June Book Haul 2021
June Book Haul 2021 | Lama dah tak update pasal buku.. Rindu nak spend masa dengan buku-buku kesayangan aku.. Tapi apakan daya, masa itu ibarat emas buat aku sekarang ni.. Nak baca buku pun takde masa.. Moga satu hari nanti, aku dapat kembali dengan hobi aku nan satu ni.. Walaupun tak punya masa untuk membaca, tetapi hobi membeli buku tu tetap diteruskan.. Haha.. Gile ko, nampak buku best tak beli! Memang tak boleh tidur la jawabnya.. Selagi tak penuh kabinet buku aku ni. selagi tu la.. Huhu.. Untuk Jun Book Haul 2021, aku sempat grab empat buah novel...
Kali ni aku grab dua buah novel karya penulis kesayangan aku Maria Kajiwa iaitu Lara Wirang dan Lengloi.. Novel tulisan dia memang tak pernah tak best.. Boleh dikatakan semuanya tak mengecewakan.. Ada lagi novel terbaru beliau yang belum aku grab.. Mungkin nextime.. Hehe.. Manakala dua novel lagi adalah karya Syu Ariani.. Ini adalah firstime aku beli novel tulisan beliau..
Setiap kali nak beli novel aku mesti baca review dulu dalam Goodreads.. Kalau best, baru beli dan keempat-empat novel ni mempunyai rating yang tinggi dari pembaca.. Lagi pun untuk novel tulisan Maria Kajiwa, memang aku tak pernah sangsi dengan hasil tulisan beliau.. Kalau tak baca kat Goodreads pun aku yakin dengan penulisan beliau.. Novel dari Syu Ariani, yang paling tinggi rating dia adalah berjudul Anastasia tapi novel ni susah nak dapat.. So, aku dapatkanlah dulu Ursula dan Jagakan Aku ini.. Teringin juga nak baca novel karya beliau.. Ramai juga yang suka.
Sinopsis Lara WirangPenulis : Maria KajiwaTerbitan : Love NovelMuka Surat : 375
Ustaz Muiz, seorang guru agama berhasrat untuk mendirikan sebuah madrasah di kampungnya sebagai pusat mengajar ilmu agama yang lebih tersusun. Dia mendapat sokongan daripada isteri, kawan dan penduduk kampung tetapi ditentang oleh Sahir Zub-yan dan konco-konconya
Kita akan buat apa sahaja asalkan rancangannya gagal - Sahir Zub-yanSahir Zub-yab, seorang ahli sihir Kaum Kan. Dia tinggal di Gunung Dayan dalam daerah Hasam Hurang, salah sebuah daerah dunia gelap. Sejak dahulu dia menentang segala usaha Ustaz Muiz untuk menghidupkan syiar Islam dan menyebarkan dakwah.
Bersama pembantunya yang setia bernama Derani, mereka menghasut seorang guru silat untuk menentang dan mengkhianati Ustaz Muiz sekeluarga dengan menggunakan ilmu hitam. Tapak madrasah, isteri dan anak Ustaz Muiz menjadi sasaran.
Engkau sanggup menukar imanmu dengan nyawanya? - Sahir Zub-yan
Adakah Ustaz Muiz akan tunduk kepada segala seksaan dan ugutan? Mampukah dia pertahankan pendiriannya? Ikutilah sebuah pertarungan antara dua pegangan dan dua dunia yang berbeza.
Sinopsis LengloiPenulis : Maria KajiwaTerbitan : Buku PrimaMuka Surat : 480
Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semain digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan.
Siapakah yang dipanggil Lengloi
Dari mana asalnya dan kenapa ia menghuni Lot 55
Apa yang dimahunya
Ke mana Suzy menghilang
Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza. - Pak Cik KasimSaya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu - Lim
Gua cinta lu sampai gua mati - Suzy
Sinopsis Jagakan AkuPenulis : Syu ArianiTerbitan : Karya SeniMuka Surat : 668
Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya
Bergegar dunia Zahirah apabila seorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara m sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel
Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak - Aina NatashaDia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje - Muzaffar
Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel 'menghantar' mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah penasaran
Ana Zahirah. Kau..... Mengecewakan aku - Devil Angel
Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari.......
Jangan takut. Aku akan jagakan kau - ASP Aydin
Entah mengapa, jiwa wanita Zahirah telah meresap masuk janji Aydin. Diam-diam, dia mempercayai lelaki itu dan janjinya. Satu insiden di Kuala Lumpur membuka peluang untuk Zahirah mengetahui kisah silam Aydin dan tak dapat tidak, hati wanitanya terus terbuka untuk lelaki itu
Namun, bisakah Aydin kotakan janjinya bilamana Zahirah sudah menjadi obsesi Devil Angel? Pada saat Zahirah sendiri berubah menjadi wanita tidak berjiwa, mampukah dia menghalang Devil Angel daripada terus-terusan membunuh? Atau Zahirah sendiri akan jatuh ke lembah gelap dan menjadi serupa Devil Angel
Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not become a monster. And when you look inti the abyss, the abyss looks into you - Friedrish Nietszche, German Philosopher
Sinopsis UrsulaPenulis : Syu ArianiTerbitan : Penulisan2uMuka Surat : 572
Ursula. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa satu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata
Kahwin dengan aku atau nyawa dia melayang, di depan mata kau - Asyfa Hannani
Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu
Tengku Hadi. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi....
Leave the past there. I wanna be your present, your future - Hadi
Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail
Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si anatagonis dalam kisah mereka. Kata si anatagonis kepada Asyfa...
Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup
Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi si tuan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.leaazleeya.com/2021/06/june-book-haul-2021.html