Jom Sertai Melaka 10km Nkf Charity Fun Run 2023 Berlari Sambil Beramal Pada 21 Mei 2023


JOM SERTAI MELAKA 10KM NKF CHARITY FUN RUN 2023, BERLARI SAMBIL BERAMAL PADA 21 MEI 2023 | Assalammualaikum semua, baru-baru ini Ruby telah hadir ke majlis menandatangani memorandum persefahaman dan kerjasama di antara Persatuan Seniman Malaysia, National Kidney Foundation of Malaysia (NKF), Berryone Solution dan Drug Free Malaysia dalam mengumpul dana untuk NKF. 
Pada masa ini, NKF mempunyai lebih daripada 1,700 pesakit yang menerima rawatan dialisis subsidi di 28 pusat dialisis di seluruh negara. Dianggarkan sebanyak RM26.5 juta yang diperlukan oleh NKF bagi menyediakan rawatan dialisis subsidi dan untuk menjalankan operasi asas secara umum. 
JOM SERTAI MELAKA 10KM NKF CHARITY FUN RUN 2023, BERLARI SAMBIL BERAMAL PADA 21 MEI 2023 

Acara: Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023Tarikh: 21 Mei 2023Hari: AhadMasa: 6 pagi - 11.30 pagiLokasi: Multimedia University Melaka
Penganjur Utama: Berryone SolutionPenganjur Bersama: Multimedia University Melaka, Politeknik Malaysia Merlimau Melaka, Kolej Komuniti Kota Melaka, Universiti Teknologu Mara, Melaka International College if Science and Technology dan Kolej Profesional MARA.Kerjasama Bersama: Persatuan Seniman Malaysia dan Drug Free MalaysiaPenerima Dana: National Kidney Foundation of Malaysia (NKF)
Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 merupakan acara larian untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan buah pinggang. Menjadi tanggungjawab umum untuk mengambil berat tentang kesihatan untuk kehidupan sihat yang baik

Tujuan Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 diadakan adalah sebagai platform mengumpul dana untuk membantu Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia membeli peralatan dan keperluan yang diperlukan oleh pesakit kegagalan buah pinggang. 

Berryone Solution, Drug Free Malaysia, Persatuan Seniman Malaysia dengan kerjasama beberapa Universiti dan Kolej sekitar negeri Melaka akan bekerjasama untuk menjayakan program ini. 

Menurut Encik Encik Dave Koval, Pengarah Urusan Berryone Solution, “Larian amal NKF merupakan acara yang telah dianjurkan oleh Berryone Solution beberapa kali. Objektif adalah untuk mengumpul dana bagi membantu NKF menyediakan peralatan dan bantuan kepada pesakit kegagalan buah pinggang

Kegagalan buah pinggang tidak boleh dikesan dengan secara mata kasar, ia memerlukan pendidikan agar kita menjaga pemakanan dan melakukan senaman harian. Melalui pelajar universiti, kita mula mendidik agar mereka didedahkan tentang kegagalan buah pinggang pada awal usia. Statistik menunjukkan seawal usia 30 tahun ramai mengalami masalah buah pinggang. 
Acara ini terbuka buat semua. Namun, hanya pihak penganjur sahaja membuka booth. Agar program ini berjalan lancar. Semoga larian amal ini dapat memberi pendedahan tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan buah pinggang dan dalam masa yang sama kita dapat mengumpul dana untuk NKF. ” jelasnya


Menurut Encik Zed Zaidi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, “Seniman telah ditubuhkan pada 1974 dan sentiasa memberi sokongan kepada selebriti di Malaysia. Setakat ini seramai 8000 selebriti di Malaysia. Di Seniman, kami ingin mewujudkan hubungan harmoni dan membantu semua. 
Namun, program amal sentiasa menjadi keutamaan kami. Agar dapat membantu mereka yang memerlukan. Kerjasama ini akan kami lakukan dengan penglibatan para selebriti pada hari larian dengan aktiviti di lokasi. Kami juga akan mempromosikan program melalui Persatuan Seniman Malaysia. Semoga dengan kerjasama ini kita dapat membantu mengumpul dana untuk NKF.” jelas beliau. 

Dr. Khai Aziz, Presiden Drug Free Malaysia berkata, “Drug Free Malaysia bekerja rapat dengan AADK, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, kami ingin menyertai program ini untuk memberi kesedaran kepada belia. Salah satu kegagalan buah pinggang adalah pengambilan dadah. Kita akan ke sekolah, universiti untuk mengajak ramai menyertai Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023.” jelas beliau


Dato' S. Subash, Pengerusi Biro Perpaduan Dan Hal Ehwal Antarabangsa, Persatuan Seniman Malaysia berkata, “Penglibatan selebriti pada acara kali ini adalah kombinasi pelbagai bangsa. Kita meriahkan Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 dengan penampilan P. Radhi (remaja P. Ramlee), Adeline Tsen, Sangeeta Krishnasamy dan ramai lagi.”
DAFTAR LARIAN DI APLIKASI VÒMOS
Pendaftaran larian bermula 12 Feb 2023 sehingga 30 April 2023. 2000 pendaftar pertama akan mendapat harga istimewa Early Bird pada harga RM 60. Selepas itu, harga adalah RM 75. Larian ini terbuka untuk semua yang berusia 18 tahun ke atas. Setiap pendaftaran lengkap akan mendapat 
• T-shirt Larian Vòmos Running • Bib • Sijil • Medal bersama Lanyard 

Selain itu, aktiviti menarik turut diadakan sepanjang Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 yang berlangsung dari 6 pagi hingga 11:30 pagi. Apa yang lebih menarik adalah penampilan selebriti tempatan Adeline Tsen, Sangeeta Krishnasamy, Tony Tuah, Syukri Zainal, Azan Scan, Aril Pilus, P. Radhi, Rina Nawi, Norlie Tamam, Nor Arifah Abidin, Sidi Cat, Salman Al Farisi, Dato' S. Subash dan ramai lagi. 


• 10 x Hadiah Wang Tunai untuk Pemenang Setiap Kategori • Cabutan Bertuah 

Jom sertai Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023 melalui aplikasi Vomos Run: https://vomos.page.link/jiTP
NKF: MEMBERI HARAPAN, SELAMATKAN NYAWA
Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) adalah sebuah organisasi amal bukan berasaskan keuntungan yang berdedikasi untuk membantu rakyat Malaysia yang mengalami kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir serta tidak berkemampuan menjalani rawatan dialisis. 
Ditubuhkan pada 1969, NKF berusaha untuk meningkatkan taraf penjagaan yang diperlukan oleh pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan mereka yang menghidap pelbagai penyakit berkaitan buah pinggang.  
Pada tahun 1993, NKF membuka pintu pusat dialisis pertama di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur. Selama bertahun-tahun, NKF telah berkembang dengan pesat dengan sokongan daripada banyak pihak. 
NKF telah meluaskan peranannya daripada sekadar penyedia rawatan dialisis, kepada menjadi pusat sumber negara sehenti untuk semua perkara berkaitan buah pinggang. 
Visi dan misi NKF jelas iaitu menerajui promosi peningkatan kesihatan buah pinggang, pengurusan dan rawatan penyakit buah pinggang. NKF proaktif dalam pendidikan, penyelidikan dan advokasi kesihatan buah pinggang melalui penglibatan, sokongan dan rawatan berkualiti untuk pesakit buah pinggang. 

Menurut Khor Xin Yun, CEO National Kidney Foundation of Malaysia (NKF), “Setiap pesakit perlu menjalani rawatan dialisis selama 4 jam, 3 kali seminggu atau 13 kali sebulan secara purata sepanjang hidup. NKF memberi subsidi sebanyak RM100 setiap kali rawatan atau RM1,300 sebulan bersamaan dengan RM15,600 setahun, berbanding RM46,800 setahun (RM300 setiap sesi) di pusat perubatan swasta. 
Bagi pesakit kurang berkemampuan, walaupun sebahagian kos rawatan dibiayai oleh NKF, namun pesakit perlu memilih untuk mengutamakan antara keperluan asas harian atau melakukan rawatan demi menyelamatkan nyawa. 
Kami tidak boleh melakukannya sendiri, dan kami sangat memerlukan bantuan anda. Jika anda tidak dapat untuk membuat sumbangan secara langsung, sila bantu kami dengan menganjurkan pelbagai projek kutipan dana dan aktiviti. 
Bersama-sama, kita membantu lebih ramai pesakit mendapat manfaat daripada aktiviti penjagaan kesihatan kita. Dengan sumbangan anda dapat membantu kami menyelamatkan nyawa

Mulakan menjaga kesihatan kita dengan gaya hidup sihat seperti menyertai Melaka 10KM NKF Charity Fun Run 2023.” jelasnya

NKF | FACEBOOK | INSTAGRAM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/jom-sertai-melaka-10km-nkf-charity-fun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Nak Ubah Hidup 2023 Nana Mahazan Norman Hakim Dan Tya Ariffin Di Antara 6000 Orang Yang Sertai Nuh2023

Program Nak Ubah Hidup 2023 Nana Mahazan Norman Hakim Dan Tya Ariffin Di Antara 6000 Orang Yang Sertai Nuh2023

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 219 hits
Program Nak Ubah Hidup 2023Program Nak Ubah Hidup 2023 Nana Mahazan Norman Hakim dan Tya Ariffin Di Antara 6000 Orang Yang Sertai NUH2023 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Semua orang inginkan hidup yang lebih baik Tahukah anda 6000 ...
Jom Iftar Bufet Ramadhan Bangi Golf Resort 2023 Juadah Paling Beraneka Dengan Harga Berpatutan

Jom Iftar Bufet Ramadhan Bangi Golf Resort 2023 Juadah Paling Beraneka Dengan Harga Berpatutan

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 335 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah rezeki tahun ini bila dapat jemputan untuk menghadiri Previu Bufet Ramadhan yang dianjurkan oleh Bangi Golf Resort Memandangkan bulan puasa yang mulia semakin menghampiri mesti ramai yang tercari cari menu juad...
Hiburan Ramai Anak Muda Beragama Islam Join Perarakan Kuil Sambil Sorak Vel Vel Mufti Luah Rasa Kecewa Haram Sertai

Hiburan Ramai Anak Muda Beragama Islam Join Perarakan Kuil Sambil Sorak Vel Vel Mufti Luah Rasa Kecewa Haram Sertai

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 148 hits
Baru baru ini kaum India menyambut perayaan Thaipusam dan seperti biasa kuil Batu Caves dipenuhi dengan kehadiran ramai orang bagi memeriahkan hari tersebut Namun rakaman tular di media sosial menunjukkan ramai anak muda beragama Islam yang...
The Class Of 1973 5 Important Bikes Turning 50 In 2023

The Class Of 1973 5 Important Bikes Turning 50 In 2023

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 244 hits
The early 1970s certainly were a golden era of motorcycling Who can deny that the Kawasaki Z1 or H2 the original SOHC CB750 and the Ducati 750 Super Sport of the era aren t icons But the class of 1973 birthed some amazing motorcycles that h...
Aktiviti Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Karnival Kerjaya Myfuture Jobs 2023 Ppim 11 02 2023

Aktiviti Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Karnival Kerjaya Myfuture Jobs 2023 Ppim 11 02 2023

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 183 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Karnival Kerjaya MYFuture Jobs 2023 anjuran PERKESO di Kuala Lumpur Convention Centre Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Mala...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Di Terengganu 2023

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Di Terengganu 2023

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 199 hits
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak di Negeri Terengganu Ramadhan 2023 Bulan ramadhan tahun 2023 bersamaan dengan 1444 Hijrah jatuh pada hari khamis 23 Mac 2023 Tinggal beberapa hari jer lagi sebelum kita memulakan ibadah puasa yang merupa...
2023 Audi E Tron Gt

2023 Audi E Tron Gt

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 240 hits
The 2023 Audi e tron GT is an that is both thrilling to drive and environmentally friendly With a motor on each axle the e tron GT can produce up to 637 horsepower in the top of the line RS model While the vehicle s highway range may not be...
Top 10 Bestseller Jan 2023

Top 10 Bestseller Jan 2023

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah Dah selesai pun bulan Pertama bagi Tahun 2023 Sekarang kita dah melangkah ke bulan yang kedua iaitu Bulan Februari 2023 Sekejap betul masa berlalu kan Seperti biasa pada setiap bulan pihak a...
Indonesia Event Management Summit 2023 Menggali Potensi Ekonomi Industri Event Ri

Indonesia Event Management Summit 2023 Menggali Potensi Ekonomi Industri Event Ri

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 190 hits
IVES tahun ini bertemakan Connecting and Adapting to Elevate dan akan digelar secara hybrid pada 21 22 Februari di Jakarta Convention Center Senayan
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat