Jus Durian Belanda Asli Banyak Khasiat Kena Minum Setaip Hari
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kebetulan masa Maha balik kampung hari tu tengok kat kebun belakang rumah adalah sepohon pokok buah yang ada seribu satu khasiat dari kulit sampai isi dalam semua ada guna. Tak sangka juga subur hidup kat belakang rumah pokok Durian Belanda.
Masih tak sahih lagi tentang bagaimana dapat nama Durian Belanda tapi tak silap pokok ini dibawa oleh penjajah mungkin juga pada zaman Belanda ke Tanah Melayu. Tumbuhan buah ini berasal daripada Amerika Selatan. Ada setengah negeri panggil lain seperti ‘Durian Selat’ atau ‘Durian Sayur’ di Kelantan dan ‘Durian Eropah’ di Langkawi
Apa pun nama buah ini tapi hasil kajian yang telah dilakukan oleh mereka yang pakar mendapati buah ini sangat bagus kalau diamalkan makan selalu. Maha bukan lah pandai tapi hasil bacaan sikit-sikit sekarang kan mudah jer Google kalau nak tahu. Buah ini rupanya mampu untuk mengawal penyakit seperti kencing manis dan juga kanser
Malah bukan sahaja buah tetapi juga daun dari pokok ini juga banyak khasiatnya. Daun durian belanda dapat membantu sakit kerongkong dan juga ulser kat mulut. Caranya hanya ambil beberapa helai daun pokok ini yang muda dan ditumbuk hancur kemudian diletak pada kawasan yang sakit tersebut. Kalau kanak-kanak demam pun dapat dikurangkan demam dengan mandi menggunakan air daun pokok ini
Tapi susah juga nak cari daun pokok ni dapat buah pun boleh lah. Buat jadi minum jus buah ini. Jangan beli yang kordial kerana tak original itu terlalu banyak gula cuba cari buah yang asli kat pasaraya ada banyak jual dan juga kisar jadi jus atau makan segar begitu sahaja lagi bagus. Maha suka buah ini ia ada rasa masam-masam dan juga ada rasa manis buah yang seimbang.
Sebab tu hari tu Maha buat Jus Buah Durian Belanda yang sangat mudah. Caranya korang hanya buang kulit buah ini dan juga biji hitam didalamnya. Kemudian kisar isi buah ini dengan ais kiub menggunakan pengisar. Jadi siap tak perlu tambah gula ok biar ia rasa asli. Maha nak buat setiap hari tak mampu lah sebab ada sepokok jer buah ini dan buah pun jarang-jarang. Nanti ada jual kat pasar nak beli dan buat lagi jus ini ok. Selamat mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/06/jus-durian-belanda-asli-banyak-khasiat.html