Tahu Wajah Dirakam Biar Kamu Tahu Keberadaan Kami Pakar Tangkap Jin Dedah Dialog Penunggu Hutan




PENULARAN video penampakan kelibat nenek kebayan di sebuah kawasan rekreasi dipercayai di Lata Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini menggemparkan masyarakat.

Kelibat itu dirakam oleh seorang wanita yang kebetulan sedang membuat rakaman tiga anaknya yang sedang mandi sebelum muncul nenek kebayan itu sedang berjalan di atas batu di bahagian seberang jeram.

Lebih menyeramkan ketika kamera itu dialihkan ke bahagian kanan sungai, wanita itu sekali lagi berjaya merakam kelibat sama yang sudah beralih tempat dalam tempoh singkat sebelum dia dipercayai jatuh pengsan.



Kesahihan mengenai misteri video itu masih menjadi tanda tanya namun seorang pakar tangkap jin, Sa'ad Ja'afar mendakwa sudah menangkap nenek kebayan itu baru-baru ini yang sebenarnya didakwa adalah jelmaan jin.

Sa'ad memberitahu dia tidak pergi ke lokasi tempat jin itu berada sebaliknya membuat penangkapan secara jarak jauh dengan hanya melihat gambar dan video tempat kejadian.

"Cara saya... Saya tangkap jin itu dulu dan dalam kes ini nenek kebayan itu adalah ketua kumpulan jin kawasan hutan itu.

"Ia menyamar seperti nenek kebayan, dia boleh menyerupai apa sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.



Dedah Sa'ad, ketika cuba membuat tangkapan, nenek kebayan itu ia cuba melarikan diri sebelum mengubah bentuk dirinya dalam beberapa bentuk lain seperti monyet dan pontianak.

Nenek kebayan sudah 17 juta tahun menetap dalam hutan

Menerusi dialog yang dilakukan bersama makhluk itu, Sa'ad mendakwa ia memberitahu sudah 17 juta tahun menetap di hutan itu bersama 14 juta jin yang lain.

"Setelah nenek kebayan itu ditangkap kami ikat dan belasahnya bagi membolehkannya membongkar semua rahsia.

"Apabila sudah ditangkap kami akan soal mereka tetapi bukan memasukkan jin itu ke dalam badan orang lain. Kami akan belasah dan apabila berada dalam keadaan lemah, jin itu akan diletakkan dihadapan kami untuk sesi soal jawab.

"Pelbagai soalan akan diberikan dan jika dia tidak mahu jawab kami akan belasah sehingga semua yang ditanya dijawab.

"Barulah kami masukkan makhluk itu bersama pengikutnya ke dalam penjara khas (bukan dalam botol) supaya mereka tidak dapat mengganggu manusia lagi," ujarnya.

Malah makhluk itu tahu wajahnya berjaya dirakam dan sengaja menampakkan dirinya agar manusia tahu akan keberadaan mereka di dalam hutan itu.

Sa'ad memberitahu nenek kebayan itu sebelum ini hanya memberi tanda kehadiran mereka dan bisikan kepada manusia namun kali ini ia memunculkan diri atas arahan tuannya iaitu dajal.




Perakam, tiga anak sudah diracun

Dalam pada itu, Sa'ad berkata, makhluk itu mendakwa sudah meracuni wanita yang merakam kelibatnya dan anak-anaknya selain mereka akan menjadi pelupa, pemarah dan sikap negatif lain.

Namun katanya, jin itu tidak mengikut keluarga itu pulang kerana sudah meracuni tubuh badan mereka.

"Nenek kebayan itu kata mereka akan sesak nafas dan keadaan itu akan berkekalan selain sakit itu akan bertambah.

"Ia juga memberitahu racun itu sangat kuat dan tiada ubat atau herba mampu menghilangkan racun itu kerana ia lebih kuat daripada manusia," katanya.

Sementara itu, Sa'ad berkata, dia tidak memaksa kepada mana-mana pihak untuk mempercayai kejayaannya menangkap nenek kebayan itu namun memberitahu sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membongkar rahsia kejahatan jin agar manusia tidak terkena racun dan diganggu makhluk itu.

Selain itu, Sa'ad turut meminta agar orang awam agar berhati-hati sekiranya memasuki kawasan hutan mahupun mandi di sungai.

Berikut dialog penuh Sa'ad dengan nenek kebayan (ketua jin) yang dipetik dari blognya:

Dah berapa lama kau tinggal di kawasan hutan itu?
17 juta tahun

Kau duduk dalam hutan atau di air ?
Seluruh kawasan hutan dan air itu adalah tempat kami.

Kau tau tak yang kau dapat dirakam video ni?
Kami tau... biar kamu tau akan keberadaan kami di sini.

Sebelum ini pun ada orang lain yang datang ke situ kan? Kenapa kau tak tunjukkan diri kau sebelum ni?
Kami tidak tunjukkan diri kami... Kami hanya beri tanda kehadiran kami dan bisikkan pada mereka.

Kali ni... kenapa kau munculkan diri dan tunjukkan kepada mreka yang ambil video tu?
Kamu tidak tahu? Kamu sudah berada di penghujung usia dunia kamu... hanya arahan ketua kami yang kami nantikan.

Siapa ketua kau?
Dia maha kuasa, dia hebat.Dialah Dajal.

Kenapa kau tunjukkan diri sebagai nenek kebayan?
Kami boleh tunjukkan lebih dari itu. Terpulanglah apa yang kami nak tunjuk. Kami boleh tukar pelbagai rupa.

Kau ada nak buat sesuatu pada orang dalam video tu?
Ya... mereka akan lemah, sakit.

Racun kau 28 peratus pada air tu... jika kena manusia, manusia jadi apa?
Mereka akan sentiasa jadi lupa dan mereka akan sentiasa jadi dungu, mereka akan sentiasa jadi kasar dan mereka akan sentiasa ingat padaku dan mereka akan sentiasa jadi pemarah dan banyak lagi yang negatif semua.

Jika orang yang datang ke tempat kau ni, contoh manusia yang dalam video tu, jika mereka balik ke rumah, adakah geng kau ikut mereka balik?
Kami tak ikut, tapi pastinya racun-racun kami akan pasti dibawa oleh mereka kerana sudah masuk ke dalam badan mereka.

Bagaimana kamu ganggu manusia di tempat kamu?
Selagi manusia tidak ganggu kami, kami takkan ganggu manusia.

Manusia ganggu kamu macam mana? Contohnya.
Tidakkah manusia sedar bahawa ini tempat kami, tidakkah manusia sedar bahawa ini tempat kehidupan kami. Apa kamu rasa jika tempat kamu dirosakkan? Tentu marah betul? Samalah dengan kami.

Apabila manusia masuk ke dalam hutan je, itu sudah merosakkan tempat kami. Maka, kami perlu marahlah. Lagi kami marah apabila manusia menganggap kawasan hutan dan kawasan air ni mereka berkuasa boleh buat apa saja. Itu yang membuatkan kami bertindak.

Habis tu, kalau mereka nak main di kawasan tu juga (hutan/air ) apa yang mereka perlu buat agar tak ganggu kau?
Ini tempat kami, pergilah ke tempat kamu manusia.

Jadi berapa perarus racun kau yangg dah masuk ke dalam badan budak-budak yang main di air tu?
13 peratus telah kami masukkan.

Masuk melalui bahagian mana pada badan tu?
Di mana-mana rongga pada badannya.

Lepas mereka balik, racun-racun kau dalam badan mereka tu akan berkekalan ke?
Mereka akan sesak nafas. Ye akan berkekalan. Dan sakit tu akan bertambah.

Untuk orang biasa, apa cara untuk keluarkan racun kau tu dari badan mereka?
Racun itu takkan kami lepaskan begitu saja, memang racun itu untuk manusia.

Jika dibacakan ayat-ayat rukyah adakah racun kau tu akan terkeluar dari badan?
Tidak, racun itu takkan keluar dari tubuh manusia.

Jika makan herba-herba atau ubat, ada kesan tak kepada racun kau?
Takde kesan kerana racun kami lebih kuat dari ubatan manusia.

Pernah tak manusia berkahwin dengan jin?
Tidak

Tu yang ada orang kata ia berkahwin dengan jin tu betul atau tidak?
Manusia itu hanya dipukau saja, jin takkan dapat bersatu dengan manusia. Manusia tu hanya terasa seperti berkawin bersama sedangkan kami hanya melihat dari jauh sahaja. Memang manusia mudah diperbodohkan.

Apa pandangan kau terhadap manusia?
Manusia semakin lemah, semakin lalai. Ini lagi memudahkan kami untuk menganggu manusia.




Sumber artikel : mStar Online © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber (Video) “Kami tahu wajah dirakam.... biar kamu tahu keberadaan kami” - Pakar tangkap jin dedah dialog penunggu hutan

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/04/video-kami-tahu-wajah-dirakam-biar-kamu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saintis Dedah Wanita Lebih Pandai Dari Lelaki Tangkap Pasangan Curang Bazookapenaka My

Saintis Dedah Wanita Lebih Pandai Dari Lelaki Tangkap Pasangan Curang Bazookapenaka My

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 458 hits
PARA saintis mendedahkan bahawa wanita boleh membuat penilaian sama ada seorang lelaki itu curang atau tidak dengan hanya melihat wajahnya Ini berbeza dengan lelaki yang gagal mengesan perkara itu dengan cara yang sama lapor AFP Para penyel...
Penat Nak Jawab Makcik Pakcik Yang Sibuk Shakilla Fizi Dedah Wajah Anak Lepas 30 Hari

Penat Nak Jawab Makcik Pakcik Yang Sibuk Shakilla Fizi Dedah Wajah Anak Lepas 30 Hari

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 340 hits
Shakilla Khoriri suaminya Fizi Ali akan mendedahkan wajah anak mereka Ameena Sofia selepas 30 hari Pasangan pelakon penyampai radio ini mempunyai alasan sendiri untuk tidak mendedahkan wajah Ameena yang dilahirkan pada 14 Mac 2019 lalu Akan...
Selesai Berpantang Zizie Izette Buat Majlis Akikah Dedah Wajah Anak

Selesai Berpantang Zizie Izette Buat Majlis Akikah Dedah Wajah Anak

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 262 hits
Selesai berpantang Zizie Izette buat majlis akikah dedah wajah anak Selesai menjalani sesi berpantang pelakon Datin Zizie Izette mengadakan majlis akikah dan cukur jambul anak bongsunya Aalisa Belle Izette yang dilahirkan pada 1 Mac lalu Ma...
Polisi Amankan Senjata Api Dan Tangkap 5 Pelaku Bentrokan Di Tps 7 Sampang

Polisi Amankan Senjata Api Dan Tangkap 5 Pelaku Bentrokan Di Tps 7 Sampang

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 217 hits
Polisi menangkap lima pelaku insiden bentrokan di TPS 7 Dusun Tapaan Tengah Desa Tapaan Kecamatan Banyuates Kabupaten Sampang Madura yang mengakibatkan satu orang mengalami luka tembak Rabu siang
Tangkap Pengedar Sabu 2 Kg Kapolda Sulsel Tak Mau Lengah Jelang Pemilu

Tangkap Pengedar Sabu 2 Kg Kapolda Sulsel Tak Mau Lengah Jelang Pemilu

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 137 hits
Kapolda Sulsel Irjen Hamidin menegaskan pelaku pelaku kejahatan termasuk di kasus peredaran gelap narkoba semakin marak jelang pemilu Buktinya dalam sepekan ada dua kasus narkoba yang diungkap dengan total barang bukti sabu seberat 2 5 kilo...
Tim Gakkumdu Kudus Tangkap Dua Pelaku Money Politik

Tim Gakkumdu Kudus Tangkap Dua Pelaku Money Politik

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 190 hits
Dari keterangan dua pelaku AS mengakui sudah membagikan uang yang telah dipersiapkan kepada 20 orang Sedangkan AH belum sama sekali membagikan uang yang dibawa dalam tas itu ke warga
Tangkap 2 Pelaku Bawa Kabur Kotak Suara Di Sampang Polisi Amankan Senjata Tajam

Tangkap 2 Pelaku Bawa Kabur Kotak Suara Di Sampang Polisi Amankan Senjata Tajam

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 255 hits
Tak puas dengan hasil pemungutan suara di TPS 13 Desa Bapelle Kecamatan Robatal Kabupaten Sampang Madura dua pemuda membawa kabur kota suara Rabu siang Bahkan sempat menabrak petugas yang mengejarnya dengan mobil yang dikendarainya Polisi m...
Polisi Tangkap 2 Pelaku Pembuang Mayat Dalam Karung 4 Pelaku Utama Masih Diburu

Polisi Tangkap 2 Pelaku Pembuang Mayat Dalam Karung 4 Pelaku Utama Masih Diburu

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 241 hits
Dari hasil pemeriksaan pelaku hanya berperan sebagai penerima paket jenazah dari empat orang yang diduga sebagai pelaku utama yang masih dalam pengejaran polisi Pelaku diperintahkan membuang kedua mayat tersebut dari atas kapal di wilayah p...
Polisi Berhasil Tangkap Pelaku Pembunuh Guru Honorer Ini Kronologinya

Polisi Berhasil Tangkap Pelaku Pembunuh Guru Honorer Ini Kronologinya

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 281 hits
POLISI menangkap pelaku pembunuhan kasus mutilasi terhadap guru honorer Budi Hartanto Jumat Pelaku pembunuh guru honorer warga Kota Kediri Jawa Timur ada dua orang Inisial pelaku pembunuhan disertai mutilasi adalah AP dan AJ Perlu diketahui...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025