Juruterbang Itali Cipta Rekod Pertama Terbang Dalam Terowong Capai Kelajuan 245km J


Pesawat Zivko Edge 540 V2 itu diterbangkan melalui dua terowong. - Red Bull Content Pool TIADA siapa pernah menerbangkan kapal terbang melalui terowong sebelum ini. Dan Dario Costa baru-baru ini memecahkan rekod dunia sebelum kita mula sarapan pagi. Pada awal pagi selepas subuh, Dario Costa yang juga seorang juruterbang lumba dan aksi lagak ngeri profesional menerbangkan pesawat Zivko Edge 540 miliknya melalui dua terowong Çatalca Tunnels di lebuhraya Marmara di utara Turki.

Costa menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records atas aksi beraninya itu. – Online6
Dengan lebih dua dekad pelbagai pengalaman penerbangan, juruterbang berusia 41 tahun itu telah mencatatkan lebih 5,000 jam penerbangan. Lebih separuh darinya adalah dari aerobatik prestasi tinggi.

Costa juga sebelum ini merupakan juruterbang Itali pertama yang memenangi Red Bull Air Race Challenger Class. Dia telah lama mengimpikan untuk melakukan Tunnel Pass ini, dan merupakan aksi paling sukar dan merbahaya pernah dilakukannya.


Dengan lampu malap dalam dinding konkrit melengkung, Costa berlepas di terowong pertama kira-kira jam 6:43 pagi waktu tempatan. Waktu sebegini memberikan pencahayaan paling optima untuknya.

Ruang yang sempit bermakna dia perlu memastikan pesawat sentiasa terbang hanya beberapa inci dari permukaan jalan, dengan ruang untuk kesilapan yang sangat kecil. Sekali terbersin, pasti berlipat pesawatnya di dalam terowong!


Cabaran lain adalah perubahan aliran udara dan pengendalian pesawat itu yang sangat sensitif, memerlukan reaksi kurang dari 250 milisaat untuk Costa membuat pembetulan berterusan semasa penerbangan.

Antara saat paling kritikal ialah semasa melalui ruang 360 meter antara dua terowong kerana pesawat ringan itu terdedah kepada angin lintang sambil Costa mengemudi dengan berhati-hati memasuki terowong kedua.


“Segalanya berlaku sangat pantas, tetapi semasa saya keluar dari terowong pertama, pesawat mula bergerak ke kanan kerana angin lintang dan di dalam kepala saya, semuanya menjadi perlahan dalam saat itu,” terang Costa.



“Saya bertindak balas dan kekal fokus menghalakan pesawat ke laluannya untuk memasuki terowong kedua. Kemudian di dalam kepala saya, semuanya menjadi pantas kembali.”

Costa terbang dalam kelajuan purata kira-kira 245km/j dan selepas keluar sahaja dari terowong kedua, dia terus membuat lengkungan kemenangan ke atas sebelum mendarat.


Dari mula berlepas hingga keluar terowong kedua, penerbangan itu mencatatkan perjalanan 2.26km dan dalam masa kurang 44 saat, Costa telah mencipta rekod Guinness World Record yang sah.

Guinness World Record juga mengiktiraf empat rekod lagi iaitu kapal terbang pertama terbang melalui terowong, penerbangan paling lama melalui bawah halangan, kapal terbang pertama melalui dua terowong, dan kapal terbang pertama berlepas di dalam terowong. - engear.tv

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di GearTop dan langgan saluran Telegram GearTop untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://geartop.blogspot.com/2021/09/juruterbang-itali-cipta-rekod-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 9 Tahun Cipta Rekod Berjaya Menamakan 213 Kapal Terbang Dalam Masa 6 Minit

Budak 9 Tahun Cipta Rekod Berjaya Menamakan 213 Kapal Terbang Dalam Masa 6 Minit

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 513 hits
Sarvysswharrann meminati segala perkara yang berkaitan dengan kapal terbang sejak kecil Foto Yogeswaran Tamil Selvam Seorang pelajar Tahun Tiga dari SJK Taman Melawati di Kuala Lumpur telah meletakkan Malaysia di peta dunia bila berjaya mem...
New Zealand Rekod Kematian Pertama Berkaitan Vaksin Pfizer

New Zealand Rekod Kematian Pertama Berkaitan Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 196 hits
Vaksin Pfizer WELLINGTON New Zealand pada hari ini melaporkan apa yang dikatakan pihak berkuasa adalah kematian pertama yang dicatatkan di negara ini yang berkaitan dengan vaksin Pfizer Covid 19 Reuters melaporkan maklumat itu dikeluarkan o...
Jaguh Badminton Para Cheah Liek Hou Cipta Sejarah Pemain Pertama Negara Menang Emas

Jaguh Badminton Para Cheah Liek Hou Cipta Sejarah Pemain Pertama Negara Menang Emas

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR Jaguh badminton para Cheah Liek Hou mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi pingat emas dalam sukan itu di Sukan Paralimpik 2020 dan kedua buat Malaysia di Tokyo sebentar tadi Liek Hou yang beraksi bagi ...
Lovers Of The Red Sky Cipta Rekod Peribadi Catat Penilaian Penonton Tertinggi Setakat Ini

Lovers Of The Red Sky Cipta Rekod Peribadi Catat Penilaian Penonton Tertinggi Setakat Ini

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 466 hits
Rating drama SBS Lovers of the Red Sky terus meningkat ke tahap tertinggi setakat ini Menurut Nielsen Korea episod 7 September drama lakonan Kim Yoo jung dan Ahn Hyo seop itu telah mencapai rating 9 6 peratus The post appeared first on
Langkah Pertama Idris Sahkan Apakah Benar Fatwa Amanat Haji Hadi Dipadamkan

Langkah Pertama Idris Sahkan Apakah Benar Fatwa Amanat Haji Hadi Dipadamkan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 208 hits
MALAYSIA DATELINEMenteri agama yang baharu perlu mengesahkan apakah benar fatwa tentang Amanat Haji Hadi yang di keluarkan di Kampung Banggol Peradong Terengganu pada tahun 1981 telah dipadamkan dari portal Jabatan Kemajuan Islan Malaysia P...
Perdana Menteri Ucap Tahniah Bonnie Bunyau Raih Emas Pertama Malaysia Pada Paralimpik

Perdana Menteri Ucap Tahniah Bonnie Bunyau Raih Emas Pertama Malaysia Pada Paralimpik

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang menghadiahkan pingat emas pertama kepada Keluarga Malaysia pada Sukan Paralimp...
As Laporkan Rusa Pertama Di Dunia Yang Terinfeksi Covid 19

As Laporkan Rusa Pertama Di Dunia Yang Terinfeksi Covid 19

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 185 hits
Departemen Pertanian AS melaporkan penularan virus SARS CoV 2 penyebab penyakit Covid 19 terhadap hewan itu terjadi di Negara Bagian Ohio Sejauh ini belum ada laporan rusa itu memperlihatkan gejala
Emas Pertama Paralimpik Tokyo 2020

Emas Pertama Paralimpik Tokyo 2020

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 452 hits
EMAS PERTAMA PARALIMPIK TOKYO 2020 Alhamdulillah Tahniah Bonnie Bunyau Anak Gustin atlet angkat berat para yang membawa pulang pingat emas pertama negara di temasya Paralimpik Tokyo 2020 kali ini https t co Rf3c2SIqn3
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Bakal Tersungkur

Anwar Lulus Perbelanjaan Mahathir Ke Jepun

Warung Impian Kampung Dong Raub

Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu