Kalau Ada Isytihar Perang Kita Sambut Perang Dewan Rakyat Panas


Alyaa Alhadjri 
   
PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini “panas” apabila ahli parlimen pembangkang menimbulkan kenyataan kontroversi "perisytiharan perang" Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof mengingatkan semua ahli parlimen agar tidak mengapi-apikan kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Mohamad Ariff memberi peringatan itu susulan kekeceohan ketika Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob berbahas dan menyentuh tentang kenyataan asal Lim yang menyifatkan kerjasama PAS dan Umno merupakan "pengisytiharan perang" terhadap bukan Islam.

"Peraturan mesyuarat juga sebutkan jangan bangkitkan isu-isu yang menimbulkan perasaan jahat antara kaum.

"Jadi memadai jika sesuatu sudah kita sebut, tak perlu disokong atau diapi-apikan," kata Mohamad Ariff.

Rabu lalu, Lim mengeluarkan kenyataan media berbahasa Cina menggesa MCA meninggalkan BN kerana menurutnya, Umno dan PAS "mengisytiharkan perang" terhadap golongan bukan Islam.

Selepas kenyataan itu dilapor media, Lim membuat pembetulan dengan mengeluarkan istilah "pengisytiharan perang" dan menggantikannya dengan perkataan "menyasarkan".
Ismail SabriTerdahulu, dalam ucapannya, Ismail Sabri mempersoalkan sama ada kenyataan asal Lim boleh dianggap provokasi ke atas masyarakat bukan Islam untuk "mengisytiharkan perang" terhadap masyarakat Islam di Malaysia

"Adakah ia (kenyataan Lim) merupakan provokasi kepada bukan kaum Melayu untuk isytihar perang kepada orang Melayu di negara kita?

"Ini merupakan satu provokasi yang amat serius. Kalau provokasi ini diambil oleh pihak bukan Melayu dan seterusnya mengisytiharkan perang terhadap orang Melayu, bermakna tentu saja akan berlaku sesuatu perkara yang tidak kita ingini seperti 13 Mei 1969," kata ahli parlimen Bera itu.

Sejurus selepas itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata: "Kalau ada isytihar perang, kita sambut perang".
Takiyuddin HassanAzalina Othman Said (BN-Pengerang) kemudian bertanya ahli parlimen mana yang membuat kenyataan itu, yang membuatkan Takiyuddin tampil dan mengulang sekali lagi: "Saya cakap, kalau ada isytihar perang, kita sambut perang".

Pemimpin PH kemudian menyatakan bantahan dengan kenyataan itu, sebelum Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula berdiri dan mengulangi: "Kalau ada perang kita sambut perang!"

Lim tidak hadir di Dewan Rakyat.

Semalam, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mendedahkan bahawa 58 laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan Lim mungkin dipanggil untuk disoal siasat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/kalau-ada-isytihar-perang-kita-sambut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Ahli Parlimen Ph Gesa Kerajaan Ph Isytihar Darurat Di Pasir Gudang

Dewan Rakyat Ahli Parlimen Ph Gesa Kerajaan Ph Isytihar Darurat Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 388 hits
DEWAN RAKYAT Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada Pakatan Harapan Hassan Karim menggesa kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan Parlimennya susulan pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim sejak minggu lalu Sebagai ahli Parlimen saya men...
Ahli Parlimen Bn Pas Keluar Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Bn Pas Keluar Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 364 hits
Ahli Parlimen BN dan PAS mengadakan sidang media di lobi Parlimen selepas meninggalkan Dewan Rakyat beramai ramai hari ini KUALA LUMPUR Semua ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS meninggalkan Dewan Rakyat beramai ramai hari ini sebagai ta...
Dewan Rakyat Kecoh Pas Tuduh Dap Anti Islam

Dewan Rakyat Kecoh Pas Tuduh Dap Anti Islam

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 226 hits
Diterbitkan Hari ini 7 23 malamSidang Dewan Rakyat hari ini bertukar menjadi panas dan kecoh apabila seorang ahli parlimen PAS melabelkan DAP sebagai parti anti Islam Semasa sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di Pertuan Agon...
Noh Omar Hina Speaker Dilarang Masuk Dewan Rakyat 3 Hari

Noh Omar Hina Speaker Dilarang Masuk Dewan Rakyat 3 Hari

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 284 hits
Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar dilarang ke Dewan Rakyat 3 hari mulai hari ini kerana menghina institusi speaker Larangan itu dikeluarkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming apabila Dewan Rakyat mula bersidang hari ini Berdasar...
Video Nor Omar Digantung 3 Hari Dari Menghadiri Sidang Dewan Rakyat Kerana Meminta Penjelasan Soal Taliban

Video Nor Omar Digantung 3 Hari Dari Menghadiri Sidang Dewan Rakyat Kerana Meminta Penjelasan Soal Taliban

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 297 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190319 noh omar taliban jpg fit 600 2C400 ssl 1Timbalan Speaker Nga Kor Ming pagi tadi telah menggantung YB Noh Omar selama 3 hari Puncanya semalam YB Noh telah meminta penjelasan berke...
Isytihar Perang Kenyataan Guan Eng Boleh Cetus Huru Hara Ambil Tindakan Di Bawah Akta Hasutan Tajuddin

Isytihar Perang Kenyataan Guan Eng Boleh Cetus Huru Hara Ambil Tindakan Di Bawah Akta Hasutan Tajuddin

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 352 hits
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap Lim Guan Eng di bawah Akta Hasutan setelah Menteri Kewangan itu menyifatkan kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas sebagai menyasarkan bukan Melayu di bawah panji perpaduan Melayu Ahli Parlimen ...
Isytihar Perang Lim Guan Eng Perlu Bertanggungjawab

Isytihar Perang Lim Guan Eng Perlu Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 561 hits
Kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa UMNO dan Pas sedang mengisytiharkan perang terhadap masyarakat bukan Melayu dianggap sebagai satu hasutan yang boleh membakar kebencian antara kaum dalam negara ini Presiden MCA Datuk Seri Dr W...
Nitizen Terlalu Ramai Sambut Bossku Di Tesco Senawang Bak Himpunan Rakyat Viralhancing

Nitizen Terlalu Ramai Sambut Bossku Di Tesco Senawang Bak Himpunan Rakyat Viralhancing

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian rakyat apabila kunjungannya ke Tesco Senawang Negeri Sembilan malam ini disambut meriah Ahli Parlimen Pekan itu menyiarkan rakaman kunjungannya secara la...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Buasir Otak Tv Macam Mana Nak Masuk Rumah Kalau Kunci Hilang

Pk House By 8x8 Design Studio Co In Calatagan Philippines

Melinda Dadew Humansan Chord

Tamil News Editor Served Legal Letter From Deputy Minister S Aide

Kkb Polls Boycotting The Ballot Box Unproductive Says Yeoh