Kalau Ada Kawan Macam Ini


 

Pada majlis sambutan Adilifitri Umno Hulu Selangor tempoh hari yang tentunya dihadiri ramai orang parti dan penyokong, Zahid Hamidi selaku presiden memberi peringatan kepada setiap anggota parti bukan sahaja Umno bahagian.
Kata Zahid, Umno mesti terima hakikat ia bukan lagi parti dominan, bukan lagi powerhouse seperti dahulu. Sebenarnya peringatan begini pernah dilaungkan beliau sebelum ini. “Sekarang kita melukut di tepi gantang, kita terpinggir sekarang,” kata Zahid dalam peringatannya kali ini.
Beliau kemudian berkata ini bukan bermakna Umno di penghujung usia politik malah masih diberi kepercayaan tinggi untuk bangkit dalam kerajaan perpaduan. Zahid seterusnya menyenaraikan apa yang Umno perlu buat sekarang. Ini tidak akan saya bicarakan kerana ia bukan dalam konteks artikel ini.

Apa pun dalam mengingatkan partinya mesti terima hakikat atau terima realiti, bagi saya bolehlah ditafsir sebagai ‘perlu sedar diri’. Ertinya Umno kenalah sedar ia bukan parti yang gah berkuasa dahulu. Peringatan yang tepat dan relevan.
Namun pada hemat saya, peringatan seperti itu elok juga Zahid selaku pengerusi BN panjangkan kepada komponen gabungan pimpinananya iaitu MIC dan MCA, terutama parti yang mendakwa mewakili masyarakat Cina.
Kedua-dua parti itu mengumumkan tidak akan berkempen (baca: tidak akan bantu dan tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan) pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu jika calon BN tidak diletak bertanding di situ. Pada hal BN sebahagian kerajaan perpaduan yang diterajui PH.
Bagaimanapun apa yang Zahid lakukan ialah sekadar bertemu Wee Ka Siong presiden MCA dan memahami situasi yang Wee hadapi ketika MCA mengeluarkan kenyataan tidak mahu terlibat kempen. Kata Zahid beliau akan ikhtiar agar MCA menyertai kempen. Bagi saya ini usaha memujuk MCA. Bukan memarahi atau beri amaran.
Anwar Ibrahim selaku ketua kerajaan perpaduan pula memberitahu beliau dihubungi Presiden MIC, SA Vigneswaran, yang menyatakan akan berkempen di Kuala Kubu Baharu. Anwar yakin MCA juga akan ikut serta kempen. Tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga memujuk (dan berjaya?) atau berkata sesuatu yang membuat kedua-dua parti mahu berkempen.
Bagi saya kenyataan yang jelas dibuat oleh timbalan presiden Ummo yang juga timbalan pengerusi BN, Mohamad Hasan. Kata beliau parti komponen BN perlu membantu siapa pun calon yang akan bertanding mewakili kerajaan perpaduan.
Jelas dan terang merujuk kepada MCA yang keengganan membantu dikaitkan dengan rasa tidak puas hati dan marah jika calon DAP dipilih mewakli kerajaan bertanding. Dalam erti kata lain boleh dikata MCA mahu bertanding di situ. Kekecewaan dan kemarahan tidak dapat bertanding di selindung kata-kata tidak berkempen “jika bukan calon BN”. On the surface MCA dilihat memperjuangan kepentingan BN tetapi agak nyata calon BN yang dimaksudkan ialah ia sendiri. Jika DAP yang dipilih ia bagai mengguris lagi hati yang sememangnya lama terguris berdasar ‘hubungan’ dengan DAP sejak zaman Tok Kadok.
Kata Tok Mat lagi: “Sepatutnya kita mesti bantu kerana orang dah bantu kita jadi kita patut bantu. Tidak timbul soal tak nak bantu ke tidak, itu tak cantik nampaknya. Kita bukannya bergabung kita membantu sebagai rakan dalam kerajaan perpaduan,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidlfitri di Rembau baru-baru ini. Yang menariknya turut hadir pada majlis itu presiden MCA.
Tidak dapat dipastikan sama ada presiden MCA ada mendengar Mohamad berkata demikian kepada pemberita secara langsung. Agak mustahil beliau tidak tahu apa yang Mohamad katakan walaupun tidak dengar sendiri.
Tetapi mungkin bagi MCA dan MIC yang mendapat bantuan ialah Umno bukan mereka. Bukanlah rahsia besar MCA dan MIC tidak puas hati dengan kerajaan perpaduan kerana tidak diberi tempat atau peranan penting dalam pentadbiran, tidak seperti pada pemerintahan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
MCA terutamanya sering menyerang kerajaan atas alasan bertindak sebagai watch dog yang menegur bagi memastikan kerajaan tidak menyeleweng dan berada pada landasan betul. Sememangnya watch dog amat penting. Apa tah lagi jika ia datang dari dalam. Namun bagi saya serangannya dilihat lebih kerana DAP ada dalam kerajaan. Lebih tepat serangan ke atas DAP secara khusus manakala kerajaan secara am. Serangan lanjutan sengketa lama dengan DAP yang berterusan.
Berbalik kepada kata-kata Mohamad. Setelah berkata apa yang beliau kata apa tindakan susulan? Yang akan atau yang boleh dilakukan jika komponen tidak mahu mendengar ‘nasihat’? Dalam apa juga hal, komponen mesti mematuhi pendirian, keputusan, dan arahan gabungan. Dalam isu ini BN. Tidak patuh bererti melanggar dan mengingkari arahan. Jika ini terjadi saya ulangi, apa yang boleh atau yang akan dilakukan oleh pimpinan BN?
Apa pula yang mesti dilakukan MCA dan MIC? Jika sudah tidak setuju dengan pendirian gabungan lantas tidak patuh, bukankah molek jika kedua-dua meninggalkan BN? Atas dasar prinsip. The right thing to do based on principle.
Mahu tinggalkan BN bukan perkara baharu buat kedua-dua parti. MCA dan MIC pernah berhasrat berbuat demikian apabila BN tumbang dan hilang kuasa pada PRU 2018 tetapi akhinya memilih untuk kekal bersama BN hingga ke hari ini.
Ramai penganalisis serta pemerhati politik berpendapat MCA dan MIC tidak yakin bertindak keluar BN kerana secara bersendrian akan membawa padah. Apa tah lagi kedua-dua sudah lama hilang sokongan majoriti masyarakat yang mereka dakwa wakili.
Mungkin satu pilihan ialah tinggalkan BN dan menyertai Perikatan Nasional. Kemungkinan besar PN akan mengalu-alukan MCA dan MIC supaya ia berwajah kepelbagaian bukan dilihat sebagai entiti politik Melayu-Islam semata mata . Namun apa pula kata Gerakan, komponen PN yang setia selama ini? There is no love lost between MCA and Gerakan. Gerakan lah yang memberi imej multiracial kepada PN sedikit sebanyak.
MCA khususnya mungkin boleh melupakan ketidaksenangan mereka terhadap PAS, parti utama dalam PN. Begitu juga MIC. Persoalanya bolehkah mereka diterima oleh masyrakat atau pengundi Cina dan India? Dalam BN pun kejayaan kedua parti banyak dicipta dengan sokongan pengundi Melayu tetapi orang Melayu sudah menoleh muka sejak PRU 2008.
Mungkin tiada pilihan selain duduk dalam BN dan patuh arahan walaupun tidak sepenuh hati turuti kerana terpaksa atau dipaksa. Maknanya boleh bertindak bagai duri dalam daging buat kerajaan perpaduan meskipun mengaku kawan. Mungkin kerajaan perpaduan akan berkata kalau ada kawan seperti ini siapa perlu musuh? Atau seperti ungkapan yang sering kita dengar “with friends like this who needs enemy“. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/kalau-ada-kawan-macam-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Ini Lain Macam Sikit Beraya Di Kampung Adira Datuk Red Gementar Ingin Berhadapan Dengan Keluarga Mentua

Tahun Ini Lain Macam Sikit Beraya Di Kampung Adira Datuk Red Gementar Ingin Berhadapan Dengan Keluarga Mentua

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 145 hits
Di tengah tengah kes penceraian yang masih berlangsung suami kepada penyanyi terkenal Adira Suhaimi iaitu Datuk Red berkongsi pengalaman dirinya beraya di kampung isteri tahun ini Takut dipandang serong Melalui hantaran yang dimuat naik di ...
Masaklah Banyak Macam Mana Pun Kalau Depan Aku Tak Selera Juga Kau Mekap Pun Tak Pernah Menjadi Bini Orang Elok Je

Masaklah Banyak Macam Mana Pun Kalau Depan Aku Tak Selera Juga Kau Mekap Pun Tak Pernah Menjadi Bini Orang Elok Je

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 214 hits
Assalammualaikum Ini pertama kali aku confess perasaan aku kat sini Sebenarnya adik adik aku yang suruh Kata diorang share lah kat sini biar ramai yang boleh baca dan ambil pengajaran Nama aku Hairi Nama betul ni Umur aku 33 tahun Aku kerja...
Eh Kalau Ada Tanah Kat Kampung Boleh Buat Rumah Kecik Kecik Macam Ni Cuba Jadikan Ru

Eh Kalau Ada Tanah Kat Kampung Boleh Buat Rumah Kecik Kecik Macam Ni Cuba Jadikan Ru

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 143 hits
Eh kalau ada tanah kat kampung boleh la buat rumah gaya minimalis macam ni Boleh jadi tempat pencen nanti Best lah dapat relax kat kampung Nah kalau ada tanah kat kampung boleh buat rumah minimalis cenggini Jadikan rumah pencen Layan suasan...
Kau Dah Kenapa Ek Dikata Tenung Lain Macam Pada Daniesh Suffian Nazim Othman Bidas Komen Netizen

Kau Dah Kenapa Ek Dikata Tenung Lain Macam Pada Daniesh Suffian Nazim Othman Bidas Komen Netizen

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 133 hits
Baru baru ini pelakon Nazim Othman telah memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya menyanyikan sebuah lagu bertajuk 8216 Back At One 8217 bersama penyanyi baru Daniesh Suffian nbsp var currentUrlTwo window location hostname window
Kapal Terbang Dah Macam Bot Atas Laut Dilanda Banjir Kilat Keadaan Di Uae Menggerunkan

Kapal Terbang Dah Macam Bot Atas Laut Dilanda Banjir Kilat Keadaan Di Uae Menggerunkan

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 179 hits
Kini keadaan di Emiriyah Arab Bersatu semakin hari semakin teruk akibat hujan lebat yang melanda di negara tersebut tanpa henti hingga mengakibatkan berlakunya banjir kilat Lapangan terbang nampak macam laut Susulan hujan yang tidak berhent...
Jangan Dukung Bayi Menangis Nanti Manja Betul Ke Macam Ni

Jangan Dukung Bayi Menangis Nanti Manja Betul Ke Macam Ni

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 130 hits
Sebaik diletakkan anak kecil kita mula menangis bila berpisah dengan ibunya Hal semacam ini adakalanya buat kita tidak dapat menjalankan rutin dan aktiviti harian dengan baik bila anak asyik nak berkepit Apa nak buat Biarkan sahaja atau ter...
Buang Beras Macam Tu Jer Bazirkan Hmmmm

Buang Beras Macam Tu Jer Bazirkan Hmmmm

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 124 hits
Bekas ahli parlimen Kuala Krau Ismail Mohamed Said mengakui barangan keperluan asas yang dibuang di tapak pelupusan sampah haram di Temerloh adalah dari gudang simpanan dikendalikan pihaknya Dia berkata barangan terbabit sudah mengalami ker...
Dah Macam Acik Cleaner Dah Ha Kami Yang Multi Talented

Dah Macam Acik Cleaner Dah Ha Kami Yang Multi Talented

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 187 hits
Assalamalaikum Ni apa kes ni hahaha kami bukan aje sibuk ngan dunia corporate ye x semestinya keja kami jaga schedule boss aje kami ni super talented tau jadi tealady boleh jadi cleaner boleh multi talented dan multi purpose semua boleh bua...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian