Kami Dah Berempat Raja Farah Selamat Lahirkan Anak Lelaki Kedua Seberat 3 45 Kilogram
Penantian untuk kelahiran anak kedua dipermudahkan apabila Raja Farah selamat melahirkan anak tanpa sebarang komplikasi pada 7 April lalu.
Kelahiran anak lelaki kedua itu dikongsikan oleh Raja Farah di instagramnya dan mendapat ucapan tahniah dari peminatnya.
View this post on Instagram
Assalammualaikum semua…Alhamdulillah…we’re now 4…
— Syukur Alhamdulillah…we are so happy to announce the arrival of our 2nd son..Alhamdulillah…everything went well.. — • 7th April 2019 • 6:15pm • 3.45kg • boy • normal delivery • — We would like to thank every single of you for all the doa & warm wishes..we really appreciate it…thank you..much love from us… — #rajafarah #iskandarfarah #theimraniskandar #rfiijunior2
A post shared by Mama to Imran Iskandar (@rajafarahraziz) on Apr 8, 2019 at 2:07am PDT
Pelakon berusia 31 tahun itu memaklumkan, dia selamat melahirkan bayi secara normal pada jam 6.15 petang seberat 3.45 kilogram.
“Alhamdulillah, kami kini berempat dengan kehadiran anak lelaki kedua. Syukur, semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
“Saya melahirkan bayi ini secara normal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan yang tiada henti. Kami sangat menghargainya,” katanya.
Dia juga turut berkongsi gambar bersama suami dan anak sulung mereka, Imran Iskandar yang kini berusia 3 tahun serta bayi berkenaan untuk tatapan peminat dan pengikutnya.
Di ruangan komen instagramnya netizen mengucapkan tahniah kepada Raja Farah dan suaminya kerana dikurniakan khalifah baru dalam keluarga mereka.
View this post on Instagram
Alhamdulillah…boleh blk dah today…selamat berjuang lah Mama jaga awk mlm2…it’s okay…we go through this together k baby… — #rajafarah #rfiijunior2
A post shared by Mama to Imran Iskandar (@rajafarahraziz) on Apr 8, 2019 at 9:59pm PDT
Raja Farah sebelum ini pernah mengalami masalah batu dalam hempedu ketika hamil 7 bulan. Ibu ini juga turut mengalami keadaan air ketuban semakin sedikit dan kedudukan bayi songsang pada usia kandungan 8 bulan setengah.
Dalam pada itu, beberapa minggu sebelum kelahiran keduanya, Raja Farah berkongsi dia kena melalui prosedur indius kerana mengalami gestational diabetes mellitus semasa hamil (GDM).
Sumber: ig rajafarahaziz
The post Kami Dah Berempat! Raja Farah Selamat Lahirkan Anak Lelaki Kedua Seberat 3.45 Kilogram appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kami-dah-berempat-raja-farah-selamat-lahirkan-anak-lelaki-kedua-seberat-3-45-kilogram/