Kami Maafkan Semua Suami Minta Hentikan Kecaman Tak Mahu Emosi Isteri Terganggu


“Kami maafkan dan halalkan semua kecaman warganet. Kami tidak meminta perkara yang menakutkan ini berlaku, lebih-lebih lagi kepada isteri yang sarat mengandung.
Demikian luahan lelaki yang dikenali sebagai Nahiz, 32, suami kepada seorang wanita mengandung yang dikecam warganet selepas disahkan positif Covid-19.
Pasangan itu yang tinggal di Ampang, Kuala Lumpur ke Kuala Krai kerana isteri mahu pulang bersalin di rumah ibu bapanya.
Gambar Hiasan Nahiz mengakui dia amat terkejut sejurus mengetahui isterinya disahkan positif Covid-19.
“Ketika itu perasaan saya bercampur baur kerana perkara yang sebelum ini menjadi kebimbangan (Covid-19) tiba-tiba berlaku kepada orang tersayang.
“Sekiranya saya tahu dia positif Covid-19 sebelum pulang ke kampung. Pasti saya tidak akan membenarkan dia bersalin di Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Hantar isteri balik kampung ikut SOP
Menurutnya, dia terpaksa menghantar isterinya bersalin anak kedua di Kuala Krai atas faktor kekangan tugas sebagai juruteknik yang memaksanya terus berkhidmat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Gambar Hiasan Nahiz berkata, isterinya dijangka bersalin antara seminggu hingga dua minggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Saya bimbang keselamatan isteri bersama anak sulung berusia 4 tahun di rumah kerana waktu pekerjaan saya tidak menentu.
Dia berkata, lebih mengejutkan kecaman yang dilontarkan kepada mereka terutama isteri melampaui batas.
Menurutnya, isterinya terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook miliknya dan berdepan kemurungan akibat kecaman tersebut.
“Bagaimanapun saya lega apabila ‘emosi’ isteri berada dalam keadaan tenang dan kami sentiasa berhubung melalui telefon.
“Saya doakan isteri dan anak di dalam kandungan diberikan kekuatan untuk melalui semua ini dan cepat sembuh. Tiada orang yang meminta mereka ditimpa musibah, kami reda dengan ujian ini,” katanya.
Nahiz berkata, dia berterima kasih pada keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada isteri untuk melawan penyakit tersebut,” katanya yang turut sebak mengenangkan ujian menimpa isterinya itu.
Gambar Hiasan Anak sulung dan ahli keluarga terdekat negatif Covid
Sementara itu, anak sulung kepada wanita ini didapati negatif virus itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kanak-kanak berusia 4 tahun itu termasuk 20 kontak rapat yang juga negatif Covid-19.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan mangsa mendapat virus berkenaan daripada suami kerana mangsa adalah suri rumah.
“Setakat ini alhamdulillah hanya wanita itu didapati positif Covid-19 manakala 20 kontak termasuk anak mangsa negatif.
“10 lagi kontak dengan pesakit berkenaan akan menjalani ujian saringan,” katanya.
Dr Zaini berkata, ujian saringan juga akan dilakukan terhadap bayi dalam kandungan selepas wanita itu bersalin dan tidak memerlukan pembedahan.
“Kami akan memberikan perkhidmatan terbaik di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika wanita itu melahirkan bayinya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN [Wanita Hamil Pulang Ke Kelantan Untuk Bersalin Tapi Disahkan Positif Covid-19, KKM Cari Kontak Rapat]
Pemantauan di rumah 2 jam sekali
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, polis akan menjalankan pengawasan dan pemeriksaan terhadap kesemua rumah kontak rapat berkenaan sepanjang Aidilfitri.
“Kesemua kontak didapati negatif tetapi perlu berada di rumah dan tidak boleh menerima tetamu ketika sambutan hari raya. Pemantauan akan dijalankan mungkin setiap dua jam sekali,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
The post “Kami Maafkan Semua.” Suami Minta Hentikan Kecaman Tak Mahu Emosi Isteri Terganggu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kami-maafkan-semua-suami-minta-hentikan-kecaman-tak-mahu-emosi-isteri-terganggu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Kisah Suami Isteri Uzur Tinggal Di Pondok Usang Bila Ditanya Rupa Rupanya

Viral Kisah Suami Isteri Uzur Tinggal Di Pondok Usang Bila Ditanya Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 665 hits
Memang sudah menjadi lumrah bagi setiap pasangan suami isteri untuk sentiasa berkongsi suka dan duka bersama sama Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Nurul Syakilla yang menceritakan pengalaman hidup pasangan war...
Polis Sahkan Tahan Bekas Pegawai Khalid Samad Suami Isteri

Polis Sahkan Tahan Bekas Pegawai Khalid Samad Suami Isteri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 444 hits
Polis hari ini mengesahkan menahan bekas setiausaha politik bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad serta sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung aduan sebuah firma arkitek mengenai arahan pembangunan palsu Pengarah Ja...
Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Para Suami Kena Ingat Dan Wajib Tahu

Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Para Suami Kena Ingat Dan Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 1116 hits
Para suami kena ingat Wajib tahu Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur Nafkah untuk isteri kena declared betul betul clear Abang bagi RM100 ni untuk nafkah sayang Ni lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya Full stop N...
Isteri Trauma Melihat Suami Anak Ditetak Depan Mata

Isteri Trauma Melihat Suami Anak Ditetak Depan Mata

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 503 hits
Desakan dan tekanan hidup membuatkan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup Memetik laporan harian metro Seorang wanita trauma apabila melihat suami dan anak lelakinya ditetak berkali kali oleh sekumpulan penyamun sema...
Sepenat Mana Kerja Suami Takkan Dapat Lawan Penat Isteri Di Rumah

Sepenat Mana Kerja Suami Takkan Dapat Lawan Penat Isteri Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 395 hits
Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan Lagi senang Dia tak letih Tapi tidak lama kemudian saya fikir balik Saya izinkan dia keluar pergi beli barang se...
Isteri Suami Buat Air Sendiri Lelaki Jelaskan Pentingnya Sikap Toleransi Semasa Berkahwin

Isteri Suami Buat Air Sendiri Lelaki Jelaskan Pentingnya Sikap Toleransi Semasa Berkahwin

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 412 hits
Sifat bertolak ansur atau toleransi yang baik dalam sesuatu perkahwinan itu amatlah penting dalam memastikan kesejahteraan serta kebahagiaan rumah tangga itu akan kekal lama Perkara ini perlu dititik beratkan lebih lebih lagi bagi pasangan ...
Isteri Sanggup Gadai Barang Kemas Tolak Kemahuan Diri Sebab Tak Mahu Suami Susah

Isteri Sanggup Gadai Barang Kemas Tolak Kemahuan Diri Sebab Tak Mahu Suami Susah

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 450 hits
Barang kemas antara aset buat seorang wanita Tanyalah mana mana wanita mesti akan ada sekurang kurangnya satu barang kemas Walaupun hanya ada sebentuk cincin ia dah cukup bermakna Bagi wanita bergelar isteri pula sewaktu akad nikah pun past...
Rentas Negeri Untuk Suami Isteri Tinggal Berjauhan Bertemu Bukan Untuk Hari Raya

Rentas Negeri Untuk Suami Isteri Tinggal Berjauhan Bertemu Bukan Untuk Hari Raya

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 405 hits
Kelonggaran yang diberikan kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi berjumpa keluarga sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak boleh digunakan sewaktu hari raya Me...
Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami Siapa Lagi Jangan Fikir Ego Ini Kebahagiaan Bersama

Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami Siapa Lagi Jangan Fikir Ego Ini Kebahagiaan Bersama

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 395 hits
Jika isteri tak boleh tegur suami maka siapa lagi yang boleh Orang tua kita Adik beradik kita Mereka tidak tinggal sekali dengan kita Jika mereka tinggal sekali dengan kita pun mereka tidak tahu perangai sebenar kita sebab kita tak tunjuk a...
Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

Bagaimana Malaysia Boleh Dapat Pemain Berpengkalan Di Amerika Latin Dan Eropah

Bukan Susu Je Yang Mengalir Tapi Air Mata Juga Suami Ini Cara Nak Jadi Hero Sebenar Waktu Isteri Menyusu

Perancangan Kewangan Kepada Bakal Pesara Guru Sekolah

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


English Uasa Year 3

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman