Jumpa Penulis Terkenal Di Pbakl


Diah nak sambung cerita tentang pengalaman ke PBAKL baru-baru ni. Selain daripada dapat beli buku idaman hati, kami juga dapat berpeluang bertemu penulis kesukaan kami anak beranak.


Semestinya penulis-penulis ni dah ramai peminat dan ada nama dalam bidang masing-masing. Seronoknya tahun ni ramai penulis turun padang mempromosikan buku mereka.

Waktu awal pagi sampai tu kami tiada arah tuju yang jelas. Hanya ikut kaki melangkah dan berhenti di reruai yang menarik perhatian.

Baca pengalaman kami - Ke Pesta Buku PBAKL 2023


Jumpa Penulis Terkenal Di PBAKL Bayangkan jam baru mencecah jam 11 pagi tapi dekat dalam tu dah mula sesak. Bagusnya bila datang ke Pesta Buku ni semua jenis buku ada. Pendek kata PBAKL sesuai untuk semua peringkat umur.

Tahun ni meriah dengan kehadiran penerbit dari luar negara. Tapi kami tak sempat nak singgah. Ada juga jumpa reruai mempromosi Negeri Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia.





Bertemu Penulis Buku Best Student – Inche Lebah

Antara reruai yang aktif buat promosi adalah Hamare Group. Syarikat penerbitan yang banyak terbitkan buku genre motivasi.

Antara penulis terkenal & aktif di media sosial yang bersama mereka antaranya ialah Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB Gold), Inche Lebah, Farzana Rais dan ramai lagi.

Rezeki dapat jumpa Inche Lebah. Suka dengan perkongsian beliau di Instagram. Waktu kami sampai beliau tengah sibuk promosikan buku terbaru berjudul ‘Best Student’.

Beli sini BEST STUDENT BY INCHE_LEBAH



Tak lepaskan peluang Diah beli sebagai tanda sokong tapi paling utama buku tu sangat bermanfaat untuk mereka yang bergelar pelajar. Ilmu juga untuk ibu bapa.

Alangkah indahnya, jika waktu Diah membesar dulu ada buku macam ni. Mungkin ada tapi Diah tak jumpa agaknya.

Buku Best Student ni ringkas dan padat. Dalam tu ada dikongsi 100 tip untuk jadi best student. Simple je nasihat tapi praktikal untuk di amalkan.






Sempat juga minta Inche Lebah titipkan sepatah dua nasihat untuk kami. Seronok bila dapat kata-kata ingatan dari orang berilmu.

Moga jadi peniup semangat Ikhwan dan adik-adik dia untuk jadi orang berjaya. InshaAllah nanti dah khatam buku Best Student Diah kongsikan review pula.





 

Bertemu Penulis Buku – Hilal Asyraf

Ikutkan dalam keluarga kami, Ikhwan la yang mula tunjukkan minat karya Hilal Asyraf. Novel pertama Ikhwan baca ialah Nirnama.

Kami tak melarang malah menggalakkan sebab karya Hilal Asyraf berunsurkan keislaman, ada pengajaran, tak lucah, bebas carutan dan tiada unsur tahyul.

Sebagai ibu bapa, kami cuba kawal mana yang mampu. Esok lusa bila dah pandai buat keputusan harapnya dia pilih jalan yang betul.





Novel Nirnama seronok dibaca sebab plot dia menarik, watak-watak yang diketengahkan memberi inspirasi kepada pembaca.

Waktu kami sampai, orang dah ramai di reruai dan barisan memang panjang untuk buat bayaran. Lepas selesai pilih, kami beratur untuk sesi tandatangan.

Jumpa orang berpengaruh depan mata ni memang lain berbanding tengok di media sosial. Aura dia tu susah nak terangkan.



Gembira tak usah cakap. Kami berjaya beli kombo 10 buah novel pada harga RM180. SET Hikayat Satria Satria Sejati ( 1 Set 5 Buku) dan Siri Saga Hero ( 1 Set 5 Buku ). 


Beli sini SET Hikayat Satria Satria Sejati ( 1 Set 5 Buku)


Sinopsis Hikayat Satria Satria Sejati Generasi Pejuang

Hikayat Satria-Satria SeJati berkisarkan Ariki, yang lari dari istana untuk menyelamatkan diri dari kezaliman ayahandanya.

Tindakan itu menjadi titik tolak kepada pertemuannya dengan pemuda-pemudi yang lain, dalam memperjuangkan keadilan, menentang kezaliman. 




Kisah yang penuh dengan getir pengorbanan dan suka duka perjuangan. Kisah epik para Satria Sejati, pejuang kebenaran, penegak keadilan! - sumber goodreads.com
1. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru
2. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan
3. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Badai Perjuangan.
4. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Samudera Pengorbanan
5. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Pejuang




Sinopsis Siri Saga Hero

Dalam siri Saga Hero pula ada lima buah novel dengan cerita dan watak utama yang berbeza. Masing-masing ada konflik peribadi yang mengheret mereka ke konflik yang jauh lebih besar melibatkan Malaysia dan kuasa-kuasa besar dunia.


Beli sini Siri Saga Hero ( 1 Set 5 Buku )




1. Novel Hero
2. Novel Pemburu
3. Novel Encik Pembunuh
4. Novel Samurai Melayu
5. Novel Membunuh Muhammad



Beli Buku Cikgu Fadli Salleh - Buku Latihan MATHZIER & EAZIER 1.0 Tahun 1-6 KSSR

Untuk anak-anak kami beli buku latihan Cikgu Fadli Salleh. Edisi Mathzier dan Eazier untuk Ikhwan Tahun enam dan Raudah Tahun Satu.

Lokasi reruai Cikgu Fadli Salleh agak tersorok dan berada dalam bilik kecil. Kesian juga nasib mereka. sempat berborak dengan petugas di kaunter, katanya lokasi reruai ditentukan secara cabutan rawak.

Kira ikut nasib lah. Ikut perancangan Cikgu Fadli Salleh akan berada di reruai pada pukul 4.30 petang. Tiada rezeki nak berjumpa dan bergambar.


Beli sini Buku Latihan MATHZIER & EAZIER Tahun 1-6


Waktu dekat sana jumpa juga dengan Iddin Ramli tapi kami tak sempat nak beratur sebab barisan dekat reruai dia panjang sangat.

Ramai peminat terutama anak muda yang beratur. Jadi lama sebab masing-masing ambil peluang bergambar dan ambil video dengan Iddin. Ramai minta nasihat agaknya.

Apa pun bersyukur sangat dimudahkan urusan kami ke PBAKL tahun ni. Kalau ada rezeki kita pergi lagi tahun depan tapi dengan syarat kena habiskan dulu buku yang dibeli. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/06/jumpa-penulis-terkenal-di-pbakl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 249 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man melihat tawaran itu hadir kerana data mengesahkan sokongan pengundi Melayu kepada PN jauh mengatasi PH PETALING JAYA Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau turut dihubungi beberapa pihak untuk m...
Asal Jumpa Je Mengandung Lama Tak Kerja Sekali Nabil Seronok Bahan Neelofa

Asal Jumpa Je Mengandung Lama Tak Kerja Sekali Nabil Seronok Bahan Neelofa

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 188 hits
Gandingan Neelofa dan Nabil Ahmad sewaktu mengacarakan program Meletop sebelum ini sememangnya sangat diingati kerana hampir 7 tahun mereka bekerja bersama Selepas memutuskan untuk berniqab Neelofa mengambil keputusan untuk berundur dari Me...
Wakil Kerajaan Jumpa Tuan Ibrahim Tawar Kerjasama Juga

Wakil Kerajaan Jumpa Tuan Ibrahim Tawar Kerjasama Juga

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 183 hits
agendaily com29 05 2023Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan ada beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi membuat tawaran sama seperti yang didedahkan...
Hiburan I Tak Makan Minum Atau Jumpa Orang Stress Dengan Perangai Suami Datin Seri Shahida Pernah Lari Rumah

Hiburan I Tak Makan Minum Atau Jumpa Orang Stress Dengan Perangai Suami Datin Seri Shahida Pernah Lari Rumah

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 228 hits
Siapa saja yang tidak kenal dengan nama usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang sering terkait dengan pelbagai kontroversi panas dan kadang kala diri sendiri yang meminta untuk dikecam Mengulas tentang kontroversi yang selalu dicetusk...
Hiburan Diana Tak Jumpa Dan Salam Ibu Bapa Saya Keluar Tak Ikut Pintu Utama Farid Kamil

Hiburan Diana Tak Jumpa Dan Salam Ibu Bapa Saya Keluar Tak Ikut Pintu Utama Farid Kamil

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 163 hits
Semalam pelakon sensasi Farid Kamil yang turut ditemani oleh kedua ibu bapanya ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari bagi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai dan sebutan nusyuz memberitahu isterinya Diana Danielle langsung ...
Hiburan Dah Lama Tak Jumpa Mira Akui Rindu View Chin Mestilah Rindu Boss Saya

Hiburan Dah Lama Tak Jumpa Mira Akui Rindu View Chin Mestilah Rindu Boss Saya

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 174 hits
Sebelum ini usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri dikecam apabila membuat sesi siaran langsung nbsp bersama host TikTok terkenal Amirah Aqilah Firdaus Difahamkan Amirah atau lebih dikenali sebagai Mira telah dilantik sebagai model dan sesi li...
Aku Tak Ikut Suami Outstation 3 Hari Bila Dia Balik Je Aku Jumpa Kotak Kondom Dalam Seluar Dia Tapi Satu Dah Pakai

Aku Tak Ikut Suami Outstation 3 Hari Bila Dia Balik Je Aku Jumpa Kotak Kondom Dalam Seluar Dia Tapi Satu Dah Pakai

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 292 hits
8220 Aku tak ikut suami outstation 3 hari bila dia balik je aku jumpa kotak kondom dalam seluar dia tapi satu dah pakai 8221 Begitu jugalah perasaan wanita ini apabila menemukan satu pek kondom yang salah satunya telah digunakan di dalam po...
Saya Lalui Banyak Hal Sambut Ulang Tahun Ke 39 Pengacara Terkenal Pilih Untuk Free Hair

Saya Lalui Banyak Hal Sambut Ulang Tahun Ke 39 Pengacara Terkenal Pilih Untuk Free Hair

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 147 hits
Sempena menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 39 pengacara terkenal bernama Nadia Annuar membuat penampilan mengejut dengan berkongsikan satu foto duduk di atas kerusi tanpa memakai tudungnya lagi Jika sebelum ini Nadia menggayakan tudung...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City