Jom Mengundi Kalahkan Pencuri



Jom Mengundi Kalahkan 'Pencuri' | Gendang pilihan raya sudah dipalu. Meskipun dalam kekalutan musim tengkujuh yang boleh mengakibatkan banjir terburuk seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi tidak peduli

Gendang tetap dipalunya juga.
Suka atau tidak, rakyat kini dipaksa menari mengikut rentak paluan gendang Umno. Walaupun ramai yang enggan, Ahmad Zahid tidak mahu peduli.

Dalam banyak keratan-keratan video ucapan Ahmad Zahid, jelas sekali dia menggambarkan bahawa pilihan raya umum (PRU) yang mereka mahukan adalah bagi mengelakkan pendakwaan demi pendakwaan terhadap pemimpin Umno dan BN yang terpalit tuduhan salah guna kuasa serta rasuah

Melalui salah satu keratan video yang tular di media sosial misalnya, tanpa berselindung Ahmad Zahid berkata, PRU ini mesti dijalankan dan mereka perlu menang besar.
Tujuannya: agar dia dan pemimpin BN yang lain dapat disekat daripada dibawa ke muka pengadilan.
Jom Mengundi Kalahkan 'Pencuri'Kesannya, rakyat bengang. Dalam kekalutan kita bersiap siaga untuk banjir, kenapa Ahmad Zahid asyik sibuk mahukan PRU dan asyik sibuk berbincang tentang mengambil alih kuasa?
Makin lama kian terbuka
Wakil rakyat masih ada, kerajaan berjalan seperti biasa, tapi Ahmad Zahid tetap tidak sabar-sabar mahu mengadakan PRU dengan segera.
Yang di-Pertuan Agong juga sudah menitahkan kebimbangan tentang kemungkinan banjir, tentang ramalan cuaca buruk yang bakal melanda untuk sebulan dua.
Tetapi Ahmad Zahid buat tidak tahu saja, tetap juga mahu adakan PRU. Macam orang gila.
Tetapi apabila difikirkan dengan lebih mendalam, sebenarnya memang ada kegilaan pun di situ. Gila kuasa!
Habis dicipta seribu satu alasan tanpa mengambil kira risiko dan dangkal cerekanya. Padahal sudah terang lagi bersuluh bahawa Ahmad Zahid dan Umno mahu adakah PRU adalah demi kepentingan politik peribadi, demi menyelamatkan periuk nasi, dan membebaskan kerak-kerak rasuah yang makin lama makin terbuka, semakin terlondeh.
Ahmad Zahid kepanasan. Kesan daripada tempoh 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, bekas presiden Umno didapati bersalah dan disumbat ke penjara. Isteri Najib Razak juga dapat didakwa dan dibicarakan.
Ahmad Zahid dan pemimpin Umno sedar: keadaan sebegitu tidak boleh diizinkan berterusan. Mereka tahu jika keadaan tidak diubah, akan ada lebih ramai pemimpin Umno-BN akan didakwa dan semasa perbicaraan, akan ada banyak maklumat dilondehkan.
Jom Mengundi Kalahkan 'Pencuri'Lebih mengerikan, kalau hakim mendapati berlaku salah laku dan di hujung sana ada penjara menunggu.
Ini bukan saya yang kata, tapi Ahmad Zahid sendiri yang mengaku dalam ucapannya tempoh hari. Jadi, PRU diharapkan dapat menjadi perisai daripada semua itu daripada berlaku.
Habis tu, kalau banjir macam mana? Andai musim tengkujuh menimpa, bagaimana?
Bagi Umno, lantaklah... asalkan Ahmad Zahid boleh mengambil semula kuasa.
Kalau peratusan keluar mengundi rendah disebabkan kekangan banjir, itu kan lebih baik buat mereka. Johor dan Melaka sudah menjadi kayu ukur. Semakin sedikit rakyat keluar mengundi, semakin cerah peluang buat Ahmad Zahid dan konco-konconya kembali berkuasa.
Azam yang lebih kuat
Ahmad Zahid merancang untuk melepaskan tengkuk sendiri dan tengkuk kawan-kawannya. Kalau peratusan keluar mengundi di sekitar 50 peratus saja nanti, ia adalah khabar yang sangat bagus untuk Ahmad Zahid.
Namun rakyat bukan bodoh. Rakyat tahu. Rakyat bukan alat untuk menghalalkan muslihat dan membiarkan Ahmad Zahid serta gerombolan kawan-kawannya terlepas begitu sahaja.
Justeru rakyat akan keluar mengundi ramai-ramai apabila sampai masanya nanti.
Jom Mengundi Kalahkan 'Pencuri'Kalau pada 2018 dulu rakyat keluar mengundi dengan niat untuk mengalahkan pencuri, kali ini rakyat akan lakukan hal itu dengan keazaman yang lebih kuat.
Rakyat akan keluar mengundi untuk menghalang Ahmad Zahid daripada 'cabut lari'.
Rakyat akan keluar mengundi pada PRU ke-15 ini dengan satu mesej: memilih untuk menzahirkan protes terhadap para pemimpin korup, dan keluar untuk menghalang Ahmad Zahid.
Semua akan mengundi untuk kalahkan 'pencuri'. - mk






BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)

                                                                                Iklan

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2022/10/jom-mengundi-kalahkan-pencuri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laaaa Lgbt Tak Hilang Jugak Lagi Ni Nak Pi Padang Merbok Tang Mana Jom Cari Stadium Mana Mana

Laaaa Lgbt Tak Hilang Jugak Lagi Ni Nak Pi Padang Merbok Tang Mana Jom Cari Stadium Mana Mana

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 230 hits
MOHD AFFENDI ABASZaman Kerajaan Keluarga PAS PN BN Penyanyi LGBT pun dibenarkan buat konsert Inikah Kerajaan Melayu Isle yang dilaung laungkan Mana pergi pejuang RUU 355 Masih menyokong lagi kerajaan ini Ke semuanya dah keluar dari parti Pa...
Pru15 Anak Sarawak Boleh Mohon Igps Pulang Mengundi

Pru15 Anak Sarawak Boleh Mohon Igps Pulang Mengundi

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 233 hits
Anak Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung boleh memohon Inisiatif Graduan Pulang Sarawak untuk pulang mengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Sebelum ini kerajaan negeri itu memperuntukan dana menerusi IGPS bagi
Minum Apa Tu Mat Pencuri Tong Gas Ditahan Sempat Minum Air Hijau Tua

Minum Apa Tu Mat Pencuri Tong Gas Ditahan Sempat Minum Air Hijau Tua

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 193 hits
Tular di TikTok video menunjukkan seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah seorang penduduk untuk mencuri tong gas Suspek sanggup memanjat pagar kediaman itu dan mengambil tong gas kosong sebelum keluar semula melalui kaedah y...
Hiburan Kali Pertama Mengundi Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebelum Keluar Memilih

Hiburan Kali Pertama Mengundi Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebelum Keluar Memilih

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 185 hits
Isnin lalu negara dikejutkan dengan berita pembubaran parlimen sekaligus menandakan satu pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari yang akan datang Difahamkan pihak akan bermesyuarat pada 20 Oktober ini bagi menentukan tarikh Pilihanra...
Memang Ada Akta Lompat Parti Tapi Netizen Dakwa Paknil Hasut Rakyat Untuk Tidak Turun Mengundi

Memang Ada Akta Lompat Parti Tapi Netizen Dakwa Paknil Hasut Rakyat Untuk Tidak Turun Mengundi

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 197 hits
Satu perkongsian daripada personaliti TV terkenal iaitu Aznil Haji Nawawi telah mencuri perhatian netizen di media sosial Twitter semalam Ini berikutan pengacara program Akademi Fantasia itu didakwa netizen seperti mengajak rakyat untuk tid...
Jangan Boikot Pilihan Raya Sebaiknya Keluar Mengundi Kata Fahmi

Jangan Boikot Pilihan Raya Sebaiknya Keluar Mengundi Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 223 hits
October 11 2022 Jangan boikot untuk mengundi kerana mgundi adalah hak rakyat untuk memilih pemimpin menerajui negara kata Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil PETALING JAYA Orang ramai diingatkan supaya tidak memboikot pilihan raya umum yang...
Pru15 Syor Untuk Peratusan Keluar Mengundi Tinggi

Pru15 Syor Untuk Peratusan Keluar Mengundi Tinggi

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 168 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2 0 menyarankan beberapa cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai usaha untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusinya Thomas Fann berkata anta
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization