Kakitangan Ramai Berhenti Prasarana Laksana Kenaikan Gaji Elaun


 
Loke Siew Fook berkata, Lembaga Pengarah Prasarana meluluskan enam insentif penambahbaikan faedah kepada kakitangannya.PETALING JAYA: Kakitangan Prasarana bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak empat hingga 10% berdasarkan skor prestasi kerja masing-masing.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook ketika mengumumkan perkara itu, berkata ia merupakan antara enam insentif penambahbaikan faedah kepada kakitangan diluluskan Lembaga Pengarah Prasarana.
Beliau berkata, penambahbaikan kadar elaun syif sebanyak 36.3% iaitu daripada RM11 kepada RM15 sehari bagi syif siang dan 53.8% iaitu daripada RM13 kepada RM20 sehari bagi syif malam, juga akan dilaksanakan khususnya kepada kumpulan barisan hadapan dan kakitangan bukan eksekutif melibatkan 2,800 warga Prasarana.
Ads by KioskedMemetik Bernama, Loke berkata, turut dilaksanakan penambahbaikan kadar Elaun Pemanduan sebanyak RM10 sehari kepada kakitangan Rapid Bas yang akan memberi manfaat kepada 2,300 kapten bas, sekali gus menyumbang kepada peningkatan purata pendapatan kasar bulanan mereka sebanyak RM220.
“Saya dengan sukacita juga ingin mengumumkan pelaksanaan Elaun Pasaran Interim dengan kadar minimum RM200 bagi kumpulan teknikal yang terdiri daripada juruteknik kanan, jurutera dan jurutera kanan seramai 590 orang,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga Prasarana.

Selain itu, Loke berkata, beliau difahamkan Lembaga Pengarah Prasarana juga telah meluluskan kenaikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan daripada 15% kepada 16% bagi pekerja yang telah berkhidmat lima tahun dan ke atas.
Katanya, penambahbaikan manfaat perlindungan perubatan bagi kemasukan ke hospital daripada perlindungan individu kepada perlindungan keluarga di semua peringkat juga telah diluluskan.
Menurutnya, manfaat bagi pelan perlindungan keluarga yang baharu ini, memberi peluang kepada ahli keluarga yang berdaftar menggunakan jumlah yang diinsuranskan tanpa had selagi dalam had tahunan perlindungan.
“Maklumat terperinci akan disampaikan oleh pihak Prasarana kepada semua warganya dalam masa satu ke dua hari ini. Saya harap pengumuman ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban anda,” katanya.
Ads by KioskedLoke berkata, kesemua insentif tersebut sebagai penghargaan kepada kakitangan serta mengatasi kadar pusing ganti pekerja yang tinggi dalam industri tersebut.
“Pada 2022, seramai 836 kakitangan Prasarana meletak jawatan, satu kadar pusing ganti pekerja yang agak tinggi dengan RapidRail mencatatkan enam peratus, manakala Rapid Bus mencecah 11% dan ini adalah situasi yang membimbangkan,” katanya.
Menurutnya berdasarkan kajian dalaman, majoriti yang meninggalkan Prasarana adalah kakitangan teknikal dan kapten bas yang tertarik dengan tawaran lebih lumayan oleh pengusaha bas dan rel di dalam dan luar negara termasuk Singapura serta Timur Tengah.
“Berikutan situasi dan cabaran ini, adalah menjadi tanggungjawab Prasarana dan kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja berkemahiran tinggi sentiasa dijaga termasuk mengkaji semula gaji dan faedah sedia ada agar setanding dengan pasaran,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/kakitangan-ramai-berhenti-prasarana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Boleh Saja Jadi Kaya Samada Makan Gaji Atau Berniaga Ini Caranya

Anda Boleh Saja Jadi Kaya Samada Makan Gaji Atau Berniaga Ini Caranya

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 290 hits
Hampir semua buku motivasi kejayaan dari segi kebendaan berkata kalau nak jadi kaya pilihan terbaik adalah dengan menjadi seorang usahawan Itu juga merupakan pandangan saya sebelum ini Setelah sekian lama percaya dengan nasihat sedemikian s...
Potongan Gaji Peminjam Ptptn Wajar Diteruskan

Potongan Gaji Peminjam Ptptn Wajar Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 259 hits
Potongan gaji adalah kaedah yang paling sesuai untuk memaksa peminjam membayar semula Yang dipertikaikan sekarang adalah kadar potongan tersebut yang membebankan Pertikaian itu logik berdasarkan PH sendiri gagal menunaikan janjinya Kadar po...
Penat Aku Bekerja Tapi Gaji Kena Potong Rm300 Rider Foodpanda Dakwa Dianiaya Tapi Individu Lain Tampil Dedah Plot Twist

Penat Aku Bekerja Tapi Gaji Kena Potong Rm300 Rider Foodpanda Dakwa Dianiaya Tapi Individu Lain Tampil Dedah Plot Twist

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 266 hits
Beberapa hari lalu seorang penghantar makanan meluahkan rasa kecewanya terhadap syarikat Food Panda yang didakwa telah menganiayanya nbsp Luahan individu bernama Saiful itu dengan pantas menular di media sosial dan menarik perhatian banyak ...
2 Ribu Honorer Pemprov Sumsel Dapat Thr Sebulan Gaji

2 Ribu Honorer Pemprov Sumsel Dapat Thr Sebulan Gaji

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 341 hits
Kabar gembira bagi honorer di lingkungan Pemerintah Provinsi Sumatera Selatan Mereka akan mendapatkan Tunjangan Hari Raya Idulfitri tahun ini
Epayslip Janm Malaysia Surat Pekeliling Payslip Gaji

Epayslip Janm Malaysia Surat Pekeliling Payslip Gaji

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 395 hits
Epayslip Janm Malaysia Surat janm Pekeliling Payslip Gaji Akauntan Negara Malaysia merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan negara Ianya ditubuhkan dan dikawal selia di bawah Kementerian Kewangan Ma...
Cuepacs Cadang Gaji Penjawat Awam Diawalkan Kepada 14 April Ini Untuk Beli Barangan Persediaan Raya

Cuepacs Cadang Gaji Penjawat Awam Diawalkan Kepada 14 April Ini Untuk Beli Barangan Persediaan Raya

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 347 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan...
Adoi Raya 22hb Tapi Gaji Lepas Raya Macam Mana Ni Ini Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Survive Sampai Hari Gaji

Adoi Raya 22hb Tapi Gaji Lepas Raya Macam Mana Ni Ini Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Survive Sampai Hari Gaji

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 254 hits
Adoi Raya 22hb tapi gaji lepas raya Macam mana ni Ini yang perlu anda lakukan untuk 8216 survive 8217 sampai hari gaji Raya tahun ini agak sakit untuk beberapa pekerja swasta lebih lebih lagi apabila Aidilfitri dijangka akan jatuh pada 22 A...
Apa Makna Lantikan Hakiki Jika Tidak Dibayar Elaun Jumlah Waktu Mengajar Tidak Kurang

Apa Makna Lantikan Hakiki Jika Tidak Dibayar Elaun Jumlah Waktu Mengajar Tidak Kurang

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 242 hits
Imej hiasanBARU BARU ini Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah kurang murid ditawarkan lantikan secara hakiki dan kebanyakannya menerima tawaran jawatan tersebut Sebelum ini mereka hanya dilantik secara dalaman oleh pengetua berdasarkan...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Barca Gah Di Puncak Liga

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau