Kalau Peralihan Kuasa Mahu Dianjak Kepada November Ia Mesti Disetujui Anwar Terlebih Dulu



Pada November 2018, setelah sebelum itu berkali-kali mengatakan hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun, Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak berhasrat melebihi tempoh yang sudah dijanjinya itu.Kata Tun Mahathir, beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk menyerahkan jawatan ketua kerajaan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun menjadi Perdana Menteri.“Saya sudah berjanji akan meletak jawatan. Saya akan pegang janji saya.“Adakah anda ingat sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya? Saya adalah satu-satunya ‘diktator’ yang meletakkan jawatan,” tambahnya lagi.Seterusnya, Tun Mahathir juga menolak perkhabaran adanya persetujuan baru mengenai tempohnya menjadi Perdana Menteri.“Tak ada. Saya cuma dua tahun sahaja. Dua tahun atau… tak tahulah, kalau dia (Anwar) bagi izin, dua tahun setengahlah,” kata Tun Mahathir berseloroh sambil melirik kepada Anwar yang duduk di sebelahnya.Anwar ketika itu hanya ketawa saja, tidak mengangguk dan tidak juga menggelengkan kepalanya.Dengan menyebut “kalau Anwar beri izin, dua tahun setengahlah” bermakna Tun Mahathir sejak awal memang menyedari tempohnya menjadi Perdana Menteri tidak akan melebihi dua tahun.Mudah kata, kalau mahu menjadi Perdana Menteri lebih daripada tempoh itu – dua tahun setengah misalnya – ia hanya akan berlaku jika Tun Mahathir mendapat keizinan daripada Anwar.Kenapa Tun Mahathir berkata demikian?Jawapannya mudah saja. Tun Mahathir sejak awal sedar beliau hanya menumpang perjuangan PH bagi tujuan menumbangkan UMNO dan BN serta untuk menyingkirkan Najib Razak.PH sejak PRU13 telah meletakkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-7 dan pada PRU14, oleh kerana beliau berada di penjara, maka adalah mustahil namanya diletakkan sebagai calon Perdana Menteri.Di situlah munculnya persetujuan meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan dan sebelum mendapat pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong.Setelah bebas dan mendapat pengampunan, jawatan Perdana Menteri hendaklah diserahkan kepada Anwar.Tempoh dua tahun bagi Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri bererti sehingga Mei 2020.Baru-baru ini, di sebalik ketidak-tentuan yang berterusan berhubung peralihan kuasa, Tun Mahathir memberitahu, beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas Sidang Apec 2020 di Kuala Lumpur pada November depan.“Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya tetapi saya rasa perubahan kepimpinan negara sebelum Sidang Apec akan menimbulkan gangguan,” ujarnya.Dengan menganjakkan tempoh peralihan kuasa sehingga November, secara tidak langsung Tun Mahathir mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua setengah tahun sebagaimana pernah dibayangkannya pada November 2018 dulu.Tetapi, adakah beliau mendapat izin daripada Anwar terlebih dahulu?Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampak bersetuju untuk memberi pemanjangan tempoh Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sehingga November sebagaimananya yang pernah dimintanya.Kenapa Guan Eng begitu mudah bersetuju dengan Tun Mahathir?Kenapa beliau tidak bertanya atau berbincang dengan Anwar terlebih dahulu?Tidak dapat tidak, berikutan tarikh peralihan kuasa ini terus menjadi isu, bukan saja kepada PH tetapi juga kepada rakyat di merata-rata tempat, PH mesti bermesyuarat dalam waktu terdekat ini untuk memutuskannya.Jika Mei atau bulan-bulan yang hampir dengannya mahu diputuskan untuk peralihan kuasa, yang penting untuk ditetapkan ialah tarikhnya saja.Tetapi, jika mahu dianjakkan sehingga November iaitu dua tahun setengah selepas Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, izin daripada Anwar perlulah diperolehi terlebih dahulu.Hanya jika Anwar setuju memberi izin, sesuai dengan janji Tun Mahathir mahu mendapat izin daripada Presiden PKR itu terlebih dahulu, maka barulah boleh ditetapkan tarikh peralihan kuasa sama ada pada penghujung November atau tarikh-tarikh lain pada Disember 2020.Kalau Anwar tidak setuju atau tidak sedia memberi izin, Majlis Presiden PH harus kembali kepada janji asal Tun Mahathir mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja dan Mei adalah tarikh muktamad penyerahan kuasa yang sepatutnya. (ShahbudinHusin 16/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kalau-peralihan-kuasa-mahu-dianjak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proses Peralihan Kuasa Perlu Diselesai Secara Baik Kata Anwar

Proses Peralihan Kuasa Perlu Diselesai Secara Baik Kata Anwar

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 209 hits
BERITAPRK KIMANIS Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata peralihan kuasa perlu dibincangkan secara baik dalam Pakatan Harapan atau antara dirinya dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Anwar berkata beliau tidak setuju jika proses itu dibua...
Peralihan Kuasa Harus Aman Anwar

Peralihan Kuasa Harus Aman Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 195 hits
Presiden parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim sekali lagi membuat pendirian agar proses peralihan kuasa dibincangkan secara baik Bercakap semasa kempen untuk calon Warisan Datuk Karim Bujang di Kampung Pimping dekat Kimanis semalam Anwar men...
Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Boleh Dipaksakan

Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Boleh Dipaksakan

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 280 hits
Menjelang tarikh peralihan kuasa PM Mahathir kepada Anwar Ibrahim yang dibayangkan akan berlaku hujung tahun ini pelbagai teori mula timbul jika tempoh itu cuba dipanjangkan lagi Salah satu teori didedahkan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ram...
Tarikh Khusus Peralihan Kuasa Wajar Dibincang Kata Anwar

Tarikh Khusus Peralihan Kuasa Wajar Dibincang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 289 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan soal tarikh khusus pelan peralihan kuasa Loading Walaupun mengakui proses itu sudah diputuskan Majlis Presiden PH sebelum ini Presiden PKR itu menje...
Pakatan Harapan Putuskan Tiada Tarikh Peralihan Kuasa Pm Kepada Anwar

Pakatan Harapan Putuskan Tiada Tarikh Peralihan Kuasa Pm Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 625 hits
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan YB Dato Saifuddin Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim Kenyataan ini dikeluarkan berikutan desakan oleh beb...
Hanya Anwar Boleh Kembalikan Keyakinan Rakyat Kepada Kerajaan Ronnie Liu Mahu Peralihan Kuasa Pm Pada Mei

Hanya Anwar Boleh Kembalikan Keyakinan Rakyat Kepada Kerajaan Ronnie Liu Mahu Peralihan Kuasa Pm Pada Mei

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 255 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu mahu peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Mei ini Menurutnya beliau berharap Dr Mahathir menghormati tempoh masa yang tela...
Tarikh Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Lepas Apec

Tarikh Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Lepas Apec

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 281 hits
Pakatan Harapan mula bersungguh sungguh menetapkan tarikh peralihan kuasa antara PM Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim dengan mengulangi proses penyerahan jawatan akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 November ...
Dr M Sudah Tetapkan Garis Masa Peralihan Kuasa Guan Eng

Dr M Sudah Tetapkan Garis Masa Peralihan Kuasa Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 224 hits
Annabelle Lee Dr Mahathir Mohamad telah menetapkan tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Menjawab soalan pemberita ketika sidang akhbar di Putrajaya malam i...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc