K Fry Urban Korea Beratur Ramai Orang Suka Sedap Ke
Salam,Apa khabar semua. Bila lalu dekat depan K Fry, tak pernah tak penuh. Siap panjang beratur. Serius! Kat mana-mana pun sama, KLCC, IOI Mall.. semualah. So, apa yang best sangat K Fry ni kan? Teringin nak cuba and nak tahu juga. Beberapa bulan lepas anak buah i datang rumah dan request nak makan K Fry? Serius... orang luar KL pun tahu pasal K Fry. Aku ni yg duduk KL tak pernah cuba. So alang-alang menyeluk pekasam marilah cuba K Fry di KLCC. My sister book a table siap2 supaya kitorang tak menunggu lama
"K Fry Urban Korean (slang untuk ayam goreng Korea) adalah sebuah korea yang ditanam di Korea yang mengkhususkan diri dalam Authentic Korean Fried Chicken dan makanan Korea yang hangat dengan sentuhan bandar. "
Ok jom tengok apa yang i order.
Ni set K Fry Cheese Chicken Bumbuk, ada Pedas n Tak pedas. Kalau nak tengok menu boleh ke website Menu K Fry
Lepas ni, ada staff dia datang tolong salutkan cheese yang banyak tu ke ayam. Laju je dia buat. Boleh bgtahu nak salut semua ayam ke separuh je, ikut suka, dia akan cairkan dulu cheese tu, baru salut. Sedap okey!
Ahh apa tunggu lagi jomla makan
Yang pedas kita salut semua dengan cheese. Nyumms
Ni tak silap nama dia Snow Cheese. Yang ni sedap...eh eh semua sedapla.
Dengan tamaknya order Ramen juga sebab teringin...asyik tengok korea je makan..sedap ke kan.
(Sorry gambar blurr)
Yang kak pika order, dia excited tengok botol terjulur macam tu.. tp ermm.. kalau minat rasa masam2 gas tu okla. Budak2 tak habis pun minum ni. Ate saja buat suka2
Last...sedap! Kena cuba.. Bingsu Mango. Ayoyo habis licin budak2 makan ais ni.
Seperti yang aku cakap awal-awal tadi K Fry ni memang sumpah beratur. Kalau rasa tak sabar tu Book A Table siap2 dekat website dia. Kalau tiba2 je terliur rasa nak pergi... erm harap bertabah. So, dengan itu kalau tanya sedap ke idok?... ate dah beratur panjang tu tak sedap ke? Mestilah sedap. Tekak orang ni berbeza, bagi aku dan faamily rasa K Fry ni sedap. Next time boleh pergi lagi. Tapi.. nak pesan, harga dia erm boleh tahan. So sediakan 'ongkos' secukupnya sebelum order2. hihihihihi
Okla, tu jerla nak kongsi. Memang pemalas gila nak taip sekarang. Tapi paksa jugala diri ni untuk berkongsi maklumat. Orang asyik duk tanya makan mana best? Ko kan blogger makan.. aahh jem jem jem.. susah nak jawab. Kalau ada restoran baru memang aku suka cuba, tapi masa limited la sekarang, maklumlah sejak jadi ahli JKKKK ni hehe.. tapi kalau ada yang suka sponser, ai ok jer. 😋
Erm...apa lagi nak cakap. Ahh.kalau korang ada restoran baru best nak rekomen pada sis.. drop komen kat bawah ye. Sis memang rajin reply komen. 😤
K Fry Website : https://kfry.my/
K Fry Facebook : https://www.facebook.com/kfrymy/
K Fry IG : https://www.instagram.com/kfrymy/
Ok bye. Thanks for coming. Muah!
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://novaleeza.blogspot.com/2020/02/k-fry-urban-korea-beratur-ramai-orang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+NovaLeezaMyDiary+(NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary)