Jualan Gudang Buku Karangkraf Harga Serendah Rm1
Jualan Gudang Buku Karangkraf : Harga Serendah Rm1 | Sebelun ini tak pernah lagi join jualan gudang buku Karangkraf ataupun pesta buku dekat Kota Bharu ni. Kalau dekat Kuala Lumpur dulu tu adalah juga sekali dua join. Ini kira firstime join yang diadakan dekat sini. Hari tu ada juga terbaca pasal Jualan Buku juga rasanya dekat Padang Tembak sini ni tapi tah nape tak tergerak hati pula nak sama-sama pergi. Ini kira penutup tahun 2018 tergerak hati pula nak turut sama ke KB Mall
Itupun pergi sana hari terakhir dah ! Ia bermula pada hari Khamis, 22 November lagi. Dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Walaupun hari terakhir tapi masih ada banyak lagi buku-buku dan majalah dekat sana. Cuma yang mur..mur tu dah tak banyaklah. Kebetulan pula semalam memang kita dah cuti dan warga Kelantan pula kerja. Kira ok sangatlah tiadalah terpaksa bersesak-sesak sangat. Jalan pun ok, parking pun mudah. Orang pun tak adalah ramai sangat cuma lepas asar tu macam dah mula ramai orang.
Masa sampai semalam tu, novel pun masih banyak lagi. Pilihan pun masih banyak. Siap diorang tambah stok lagi. Ada yang diskaun sehingga 25%, 40%, ada juga yang 4 buah rm20 ! Buku pembelajaran, Al-Quran, majalah, buku resepi dan banyak lagilah. Tapi Al-Quran tu best..ada satu tu yang jenis 1 buku 1 juzud. Harganya tak disilap rm50 je lepas diskaun. Memang berkenan tapi sebab dah ada. Tak bolehlah dua tiga.
Tertarik juga nak rempat dua tiga buah buku novel edisi seram tu terutamanya Topeng Berdarah tapi tak sempat nak rempat pun. Sempat rembat buku yang ini je. Itupun sebab baru teringat buku sepupu hari tu tak pulangkan lagi. Entah tersalah letak kat mana dah !
Yang ini anak buah punya !!
Diantara novel cinta dengan seram ala-ala misteri, mistik ! Sebenarnya ciktie lebih sukakan cerita yang ala-ala misteri sikit camtu. Eehh sikit ke camtu?? hehee. Ia membuatkan kita tertanya-tanya kenapa dan apa yang berlaku seterusnya. Novel cinta pun sama je sebenarnya cuma hmm biasalah jalan ceritanya macam lebih kurang je. Kalau best sikit esok lusa ia diadaptasi ke kaca televisyen. Jadinya macam lebih kurang je. Tapii ini tak bererti ciktie tak suka ! Ada je novel yang ciktie cari selepas tengok drama yang diadaptasi dari novel ataupun tak sempat nak tengok drama tu. Dan ada juga novel yang telah diadaptasi yang menjadi koleksi ciktie. Dari situ kita juga kita boleh buat perbandingan antara novel dan drama mana lagi best.
Ok, cukuplah dulu buat kali ini. Inipun dah melalut ke mana dah. Hingga jumpa korang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2018/11/jualan-gudang-buku-karangkraf-harga.html