Kadir Kenapa Minta Dr M Selamatkan Utusan


A Kadir Jasin 
ULASAN | Utusan adalah harta milik parti Umno dan Umno menggunakan Utusan untuk membelasah Dr Mahathir kaw kaw ketika beliau berusaha membebaskan Malaysia daripada kleptokrasi

Pada mulanya saya tidak mahu mengulas cadangan meminta Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, campur tangan menyelamatkan syarikat Utusan Melayu.

Bagi saya, cadangan itu tidak masuk akal dan tidak kena tempatnya.

Saya katakan begitu kerana, pertama Utusan adalah harta keramat milik parti keramat Umno dan kedua, Umno menggunakan akhbar Utusan Malaysia untuk membelasah Dr Mahathir kaw kaw ketika beliau berusaha membebaskan Malaysia daripada kleptokrat, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Ketiga, adalah dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjamin kebebasan media. Jadi memohon campur tangan perdana menteri dalam isu dalaman Utusan adalah bertentangan dengan dasar tersebut.

Bagaimanapun, saya tergerak untuk mengulas sedikit setelah menerima pesanan WhatsApp (bukan wassap atau wasap) daripada seorang “anak buah” yang mewakili Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan.

BACA BERKAITAN: Rayuan NUJ Utusan: Gilap kami dari seketul arang jadi berlian bernilai
Saya membalas: “Umno, Najib dan sidang pengarang Utusan wajib ambil tanggungjawab. Mereka yang menyebabkan maladi Utusan hari ini. Utusan hentam Tun kaw kaw.”
Ini adalah amalan zaman Najib dan Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila media massa arus perdana terpaksa akur kepada “wahyu” dari Putrajaya.
Sidang pengarang Utusan dan sesetengah wartawannya bukan sekadar membenarkan akhbar ikonik itu diperalatkan malah dengan sukarela menerima arahan dari luar.

Sekarang ada pemimpin NUJ Utusan yang memberitahu saya bahawa "kerja-kerja penulisan politik adalah atas tindakan bos-bos pengarang dan mereka ini menerima imbuhan dan bayaran khas."

Kalau itulah keadaannya maka lagilah tidak wajar mengharapkan Dr Mahathir campur tangan menyelamatkan Utusan.

Dari dulu hingga kini Utusan adalah milik Umno. Malah daripada apa yang saya dengar, Umno tidak mahu jual Utusan macam ia jual sahamnya dalam Media Prima Berhad.

Jadi kalau Umno tidak mahu jual, macam mana Dr Mahathir atau mana-mana pihak juga hendak campur tangan membantu Utusan?

Jawabnya Umno tidak mahu campur tangan luar. Ini diperkukuhkan oleh tindakan parti itu memberi bantuan modal RM1.6 juta kepada Utusan bulan lalu.

Tak mahu Utusan berkubur
Saya tahu Dr Mahathir tidak mahu Utusan terkubur. Tetapi selagi Umno berkeras mengekalkan kawalannya ke atas Utusan, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh sesiapa pun.

Jadi soal kakitangan bawahan Utusan bersedia untuk bekerjasama dengan “bos pengarang baru” jika Dr Mahathir sedia membantu, tidak timbul.

Kita pun tidak mengharapkan apa-apa daripada media massa selain bagi mereka bersikap adil, profesional dan berkecuali.

Dr Mahathir tentulah tidak mahu Utusan mati kerana untuk sekian lama Utusan Melayu (jawi) dan Utusan Malaysia adalah akhbar bahasa Melayu pilihan beliau. Bagi bahasa Inggeris beliau membaca New Straits Times.
Kalau tidak silap saya hanya bermula zaman Abdullah beliau berhenti memberi keutamaan kepada Utusan dan NST kerana dua akhbar itu dan akhbar-akhbar lain juga digunakan secara terang-terangan untuk membunuh legasi beliau dan memburuk-burukkan beliau.

Saya pun mempunyai sentimen yang sama. Saya tidak mahu Utusan terkubur. Sejak kecil saya membaca Utusan Melayu dan kemudian Utusan Malaysia. Malah saya kerap menulis dalam Utusan Malaysia hatta ketika menjadi pengarang NST.

Mungkin banyak orang, termasuk pengamal media, tidak tahu bahawa pada zaman pentadbiran pertama Dr Mahathir lah jualan akhbar mencapai angka tertinggi.

Pada penghujung pentadbiran beliau tahun 2003, pengedaran Utusan Malaysia mengatasi 320,000 naskhah sehari dan Mingguan Malaysia lebih setengah juta.

Jadi saya tidak nampak logiknya membabitkan Dr Mahathir dalam sebarang usaha menyelamatkan Utusan. Hanya Umno boleh menentukan hidup atau mati Utusan.

Atau boleh jadi juga Umno sebenarnya sudah hilang pegangan dan kawalan ke atas Utusan tetapi tidak mengakuinya dengan berpura-pura seolah-olah ia masih memiliki kumpulan media itu.

*A KADIR JASIN ialah bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam Bersatu sebagai pimpinan pusat parti itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/kadir-kenapa-minta-dr-m-selamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadir Why Cry For Dr M S Help When Umno Still Wants To Control Utusan

Kadir Why Cry For Dr M S Help When Umno Still Wants To Control Utusan

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 301 hits
Veteran newsman A Kadir Jasin has questioned calls from within Utusan Malaysia for Prime Minister Dr Mahathir Mohamad s intervention to rescue the troubled newspaper Kadir said it was inappropriate for Utusan to expect Mahathir s interventi...
Selamatkan Diri Dari Kebakaran Hutan Orangutan Masuk Ke Kebun Warga Di Kalteng

Selamatkan Diri Dari Kebakaran Hutan Orangutan Masuk Ke Kebun Warga Di Kalteng

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 204 hits
Orangutan masuk ke kebun warga untuk menyelamatkan diri sekaligus mencari makanan
Selamatkan

Selamatkan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 205 hits
Aku ingin menghirup rupa rupa pengalaman dari tingkat bawah tingkat atas menyelami kemungkinan kemungkinan jatuh bangun memecah tembok membina harapan harapan menumbuk granit kesulitan menebal azam meluas pandangan lalu berkembang dan terpa...
Nggak Kuat Disiksa Suami Tiga Setia Gara Minta Tolong Publik Selamatkan Dirinya Lewat Ig

Nggak Kuat Disiksa Suami Tiga Setia Gara Minta Tolong Publik Selamatkan Dirinya Lewat Ig

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 371 hits
Lututnya sampai hancur karena ditendang suami Oleh karena itu Tiga memohon agar bisa dipulangkan ke Indonesia
Penalti Safiq Selamatkan Melaka

Penalti Safiq Selamatkan Melaka

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 234 hits
JARINGAN penalti Safiq Rahim pada babak kedua membantu Melaka United mara ke suku akhir Piala Malaysia walaupun seri 2 2 dengan PDRM di Stadium Hang Jebat Melaka malam ini Bagaimanapun The Cops hampir membuatkan Melaka berputih mata selepas...
Pas Tempah Mudarat Cuba Selamatkan Umno Lemas

Pas Tempah Mudarat Cuba Selamatkan Umno Lemas

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 376 hits
ZIKRI ABDULLAH Pas tempah mudarat cuba selamatkan Umno lemas Bekas aktivis Pas yang kini menyertai AMANAH Mejar Ustaz Hassan Deraman berpendapat tindakan Pas cuba menyelamatkan Umno yang semakin lemas selepas kehilangan kerajaan akan membaw...
Aksi 2 Prajurit Tni Sigap Selamatkan Bocah Tenggelam Di Sungai Warma

Aksi 2 Prajurit Tni Sigap Selamatkan Bocah Tenggelam Di Sungai Warma

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 277 hits
Dua prajurit Kopda Juwadi dan Pratu Popi Alex langsung melompat ke sungai untuk menyelamatkan anak tersebut Setelah tubuh Herman berhasil didapat kemudian diberikan napas buatan karena air sungai banyak yang tertelan
Tugas Serba Guna Tni Di Papua Dari Selamatkan Anak Tenggelam Hingga Jadi Guru

Tugas Serba Guna Tni Di Papua Dari Selamatkan Anak Tenggelam Hingga Jadi Guru

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 225 hits
Pasukan TNI ini dekat dengan anak anak di Papua Berikut kedekatan TNI dengan anak anak di Papua
5358 Jana Ekonomi Lebih Baik Utusan Malaysia 04 10 2019

5358 Jana Ekonomi Lebih Baik Utusan Malaysia 04 10 2019

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 455 hits
PENTING untuk masyarakat Islam bersatu dalam ummah serta berlandaskan ajaran Islam sebenar demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Dr Rosli Yaakop berkata bidang ek...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord