Kadar Fidyah Meninggalkan Puasa Ramadhan Dengan Sengaja



SOALAN:
Berapa banyakkah kadar fidyah yang perlu dibayar sekiranya saya dan adik beradik (4 orang) pernah meninggalkan puasa dahulu secara sengaja. Kami tidak tahu berapa hari puasa yang ditinggalkan.

JAWAPAN:
Meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar. Ibnu Hajar al-Haithami menyenaraikan di dalam kitabnya, mereka yang berbuka puasa dengan berjimak atau selainnya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit atau musafir termasuk dalam orang yang telah melakukan dosa-dosa besar. [Lihat : al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair (1/323)]

Namun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada umatnya yang telah terlanjur meninggalkan puasa dengan sengaja dan mempunyai kesedaran untuk bertaubat kepada Allah SWT dengan syarat menyesal akan perbuatan tersebut, meninggalkannya dan berazam tidak akan kembali melakukannya semula.

Berbalik kepada soalan di atas, sesiapa yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran, dia telah berdosa dan wajib menqadhanya (menggantikannya) sebagaimana sabda Nabi SAW:

منِ استقاءَ فعليهِ القضاءُ
“Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah menqadhanya.” [HR. Ibnu Majah]

Hal ini kerana mereka yang meninggalkan puasa dengan keuzuran seperti sakit dan musafir pun diwajibkan ke atas mereka menggantikannya semula, maka lebih-lebih lagi lah (min bab al-Aula) bagi mereka yang sengaja berbuka puasa tanpa sebarang keuzuran. Begitu juga, mereka perlu menahan diri daripada makan dan minum (selepas berbuka dengan sengaja) sehinggalah waktu berbuka serta wajib menqadhanya sebelum tiba bulan Ramadhan yang berikutnya. [Lihat : al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/200)]

Jika cuai dan tidak menqadhanya sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, dia berdosa dan wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat dan hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkaunya.

Hal ini adalah berdasarkan kepada athar daripada Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Abu Hurairah R.A bahawasanya mereka telah berkata:

فيمَنْ عليهِ صومٌ فَلم يَصُمْهُ حتّى أدركهُ رمضانُ آخَرُ، يُطعِمُ عنِ الأوَّلِ
“Sesiapa yang ada puasa ganti, tetapi dia tidak menggantikannya lagi sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, hendaklah dia beri makan (fidyah) bagi yang awal (Ramadhan yang lepas).” [Dr. Muhammad al-Zuhaili menyatakan bahawa athar-athar ini telah diriwayatkan oleh al-Darqutni dengan sanad yang sahih]

Secupak bersamaan seraup atau (1 1/3) kati Baghdad, iaitu kira-kira 600 gram. Orang yang sakit berterusan hingga masuk bulan Ramadhan yang lain, dia wajib menqadha puasanya sahaja tanpa membayar fidyah. Orang yang meninggal dunia sebelum mampu menqadha puasanya tidak berdosa dan puasanya tidak perlu diganti disebabkan bukan kecuaiannya. Sementara orang yang meninggal dunia sebelum menqadha puasanya, sedangkan dia mampu melakukannya, walinya sunat berpuasa bagi pihaknya, menggantikan puasanya yang tertinggal. Maksud wali dalam perkara ini ialah saudara-mara si mati. [Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (2/92) dan al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/200)]

Ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
“Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan dia masih mempunyai kewajipan berpuasa, walinyalah berpuasa bagi pihaknya.” [HR. al-Bukhari (1851) dan Muslim (1147)]

Seterusnya, hadith daripada Ibn Abbas R.A, katanya:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Seorang lelaki menemui Nabi SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia dan dia masih mempunyai hutang puasa bulan Ramadhan. Bolehkah aku menunaikannya?” Baginda menjawab: “Ya, hutang Allah lebih patut ditunaikan.” [HR. al-Bukhari (1852) dan Muslim (1148)]

Kiraan fidyah semasa mengikut MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menetapkan bahawa kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.



Formula kiraan: (hari yang ditinggalkan) X (tahun gandaan) X (1 cupak) = FIDYAH

Contoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah: RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM36.00

Prosedur membayar fidyah di MAIWP

Cara perkiraan dan jumlah bayaran fidyah juga boleh dibuat di Unit Sumber Am Bahagian Baitulmal manakala bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat manakala pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelah diteliti pandangan para ulama' mazhab Syafie, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

Sesiapa yang telah meninggalkan puasa wajib dengan sengaja ataupun tidak sengaja hendaklah menqadhanya (menggantikannya) semula mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan, sebelum tiba bulan Ramadhan yang berikutnya.Sekiranya dia tidak menqadhanya sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, wajib membayar fidyah iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat dan hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang telah dilangkaunya.Sekiranya dia tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan ahwat (lebih berhati-hati). Misalnya dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.Boleh juga membuat kiraan asas dengan menggunakan kalkulator fidyah di (https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kira-fidyah).
Kami menasihatkan agar perbanyakkan berdoa dan jangan pernah berputus asa daripada memohon keampunan kepada Allah SWT. Mudah-mudahan, Allah SWT menerima taubat kita dan seterusnya menjadikan kita Muslim yang lebih baik lagi.

Kami akhiri dengan firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.” (Surah al-Baqarah: 286)

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/kadar-fidyah-meninggalkan-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Bendera Memang Sengaja Dilakukan Teo Kok Seong

Isu Bendera Memang Sengaja Dilakukan Teo Kok Seong

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 251 hits
SAYA sedih dan marah ini jelas satu pengkhianatan kepada negara apabila rakyat Malaysia tidak tahu bendera negara sendiri Cari saja di internet banyak bendera kita yang boleh dijadikan contoh kenapa perlu menggunakan bintang berbucu lima de...
Ini Bukan Kebetulan Atau Tidak Sengaja Lagi Lagi Kes Bucu Bintang Jalur Gemilang Diubahsuai

Ini Bukan Kebetulan Atau Tidak Sengaja Lagi Lagi Kes Bucu Bintang Jalur Gemilang Diubahsuai

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 528 hits
Foto Jazwan KaharApa sebenarnya yang sedang berlaku Belum lagi reda isu ubahsuai Jalur Gemilang dalam kejohanan bola keranjang yang dianjurkan MABA kini kita sekali lagi dikejutkan dengan gambar perkongsian seorang pengguna Facebook bernama...
Mengapa Aku Kata Jalur Gemilang Berbucu 5 Itu Sengaja Dibuat

Mengapa Aku Kata Jalur Gemilang Berbucu 5 Itu Sengaja Dibuat

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 952 hits
Foto Infografik Jalur GemilangPada umumnya bendera Malaysia atau nama khasnya Jalur Gemilang boleh dilihat dan didapati dengan sangat mudah dalam carian internet google misalnya Mustahil untuk sesiapa pun akan terlepas pandang tentang perka...
Sea Games 2019 Duh Timnas U 22 Tak Sengaja Makan Daging Babi

Sea Games 2019 Duh Timnas U 22 Tak Sengaja Makan Daging Babi

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 308 hits
Kabar mengenai kekurangan SEA Games 2019 kembali muncul Karena kurangnya koordinasi Timnas Indonesia U 22 dikabarkan tak sengaja makan daging babi Media Filipina GMA News yang melansir kabar itu Peristiwa itu dikabarkan terjadi pada 24 Nove...
Tindakan Ubah Bintang Jalur Gemilang Jadi 5 Bucu Sengaja Atau Tidak

Tindakan Ubah Bintang Jalur Gemilang Jadi 5 Bucu Sengaja Atau Tidak

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 547 hits
SEJAK semalam kecoh tentang paparan bendera Malaysia jalur gemilang yang diubahsuai dalam satu pertandingan bola keranjang yang turut disiarkan menerusi siaran langsung di Facebook Dalam siaran langsung berkenaan bintang pada jalur gemilang...
Jom Lihat Gambar Hantu Yang Terakam Secara Tak Sengaja

Jom Lihat Gambar Hantu Yang Terakam Secara Tak Sengaja

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 1802 hits
Ghosts are pretty freaky They like to pop up when you least expect it and these pictures will definitely have you looking over your shoulder at night
Pkr Bukan Sengaja Tak Hadir Tunjuk Sokongan Pada Mb Perak

Pkr Bukan Sengaja Tak Hadir Tunjuk Sokongan Pada Mb Perak

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 216 hits
PKR menegaskan ketiadaan wakil parti itu semasa Adun dan exco Perak mengadakan sidang media untuk menunjukkan sokongan kepada Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu bukanlah dirancang Sebaliknya kata Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Riza...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever