Jual Gambar Kaki Dalam Talian
Pendapatan pelajar perubatan £5,000 (RM23,823) sebulan hanya dengan menjual gambar kakinya dalam talian.
Wanita ini hanya memperuntukkan enam hingga 10 jam sehari bagi menjadikan kakinya antara barangan termahal untuk dijual.
Menggunakan nama Sweet Arches, 28, dia membiayai pengajiannya dengan melakukan kerja sampingan luar biasa, tetapi mampu menjana wang dengan cara mudah dan cepat.
Portal Mirror melaporkan Sweet mengakui mendapat 100 mesej sehari dengan permintaan gambar luar biasa daripada peminatnya.
"Ada sesetengah peminat suka gambar tapak kaki, jari kaki, dan ada yang suka melihatnya dalam kedudukan berbeza."Orang suka tonton saya hancurkan barang seperti raspberi, anggur atau kek dengan jari kaki saya. Malah, ada juga minta saya pijak semut, tapi saya tidak buat untuk apa sahaja benda hidup," katanya.
Menurutnya, permintaan paling pelik adalah daripada seseorang yang meminta Sweet melanggarnya menggunakan kereta miliknya.
"Saya tidak mahu. Itu pasti perkara paling gila yang saya enggan buat.
"Bekerja di hospital, saya fikir ia sangat tidak produktif, beberapa peminat suka gambar memuja kaki, apabila saya bermain dengan kaki di kamera.
"Ada juga minta saya hisap, cium atau jilat jari kaki saya atau minta saya hantar kasut dipakai," katanya.
Sweet berasal dari Portland, Oregon, mengakui pendapatan 'kaki' lebih berbaloi dan mencecah £58,000 (RM308,000) setahun.
"Selepas sebulan melakukan kerja sampingan ini, pendapatan kaki saya lebih lumayan jika dibandingkan sebagai pembantu pembedahan.
"Saya hidup mewah sejak setahun lalu hanya dengan berkongsi gambar kaki comel saya. Saya tidak fikir dapat menjana pendapatan daripadanya," katanya.
Sweet berkata, dia terpesona dengan kaki sejak kecil lagi terutama kaki sendiri."Walaupun saya muda, saya selalu puji kaki orang atau memberi urutan kaki secara rawak kepada rakan sedangkan kebanyakan orang anggap kaki itu pelik."Kemudian, dua tahun lalu, seorang rakan menunjukkan kepada saya ada komuniti seperti saya dalam talian, jadi saya cuba 'menjual' kaki sendiri.
"Saya tubuhkan halaman di Instagram pada Mei 2019 dan mula menyiarkan gambar dan video setiap hari. Saya tidak tahu apa yang saya buat, tetapi melihat laman web lain untuk mendapatkan inspirasi. Beberapa halaman lebih besar berkongsi menjadikan pengikut saya naik mendadak," katanya yang ada 105,000 pengikut di Instagram.-mymetro
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohzarina.blogspot.com/2020/05/jual-gambar-kaki-dalam-talian.html