Juara Tinju Dunia Ramirez Berehat Panjang
Juara tinju dunia, Ramirez berehat panjang
RAMIREZ meraikan kemenangan selepas menewaskan Yuniel Dortico dalam satu aksi pertarungan bulan lalu. -FOTO AFP
Los Angeles: Juara dunia tinju kelas cruiserweight, Gilberto Ramirez bakal berehat daripada gelanggang buat satu tempoh yang tidak ditentukan selepas menjalani pembedahan bahu susulan kecederaan yang dialaminya ketika meraih kemenangan bulan lalu, umum pihak penganjurnya, Golden Boy Promotions.
Peninju kidal berusia 34 tahun dari Mexico itu selamat menjalani pembedahan pada Sabtu, namun pihak promosi tidak mendedahkan bahagian bahu mana yang dibedah.
Kecederaan itu dialami ketika Ramirez mencatat kemenangan sebulat suara dalam pertarungan 12 pusingan ke atas bekas juara dunia dari Cuba, Yuniel Dorticos pada 28 Jun lalu di Anaheim.
“Selepas mendapatkan tiga pandangan perubatan dan berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bahu.
“Saya sudah lama bergelut dengan kecederaan ini sejak pertarungan terakhir dan terus memaksa diri bukanlah tindakan bijak demi kesihatan serta masa depan kerjaya saya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
“Pembedahan bukanlah sesuatu yang ingin didengar oleh mana-mana peninju, tapi ini adalah keputusan yang tepat untuk memastikan saya pulih sepenuhnya dan kembali pada tahap 100 peratus.
“Saya akan menjauhkan diri daripada gelanggang sehingga diberi lampu hijau oleh pasukan perubatan, tetapi saya sudah pun memulakan terapi dan fokus untuk kembali.”
“Saya akan kembali lebih kuat, lebih tajam dan lebih lapar dari sebelumnya,” kata Ramirez dalam satu kenyataan.
Ramirez yang memiliki rekod 47 kemenangan dan hanya satu kekalahan (47-1, 30 KO), merangkul gelaran dunia Persatuan Tinju Dunia (WBA) pada Mac 2024 selepas menewaskan peninju kelahiran Armenia yang mewakili Perancis, Arsen Goulamirian secara sebulat suara.
Dia kemudian menambah satu lagi gelaran apabila menewaskan wakil England, Chris Billam-Smith, juga menerusi keputusan sebulat suara pada aksi di Arab Saudi, November lalu untuk menjulang tali pinggang Pertubuhan Tinju Dunia (WBO).
Juara tinju dunia, Ramirez berehat panjang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
The post Juara tinju dunia, Ramirez berehat panjang appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2025/07/21/juara-tinju-dunia-ramirez-berehat-panjang/