Kahwin Please Penonton Cair Lihat Sikap Gentleman Kim Soohyun Pada Kim Jiwon Ketika Rakaman Queen Of Tears
Mempunyai keserasian mantap dalam “Queen of Tears”, pasti ramai yang berharap agar Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won bercinta dalam kehidupan sebenar kan?
Artikel Berkaitan
Tinggal Lagi 2 Episod, Lukisan Dalam Bilik Tidur Kim Jiwon Beri Petunjuk Ending 'Queen Of Tears'?
Baru-baru ini, saluran tvN telah memuat naik video di sebalik tabir untuk episod 11 dan 12 “Queen of Tears”, menunjukkan Kim Soo-hyun sebagai Baek Hyun-woo memeluk Hong Hae-in iaitu Kim Ji-won dalam adegan di mana wanita itu jatuh sakit di hospital.
Sedih selepas mengetahui keadaan isterinya itu semakin teruk, Baek Hyun-woo dengan tenang berkata kepadanya untuk tidak takut. Selepas pengarah menjerit “Cut!”, tindakan Kim Soo-hyun kepada Kim Ji-won pantas meraih perhatian.
After intense emotional scenes, Kim Soohyun gently comforts Jiwonie with a reassuring tap on the head.#KimSoohyun#QueenofTears#BTS pic.twitter.com/7bY9R8NqHA
— KimSooHyunShi 김수현 Philippines
FC (@KimSoohyunshiph) April 16, 2024
Khususnya selepas rakaman untuk babak itu tamat, Kim Soo-hyun dilihat terus membelai rambut Kim Ji-won untuk menenangkannya selepas adegan yang penuh emosi itu.
Sebagai tindak balas, penonton rata-rata ‘cair’ melihat sikap gentleman Kim Soo-hyun dan berkata,
Mereka nampak macam pasangan sebenar.
Rasanya, berlakon drama sekali ni mesti boleh timbulkan rasa cinta antara para pelakon.
Kahwin please.
Mana tau kan mereka berjodoh
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Kahwin Please” – Penonton ‘Cair’ Lihat Sikap Gentleman Kim Soohyun Pada Kim Jiwon Ketika Rakaman ‘Queen Of Tears’ first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kahwin-please-penonton-cair-lihat-sikap-gentleman-kim-soohyun-pada-kim-jiwon-ketika-rakaman-queen-of-tears/