Kaedah Sebagai Jurucakap Dalam Komunikasi Masih Tidak Difahami Kebanyakan Warganet




Dalam amalan komunikasi, ada beberapa kaedah dilakukan. Satu kaedah yang paling banyak dilakukan ialah setiap individu akan bercakap bagi pihak diri sendiri. Ia keputusan dari pemikirannya sendiri. Dia sendiri akan bertanggungjawab di atas apa yang diucap atau dilakukan.

Kaedah kedua ialah sebagai jurucakap, yakni orang yang bercakap itu telah ditugaskan oleh pihak lain untuk bercakap bagi pihak individu atau kumpulan.
Cara komunikasi melalui jurucakap ini telah lama dilakukan dalam masyarakat kita. Sultan atau pemimpin akan melantik seseorang atau kumpulan sebagai jurucakap untuk menyampaikan sesuatu berita kepada rakyat. Apa sahaja yang dibacakan atau disampaikan kepada rakyat di seluruh pelusuk desa, kampung dan bandar adalah titah raja, bukan kata-kata orang yang menyampaikan berita itu.
Begitu juga dalam adat merisik dan bertunang. Lelaki yang ingin merisik atau meminang gadis untuk dirinya tidak akan pergi sendiri ke rumah perempuan. Sebaliknya dihantar wakil sebagai jurucakap untuk menyatakan rasa hati dan keinginan si pemuda. Tentu sekali wakil atau jurucakap itu tidak bercakap untuk dirinya dan merisik gadis untuk dirinya.
Jadi, apabila disebut jurucakap, apa yang dicakapkan adalah mewakili pihak lain.
Begitulah salah satu tugas Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob sekarang ini yang menjadi jurucakap kepada kabinet dalam soal berkaitan memerangi Covid-19.
Apa sahaja yang disampaikan oleh Ismail Sabri melalui Sidang Media Khas Harian Covid-19 adalah apa yang diputuskan oleh mesyuarat Majlis Keselamatan Negera (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.
Sebarang isu berkaitan Covid-19 dibincang dengan teliti dan diperhalusi sebelum satu keputusan bersama diambil.
Dan, segala keputusan itu dipertanggungjawabkan kepada Ismail Sabri untuk disampaikan kepada rakyat melalui sidang media khas.
Mudah cakap, apa sahaja yang disampaikan oleh Ismail Sabri adalah satu keputusan atau maklumat melibatkan pihak-pihak yang terlibat.
Apabila Ismail Sabri membuat kenyataan semasa Sidang Media Khas Harian Covid-19 mengenai kedudukan pelajar praktikal bukan di bawah tanggungan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), namun ianya di bawah tanggungan majikan, itu tentu sekali telah dirujuk atau minta disampaikan oleh KPT.
Malang sekali, Ismail Sabri pula dilihat telah membuat silap dalam pengumuman itu. Banyak warganet beranggapan pelajar berada di bawah KPT, kerana statusnya masih sebagai pelajar.
Mengenai status sebenar kedudukan pelajar praktikal sama ada di bawah bidang kuasa KPT atau majikan, ia perlu diulang dan dijelaskan kembali. Penjelasan itu boleh dibuat sama ada Ismail Sabri sendiri melalui Sidang Media Khas Covid-19, atau Menteri KPT sendiri.
Tindakan penjelasan itu penting bagi mengurai kekusutan dan salah faham ini berlegar di kalangan warganet, ibu bapa pelajar, pelajar dan majikan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2020/11/ntw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Afgan Saat Ospek Kuliah 13 Tahun Lalu Kembali Jadi Perbincangan Warganet Masih Polos Banget

Foto Afgan Saat Ospek Kuliah 13 Tahun Lalu Kembali Jadi Perbincangan Warganet Masih Polos Banget

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 239 hits
Seperti yang diketahui Afgan dulu pernah kuliah di Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia namun memilih untuk mundur
Jelas Umno Masih Mahu Pru Kata Mujahid

Jelas Umno Masih Mahu Pru Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 360 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONNaib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengulangi pendiriannya bahawa Umno masih mahukan Pilihan Raya Umum biarpun spekulasi kini bertiup berkenaan kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memilih calon...
Kamu Berasal Dari Mana Sabah Kan Takkan Sudah 30 Tahun Masih Tidak Faham Bahasa Malaysia Hakim Tegur Tertuduh

Kamu Berasal Dari Mana Sabah Kan Takkan Sudah 30 Tahun Masih Tidak Faham Bahasa Malaysia Hakim Tegur Tertuduh

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 253 hits
Seorang penganggur didakwa merogol anak tirinya hanya berdiam diri ketika jurubahasa membaca pertuduhan tersebut di Mahkamah Seksyen Johor Bahru semalam Biarpun dibaca berkali kali lelaki berusia 29 tahun itu dilihat terpinga pinga dan keli...
26 Kabupaten Kota Masih Catatkan Kasus Kematian Akibat Covid 19 Lebih Dari 100

26 Kabupaten Kota Masih Catatkan Kasus Kematian Akibat Covid 19 Lebih Dari 100

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 219 hits
Sejak pertama kali kasus positif Covid 19 diumumkan di Indonesia pada Maret 2020 persentase kasus meninggal Indonesia masih tinggi dalam skala global Data Kamis masih ada 26 kabupaten kota yang memiliki kasus kematian akibat Covid 19 di ata...
Jalur Menuju Puncak Masih Padat

Jalur Menuju Puncak Masih Padat

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 174 hits
Saat ini jalur puncak normal kedua arah Tetap tertib dan patuhi aturan lalu lintas dikutip dari Instagram TMCPolresBogor
Terminal Kalideres Masih Sepi Penumpang Di Hari Kedua Libur Panjang

Terminal Kalideres Masih Sepi Penumpang Di Hari Kedua Libur Panjang

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 197 hits
Terminal Kalideres Masih Sepi Penumpang di Hari Kedua Libur Panjang Belum terlihat lonjakan penumpang yang signifikan untuk bepergian menggunakan jasa angkutan umum bus dengan tujuan ke luar kota Jakarta saat libur panjang
Muhyiddin Jelas Desperade Masih Ungkit Isu Darurat Kadir Jasin

Muhyiddin Jelas Desperade Masih Ungkit Isu Darurat Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 333 hits
Adalah tidak wajar malah nampak sangat ke desperado an Muhyiddin apabila dia terus mengungkit mengenai darurat Cukuplah Yang di Pertuan Agong sudah tolak Lagipun kalau kita tengok reaksi di media sosial majoriti tidak setuju darurat diisyti...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi

Mount Kinabalu Porter Represents Malaysia S Aspirations Against Global Ultra Trail Champions In Taiping