Kabinet Bayangan Pn Pelik Tak Kemas Tanpa Bajet Alternatif


 
Jumaat lalu, Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 iaitu perancangan perbelanjaan tahunan ketiga di bawah pentadbirannya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Struktur ‘Kabinet bayangan’ Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak kemas dan sempurna tanpa menampilkan bajet alternatif 2025 untuk dibandingkan dengan belanjawan kerajaan perpaduan, kata penganalisis politik.
Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata perancangan itu jika dibentangkan memberi gambaran kemampuannya mentadbir dan menandingi Belanjawan 2025 bernilai RM421 bilion dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, 18 Okt lalu.
“Pelik dan menunjukkan ada sesuatu tidak kemas dalam PN kerana mereka kata mereka mampu menggantikan kerajaan perpaduan.
“Rakyat boleh nilai sama ada kerajaan atau pembangkang lebih berwibawa mengurus fiskal negara,” katanya kepada FMT yang berpendapat PN harus memanfaatkan kelebihan beberapa bekas menteri dalam pimpinannya.
“Meskipun bukan mudah buat bajet alternatif tetapi dalam PN ada bekas menteri pentadbiran dahulu.”
Kelmarin, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze dari Pakatan Harapan berkata pembangkang wajar membentangkan belanjawan tersendiri agar sistem demokrasi sihat dan berfungsi, selain memainkan peranan semak serta imbang.
Namun Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari semalam menolak gesaan itu sambil menyifatkannya tidak relevan kerana memerlukan angka tepat berkaitan unjuran dan butiran pendapatan negara.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, pihaknya hanya mengetahui unjuran dan butiran pendapatan negara disediakan pegawai Kementerian Kewangan menerusi pembentangan belanjawan, Jumaat lalu,
Pada Feb 2023, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan ‘Kabinet’ gabungan itu yang akan menyelaraskan pengurusan parti itu sebagai pembangkang di Parlimen.
Turut diwujudkan jawatankuasa portfolio bagi Ahli Parlimen berdasarkan latar belakang wakil rakyatnya dalam bidang masing-masing.
Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpendapat PN mungkin tidak berminat membuat bajet alternatif disebabkan cadangan berkenaan ‘hanya akan dipandang sepi’ dan tidak akan diangkat oleh kerajaan.
“Tapi kalau pembangkan ada sumber tambahan mencukupi apa salahnya untuk buat bajet alternatif.
“Walaupun cadangan itu tak akan diterima oleh kerajaan tapi sekurang-kurangnya boleh timbul polemik, retorik yang bajet ini adalah kemungkinan kalau kita jadi kerajaan, ini yang kita akan lakukan,” katanya.
Syaza Shukri yang juga dari UIAM berkata meskipun tiada keperluan pembangkang berbuat demikian namun penyediaan bajet alternatif dapat meraikan demokrasi serta mengukuhkan proses semak dan imbang.
“Ia juga akan memberi kepercayaan kepada rakyat terhadap pembangkang,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/kabinet-bayangan-pn-pelik-tak-kemas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Bajet Bayangan Sim Gesa Pn Main Peranan Semak Dan Imbang

Mana Bajet Bayangan Sim Gesa Pn Main Peranan Semak Dan Imbang

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 228 hits
Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin seru PN main peranan apabila gabungan itu tidak kemuka bajet bayangan selepas kerajaan bentang belanjawan minggu lalu KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan menggesa Perikatan Nasional memai...
Ibu Anak Disyaki Berpakat Larikan Barang Kemas

Ibu Anak Disyaki Berpakat Larikan Barang Kemas

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 215 hits
FMT ReportersMedia sebelum ini melaporkan seorang wanita berpura pura menjadi pelanggan sebelum melarikan dua utas gelang tangan emas dalam kejadian di Alor Gajah PETALING JAYA Seorang pesara guru dipercayai berkomplot dengan anak perempuan...
Amaran Kemas Kini Ios 18 1 Untuk Pengguna Iphone

Amaran Kemas Kini Ios 18 1 Untuk Pengguna Iphone

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 128 hits
28 Okt 2024 06 30am EDT Top Creators 2024 Influencer yang Mengubah Keriuhan Menjadi Jutaan 29 Okt 2024 10 01am EDT Awas Windows Penggodam Melanggar Enkripsi 2FA Google Chrome 29 Okt 2024 06 53am EDT Bagaimana Kecemasan Mengalahkan Penggodam...
Taraf Penerangan Pas Keh Keh Keh Tengok Pencawang Letrik Modern Sikit Pun Rasa Pelik Dok Lagi Lam Utan

Taraf Penerangan Pas Keh Keh Keh Tengok Pencawang Letrik Modern Sikit Pun Rasa Pelik Dok Lagi Lam Utan

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 132 hits
MSOBudak ini dah kena sekolah oleh perdana menteri Itulah kalau nak bercakap kena beringat cakap siang pandang pandang cakap malam dengar dengar Trims
Rawatan Sculptra Di Klinik Dr Bazilah Alternatif Untuk Kulit Muda

Rawatan Sculptra Di Klinik Dr Bazilah Alternatif Untuk Kulit Muda

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 262 hits
RAWATAN SCULPTRA DI KLINIK DR BAZILAH ALTERNATIF UNTUK KULIT MUDA Dalam memasuki frasa 40an ni kulit Cikza semakin menua dan kusam Terdapat pori pori luas terbuka lepastu kadang tu berasa tak yakin bila berhadapan dengan orang ramai Impian ...
Johor Bakal Buka Sekolah Khas Untuk Kanak Kanak Autistik Selaras Bajet 2025 Diumum Kerajaan

Johor Bakal Buka Sekolah Khas Untuk Kanak Kanak Autistik Selaras Bajet 2025 Diumum Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 332 hits
Sebuah sekolah untuk pelajar keperluan khas terutamanya kanak kanak autistik akan dibina di Johor amp Sabah menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Aznan Tamin Cadangan tersebut dibuat Menteri Besar Johor Datuk Onn H...
Setelah Hampir 3 Tahun Senyap Kim Saeron Kembali Sebagai Pelakon Dalam Filem Bajet Rendah

Setelah Hampir 3 Tahun Senyap Kim Saeron Kembali Sebagai Pelakon Dalam Filem Bajet Rendah

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 234 hits
Setelah lama senyap dalam dunia lakonan Kim Sae ron nampaknya akan kembali sebagai pelakon Artikel Berkaitan Baru baru ini Kim Sae ron dilihat sedang menjalani penggambaran di set filem merupakan kemunculan semulanya sebagai pelakon sejak i...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Perbalahan Antara Dr Akmal Saleh Dan Lokman Noor Adam Apa Kesannya Pada Umno

Salmon And Ikura Dashi Chazuke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat