K Jaan Hapus Hutang Rm3 8b Projek Bekalan Air Negeri Kata Pm



Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menghapuskan pinjaman yang diberi kepada kerajaan negeri bagi projek bekalan air luar bandar pada 2001 dan ke atas, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.Beliau berkata pinjaman tersebut adalah berdasarkan baki belum selesai pada 31 Disember 2018 dengan jumlah keseluruhan RM3.8 bilion, yang tertakluk kepada kerajaan negeri untuk memuktamadkan penstrukturan semula bekalan air selewat-lewatnya pada 31 Disember 2019.
Loading... Untuk akan datang, beliau berkata projek bekalan air luar bandar tidak lagi dibiayai dalam bentuk pinjaman mudah kerajaan persekutuan tetapi diperuntukkan dalam bentuk geran di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Luar Bandar."Pelaksanaan hapus kira ini diharapkan dapat mempercepatkan penstrukturan semula industri bekalan air dan mengurangkan beban kewangan tahunan negeri serta memastikan faedah berterusan dapat dinikmati rakyat pada jangka masa panjang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Putrajaya hari ini.Pada masa yang sama, Dr Mahathir berkata syarikat operator negeri boleh memfokuskan kepada penambahbaikan kualiti perkhidmatan bekalan air.Pada mesyuarat hari ini juga, Dr Mahathir berkata kerajaan pusat bersetuju meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk kerajaan-kerajaan negeri mulai tahun ini.
Beliau berkata peruntukan tambahan itu bagi membiayai kadar baharu Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur Dan Kesejahteraan Hidup (Tahap) mulai tahun 2019 bertujuan melindungi kawasan perlindungan hutan dan marin serta membantu negeri-negeri yang berpendapatan rendah melaksanakan program dan projek bagi meningkatkan hasil negeri.Dr Mahathir berkata mesyuarat juga bersetuju meluluskan pemberian 50 peratus hasil daripada kutipan cukai pelancongan untuk menjadi satu pemberian baru kepada kerajaan negeri mulai tahun ini.Pemberian separuh hasil kutipan cukai tersebut akan membantu kerajaan negeri menyenggara dan menyediakan kemudahan pelancongan, serta mempromosi dan memasarkan destinasi pelancongan selain menambah baik pelaporan statistik pelancongan, katanya."Kita telah kenakan bayaran (cukai) sebanyak RM10 satu bilik dan sebagainya. Kutipan ini sebenarnya adalah untuk kerajaan pusat dan kita telah setuju untuk memberi 50 peratus kepada kerajaan negeri," katanya.Dalam pada itu, katanya dalam meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya kerajaan menambah baik Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian (Marris) antaranya dengan memperluaskan perbelanjaan yang dibenarkan untuk membiayai penyenggaraan jalan yang tidak mencapai piawaian minimum Jabatan Kerja Raya dan tidak didaftarkan di dalam Sistem Marris online.Penambahbaikan turut melibatkan perbelanjaan menaik taraf jalan, jambatan, parit, longkang dengan had tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah perbelanjaan sebenar penyenggaraan tahun sebelumnya atau RM15 juta, yang mana terendah, katanya.
"Jadi kita boleh perbaiki jalan yang sudah ada tetapi tidak termasuk jalan kampung, ia dibiayai oleh saluran lain," katanya.Menurut perdana menteri, keputusan mesyuarat hari ini secara langsung telah telah meningkatkan bantuan kepada kerajaan negeri dengan mengambil kira defisit yang dialami kerajaan negeri sekarang.Dr Mahathir yang ditanya sama ada langkah-langkah yang diambil akan memberi bebanan kewangan kepada kerajaan pusat berkata : "Sedikit sebanyak kita kena bagi lebih banyak daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri tetapi jumlahnya mampu ditanggung oleh kerajaan pusat."- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/kjaan-hapus-hutang-rm38b-projek-bekalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Pelobi Ejen Dilantik Untuk Ecrl Kata Pemilik Projek

Tiada Pelobi Ejen Dilantik Untuk Ecrl Kata Pemilik Projek

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 233 hits
Tiada pelobi ejen dilantik untuk ECRL kata pemilik projek Dikemas kini 45 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2019 11 1
Putrajaya Tuntut Lunaskan Hutang Pinjaman Rm254 Juta Nfcorp Pula Kata Pembeli Baru Akan Bayar

Putrajaya Tuntut Lunaskan Hutang Pinjaman Rm254 Juta Nfcorp Pula Kata Pembeli Baru Akan Bayar

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 432 hits
Pengerusi NFCorp Datuk Mohamad Salleh Ismail bersama isteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil KUALA LUMPUR 20 Mei National Feedlot Corporation Sdn Bhd sudah mempunyai pembeli baharu sejak 25 Okt tahun lepas yang bersedia untuk membayar balik...
5 Artis Tanah Air Yang Hijrah Ke Luar Negeri Bagaimana Karir Mereka Kini

5 Artis Tanah Air Yang Hijrah Ke Luar Negeri Bagaimana Karir Mereka Kini

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 312 hits
Artis artis Indonesia yang hijrah ke luar negeri bagaimana kabar terkininya Mulai dari Uli Auliani Angie Virgin sampai Fahrani Empel
Aksb Siri 11 Rayuan Pulih Gangguan Bekalan Air

Aksb Siri 11 Rayuan Pulih Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 763 hits
Kisah dan episod masalah gangguan bekalan air Air Kelantan Sendirian Berhad tidak pernah berhenti Ia berulang ulang tanpa mengira masa tidak ubah seperti siaran Astro Ada yang hanya satu episod dan ada berlanjutan beratus ratus episod makan...
Melaka Catu Bekalan Air Jika Tiada Hujan Sehingga 15 Jun

Melaka Catu Bekalan Air Jika Tiada Hujan Sehingga 15 Jun

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 277 hits
Pelan kontingensi tingkat paras air Empangan Durian TunggalMELAKA Rabu Rakyat negeri Melaka bakal berhadapan catuan bekalan air sekiranya negeri itu tidak menerima hujan sehingga 15 Jun depan kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari Beliau ber...
Aksb Bab 5 Seluruh Tempat Menghadapi Gangguan Bekalan Air

Aksb Bab 5 Seluruh Tempat Menghadapi Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 427 hits
Setiap kali ambo kemas kini di media sosial masalah gangguan bekalan air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad pasti ada yang dengan bangganya memberi tahu di tempatnya tiada masalah air Kononnya air memancut laju kelu...
Aksb Bab 2 Hari Dilalui Tanpa Bekalan Air

Aksb Bab 2 Hari Dilalui Tanpa Bekalan Air

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 400 hits
Setiap hari menanti dengan penuh harapan agar penantian dan kepayahan ditanggung akan berakhir Namun kini telah masuk hari ke 63 hidup tanpa bekalan air paip Bermakna setiap hari terpaksa memunggah air dari tangki yang disediakan oleh Air K...
Bukan Sabah Sahaja Alami Kelewatan Pembiayaan Projek Pembangunan Kata Pm

Bukan Sabah Sahaja Alami Kelewatan Pembiayaan Projek Pembangunan Kata Pm

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 339 hits
Bukan Sabah sahaja alami kelewatan pembiayaan projek pembangunan kata PM Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 2
Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut