Jurang Perbezaan Makin Ketara Dalam Umno


BERITA
By MT Webmaster On Jan 25, 2021

(Sinar Harian) – Sejak seminggu lalu, polemik surat tuntutan sidang Parlimen khas diutuskan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi membincangkan hal pelaksanaan darurat sememangnya menjadi buah mulut rakyat

Pelbagai telahan dan dakwaan yang timbul. Ada yang berkata surat itu didalangi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengangkat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerajaan baharu.

Ada juga yang mendakwa surat itu tidak mewakili suara parti.

Tidak kira apa jua alasan, isu surat itu boleh dianggap rentetan episod kegagalan pucuk kepimpinan UMNO memaksa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dan menggesa pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disegerakan.

Lebih parah, gerakan terbaharu itu gagal mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen UMNO, sekali gus memberi isyarat bahawa Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah semakin hilang cengkaman dalam parti sendiri.

Bagi Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, kegagalan Ahmad menggunakan platform yang betul bagi menyampaikan cadangan beliau menyebabkan pucuk kepimpinan UMNO seolah-olah dipinggirkan sebilangan besar daripada 41 ahli Parlimen parti itu ketika ini.

Menurutnya, dalam sesebuah organisasi, seorang Presiden dan Setiausaha Agung berhak menggunakan kuasa prerogatif mereka untuk menyampaikan sebarang cadangan atau inisiatif terus kepada ahli organisasi selagi mana ia tidak menyalahi perlembagaan organisasi.

Silap langkah

“Saya merasakan ia merupakan cadangan peribadi Ahmad yang mungkin juga tidak dirujuk kepada Presiden UMNO.

“Tiada masalah seorang Setiausaha Agung UMNO mengeluarkan kenyataan dan bertindak atas inisiatif sendiri selagi mana tidak bertentangan dengan perlembagaan parti.

“Namun tindakan sebegitu akan mendatangkan risiko besar untuk tidak dipatuhi, sekali gus menimbulkan salah tafsir dalam kalangan ahli Parlimen UMNO sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mustapha juga mengakui sebilangan besar rakyat kini melihat surat berkenaan sebagai salah satu langkah terdesak UMNO untuk menggulingkan Muhyiddin.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan itu sebenarnya hanya satu kesilapan langkah yang dibuat Ahmad kerana beliau sepatutnya membawa cadangan tersebut ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk dibincangkan.

“Ia satu tindakan yang boleh disalah tafsir oleh umum, maka orang melihat pucuk kepimpinan UMNO sudah tidak ada grip terhadap ahli Parlimen parti itu.

“Sepatutnya biarlah keputusan sebesar itu dibuat dalam mesyuarat MKT kerana ia melibatkan strategi parti dan bukan perkara dasar,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias menganggap Ahmad selaku Setiausaha Agung UMNO perlu bertanggungjawab di atas tindakan mengeluarkan surat berkenaan.

Menolak dakwaan pendirian ahli-ahli Parlimen UMNO dan pucuk kepimpinan parti kini semakin bertentangan, Jalaluddin menegaskan tindakan terbaharu Ahmad dilakukan secara bersendirian tanpa berunding di peringkat dalaman.

“Setahu saya, surat itu tiada kena-mengena dengan bidang kuasa Presiden, bahkan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Biro Politik UMNO, apatah lagi mesyuarat MKT.

“Saya secara peribadi tidak bersetuju kerana langkah sebegini tidak sepatutnya berlaku.

“Setiausaha Agung parti kena bertanggungjawab untuk beri penjelasan kepada semua ahli parti. Pendekatan isu besar sebegini tidak boleh dibuat secara one man centered decision,” katanya.

Bersetuju atau tidak, pendedahan Jalaluddin secara tidak langsung mengesahkan jurang perbezaan pendirian pucuk kepimpinan UMNO dan ahli-ahli Parlimen parti itu yang cenderung menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), semakin ketara.

Pada saat PRU15 dijangka diadakan sebaik sahaja tempoh darurat berakhir, parti terbesar Melayu itu pastinya tidak mahu jurang perbezaan berkenaan semakin membarah, sekali gus mengakibatkan berlaku perpecahan dalaman serius.

Pandangan itu, dipersetujui penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin.

Beliau menjelaskan Ahmad Zahid kini mempunyai tanggungjawab besar untuk membetulkan keadaan atau beliau sendiri berkemungkinan ditukar akar umbi UMNO dalam masa terdekat.

“Dengan Pas dan Bersatu sudah mempunyai kedudukan unik untuk memastikan dominasi politik Melayu Islam dapat dikekalkan menjelang PRU15. Adalah satu risiko besar bagi UMNO sekiranya mereka menolak kerjasama dengan parti-parti berkenaan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/jurang-perbezaan-makin-ketara-dalam-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Dalil Mengapa Zahid Hamidi Perlu Letak Jawatan Sebagai Presiden Umno Tersebar

30 Dalil Mengapa Zahid Hamidi Perlu Letak Jawatan Sebagai Presiden Umno Tersebar

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 524 hits
Rentetan dari tersebarnya risalah 30 dalil mengapa Zahid Hamidi perlu letak jawatan sebagai Presiden UMNO melalui group group WhatsApp Ada yang berkata ini adalah tindakbalas kartel Muhyiddin supaya BERSATU lebih mudah untuk menelan UMNO In...
Segera Rombak Pimpinan Umno Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

Segera Rombak Pimpinan Umno Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 357 hits
PUTRAJAYA Seluruh kepemimpinan UMNO perlu dirombak semula termasuk Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata in...
Annuar Bidas Ahmad Maslan Gesa Mp Umno Minta Agong Adakah Sidang Parlimen

Annuar Bidas Ahmad Maslan Gesa Mp Umno Minta Agong Adakah Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 285 hits
AHLI Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa membidas surat yang dikirimkan oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan kepada semua Ahli Parlimen UMNO Surat yang dihantar semalam itu bagi meminta ahli Parlimen UMNO untuk menyatakan persetujuan me...
Sua Umno Minta Persetujuan Mp Gesa Sidang Parlimen Khas Annuar

Sua Umno Minta Persetujuan Mp Gesa Sidang Parlimen Khas Annuar

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 282 hits
Malaysiakini Ahli parlimen Ketereh Annuar Musa mendakwa Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengantar surat kepada ahli parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan dengan gesaan agar satu sidang parlimen khas diadakan berhubung proklamas...
Perhimpunan Agung Umno 2020 Ditangguhkan Kerana Darurat Pkp

Perhimpunan Agung Umno 2020 Ditangguhkan Kerana Darurat Pkp

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 307 hits
Perhimpunan Agung Umno 2020 yang dijadual berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat susulan kebimbangan penularan...
Majoriti Pemimpin Umno Mahu Bergabung Dengan Ppbm Dakwa Hadi

Majoriti Pemimpin Umno Mahu Bergabung Dengan Ppbm Dakwa Hadi

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 328 hits
freemalaysiatoday com January 19 2021 7 05 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang berkata kajian parti Islam itu mendapati tidak ada mana mana parti dalam negara akan berjaya membentuk kerajaan peringkat persekutuan tanpa perlu bergabung dengan pa...
The Only Way To Oust Muhyiddin Would Be For Umno To Leave The Government

The Only Way To Oust Muhyiddin Would Be For Umno To Leave The Government

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 260 hits
If it is true that 189 out of 191 Umno divisions do not want the party to work or cooperate with PPBM then the moral thing to do would be for Umno to leave the government Once Umno leaves the government the government will collapse Then Par...
Umno Seen As Stronger Party If Ge15 Clash With Bersatu Happens But Will It Matter Who Wins

Umno Seen As Stronger Party If Ge15 Clash With Bersatu Happens But Will It Matter Who Wins

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 232 hits
Umno has to resolve the issue within Umno It is not about PN The court cluster in Umno is causing break ups and commotion in Umno They are the seeds of problems The simmering tensions between Umno and Bersatu may eventually lead to a clash ...
Najib Dalang Surat Sembah Derhaka Umno Kepada Agong Sumber

Najib Dalang Surat Sembah Derhaka Umno Kepada Agong Sumber

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 258 hits
Wan Syamsul AmlyJanuari 19 2021 Sumber memaklumkan situasi itu menunjukkan cengkaman Najib di kalangan ahli ahli Parlimen UMNO kian lemah Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang m...
Carian Popular Motosikal 2025

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms

Alliance Bank Lancar Filem Perniagaan Pertama Malaysia The Ultimate Elevator Pitch

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kari Ayam Dan Bab Tanggungjawab

Mendoakan Kegembiraan Orang Lain

Apmm Siasat Operator Bot Karam Di Pulau Perhentian

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Asam Pedas Daging Tetel Padu Sampai Licin Pinggan

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita