Kaki Kiri Sudah Dipotong Remaja Ini Tetap Cekal Lawan Kanser Kali Kedua


Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib pemuda Abdul Afza Aziz Abdul Wahab, 18, yang menderita kanser tulang sejak tiga tahun lepas.
Penyakit itu kini berada di tahap empat dan Abdul Afza Aziz masih cekal dan bersemangat kerana sokongan ibunya Siti Halimah Mohamed, 38, yang sentiasa berada di sisi termasuk ketika menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sekali dalam tiga minggu.
“Walaupun masih muda, saya perlu kuat kerana mahu terus hidup bagi membalas jasa ibu, yang juga seorang ibu tunggal, apabila mampu berdikari kelak selain bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah sewanya di Kampung Kedai Lama, Pasir Mas, hari ini.
Bercerita lanjut, Abdul Afza Aziz anak sulong daripada empat beradik itu berkata, pada akhir 2016 kepala lutut kirinya mula membengkak selain lenguh sepanjang masa sehingga terpaksa dibuang kerana disahkan kanser.
“Saya beranggapan ia akan membaik selepas dibuang (kepala lutut) namun sangkaan saya meleset, walaupun telah dibuang tetapi tetap membengkak sehingga kaki kiri saya terpaksa dipotong dari paras paha pada September 2017 bagi mengelak sel kanser terus merebak,” katanya.

Abdul Afza Aziz atau mesra dipanggil ‘Abe Long’ berkata, nasib tidak menyebelahinya apabila awal Januari lepas sel kanser kembali menyerang pada bahagian tulang selangka sebelah kanan yang menyebabkan benjolon besar pada bahagian itu.
Pada awalnya benjolan itu hanya 2 sentimeter namun kini ia sudah membesar sehingga 18 sentimeter selain ia mengeras hingga menyebabkan bahagian berkenaan menjadi lenguh dan kadang-kadang mendatangkan kesakitan.

“Saya baru sahaja mahu menarik nafas lega kerana beranggapan tidak perlu lagi menghadapi kesakitan, dan rawatan kemoterapi selepas kaki saya dipotong pada tahun lepas, namun kini saya diuji lagi dengan penyakit yang sama.
“Jauh sekali untuk menyalahkan takdir, malah saya reda dan mengganggap ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk menjadikan saya insan yang lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang akan mendatang walaupun tidak sempurna seperti insan yang lain,” katanya.
Dia, yang juga penerima bantuan kaki palsu yang disampaikan oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA) mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang banyak membantu dari segi kewangan dan semangat moral terutama badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce Rantau Panjang.

Sementara itu, ibunya yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan berkata, kadang-kadang wang bantuan itu tidak mencukupi memandangkan dia hanya berniaga secara kecil-kecilan dengan pendapatan RM700 sebulan.
Selain terpaksa membayar RM100 untuk menyewa kereta bagi membawa anaknya Afza ke hospital setiap kali temujanji, dia juga perlu menampung perbelanjaan persekolahan dua lagi anaknya.
“Ada ketika saya terpaksa menutup kedai dua hingga tiga hari seminggu untuk menguruskan Afza selain membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya.
Terdahulu, Penggerak Thirdforce Rantau Panjang Tuan Zaimah Raja Omar berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan dan keperluan Abdul Afza Aziz dari semasa ke semasa.
“Jika ada sumbangan dan bantuan daripada orang ramai, memang keluarga ini tersenarai dalam senarai penerima yang sentiasa akan dibantu selain keperluan asas dan semangat moral untuk memulihkan semangat Afza,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Islam bernombor 03-081-02-0033634 atas nama Siti Halimah Mohamed.
The post Kaki kiri sudah dipotong, remaja ini tetap cekal lawan kanser kali kedua appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kaki-kiri-sudah-dipotong-remaja-ini-tetap-cekal-lawan-kanser-kali-kedua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hilang Kaki Sebab Kanser Pelajar Tetap Sertai Merentas Desa Walau Bertongkat

Hilang Kaki Sebab Kanser Pelajar Tetap Sertai Merentas Desa Walau Bertongkat

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 514 hits
Merentas desa merupakan aktiviti wajib bagi setiap sekolah di Malaysia di awal tahun Ia bukan sahaja menjadikan murid murid lebih sihat malahan dapat bergaul dengan rakan rakan dalam aktiviti luar Sehubungan dengan itu hampir semua sekolah ...
Ya Allah Seksa Tengok Gambar Ni Kucing Mati 4 Kaki Dipotong Kepalanya Hancur

Ya Allah Seksa Tengok Gambar Ni Kucing Mati 4 Kaki Dipotong Kepalanya Hancur

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 1280 hits
Penemuan bangkai seekor kucing yang dalam keadaan tidak sempurna mengemparkan warganet yang menyifatkan perbuatan pelaku adalah terlalu kejam dan zalim Persatuan Haiwan Malaysia semalam berkongsi beberapa gambar penemuan seekor kucing yang ...
Empat2 Kaki Dipotong Mulut Pula Dikerat Kucing Ditemui Mati Dalam Keadaan Ngeri

Empat2 Kaki Dipotong Mulut Pula Dikerat Kucing Ditemui Mati Dalam Keadaan Ngeri

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 427 hits
Dalam dunia ini bukan hanya manusia sahaja yang memerlukan tempat untuk hidup dan nbsp berlindung Hal ini kerana haiwan dan juga tumbuh tumbuhan turut berhak mendapat bahagian yang sama rata Namun ada juga manusia yang masih bersikap kejam ...
Mat Salleh Yang Pernah Viral Kutuk Nasi Lemak Tak Sangka Rasa Enak Selepas Cuba Buat Kali Kedua

Mat Salleh Yang Pernah Viral Kutuk Nasi Lemak Tak Sangka Rasa Enak Selepas Cuba Buat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 391 hits
Korang ingat lagi tak mat salleh yang mengkritik makanan tradisional kita nasi lemak sehingga tular di media sosial Sampaikan makcik pakcik bawang datang menyerang dia tau dekat Twitter dia KatieMorley In the name of public interest am shar...
Pelaku Dicari Bangkai Kucing Ditemui Dengan Kaki Tangan Dikerat Muncung Dipotong

Pelaku Dicari Bangkai Kucing Ditemui Dengan Kaki Tangan Dikerat Muncung Dipotong

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 486 hits
Sikap kucing yang manja sememangnya boleh menambat hati ramai sehingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk menjaga kucing kesayangan mereka Di sebalik pengorbanan oleh kebanyakan orang masih ada segelintir manusia yang bertindak ke...
Analisa Ichimoku Gbpaud Reject Kijun Kali Kedua

Analisa Ichimoku Gbpaud Reject Kijun Kali Kedua

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 322 hits
Bukak chart tengok buy USDJPY pada 8 haribulan dah kena SL So let it be Aku cuba cari position lain yang sesuai untuk masuk semula Berikutan terdapat banyak sentiment market yang memberi kekuatan kepada safe haven currency seperti JPY amatl...
Risiko Botak Dua Kali Ganda Kalau Anda Kerja Lebih 52 Jam Seminggu Kajian

Risiko Botak Dua Kali Ganda Kalau Anda Kerja Lebih 52 Jam Seminggu Kajian

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 401 hits
Ia berkait rapat dengan stress yang membuatkan folikel rambut menjadi rosak Saintis menemui hasil kajian yang merumuskan jika seseorang itu berkerja lebih daripada 52 jam seminggu risiko untuk kehilangan rambut menjadi dua kali ganda lebih ...
Hilang Sabar Kena Kentut Di Kepala 2 Kali Lelaki Tikam Suami Isteri Kerana Bergurau Melampau

Hilang Sabar Kena Kentut Di Kepala 2 Kali Lelaki Tikam Suami Isteri Kerana Bergurau Melampau

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 836 hits
Disebabkan tersinggung kerana dikentut dikepala dua kali seorang suspek bernama AS sanggup menikam pasangan suami isteri sehingga berlumuran darah Hanya kerana kentut suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara 8 tahun jika didapati bers...
Ardi Bakrie Pertama Kali Ajak Naik Motor Posisi Tangan Anaknya Jadi Sorotan

Ardi Bakrie Pertama Kali Ajak Naik Motor Posisi Tangan Anaknya Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 247 hits
Untuk pertama kalinya Ardi Bakrie mengajak ketiga anak anaknya naik motor Siapa sangka bila ternyata anak anaknya menjadi sorotan warganet
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids