Jom Jaga Tepi Kain Jiran


Kisah kibar bendera putih bagi yang keputusan makanan semasa pandemik Covid-19 adalah satu lagi episod sedih yang sedang berlaku. Ia berlaku di sekeliling kita. Jika tidak melibatkan kita, ia melibatkan jiran-jiran kita yang sedang diuji dengan kelaparan dan kekurangan harta.

Memanglah dalam hidup, duit bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya perlukan duit. Dengan duit kita memberi nafkah makan, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anak selain melunaskan segala hutang-piutang yang lain.

Kini selepas lebih dua tahun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia bermula 31 Januari 2019, ramai yang makin terdesak. Hidup makin sukar apabila banyak sektor ekonomi terjejas dan ditutup.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pada 21 Julai 2020 meramalkan kira-kira 1.9 juta orang di negara ini akan hilang pekerjaan menjelang hujung tahun 2020.

Lebih membimbangkan, ia turut membabitkan golongan profesional.

Kesukaran yang dialami boleh dibayangkan. Jika ada simpanan pun tetapi selepas lebih setahun diberhentikan kerja dan masih menganggur, berapa ramai yang mampu bertahan?

Mungkin ibu bapa boleh menahan selera makan sajian mewah tetapi bagaimana pula anak-anak yang masih kecil yang terliur misalnya apabila melihat KFC? Realitinya, usahkan KFC nak beli lauk harian pun perit.

Apa tidaknya, harga ikan kembung di Lembah Klang misalnya RM20 sekilogram. Lauk paling murah adalah ayam, kira-kira RM7 sekilogram.

Di sinilah, jiran boleh membantu. Islam amat memberi perhatian kepada peranan jiran dalam hidup bermasyarakat. Memanglah dalam hidup ini, ada yang Allah beri keluasan rezeki dan ada yang diuji dengan kekurangan rezeki. Yang terbaik, mereka yang diberi kelebihan rezeki, bantulah jiran yang memerlukan.

Jiran mencakupi semua sama ada yang Muslim dan kafir, orang taat beribadat dan orang fasik, teman atau musuh, orang asing dan pribumi, orang baik dan orang jahat, saudara dan bukan saudara, yang paling dekat rumahnya atau yang berjauhan. Ini dijelaskan menerusi Rasulullah SAW yang bermaksud: Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga. (Riwayat Abu Daud)

MENGANGGUR
Perlu kita mengambil sikap jaga tepi kain jiran. Jika kita tahu ada yang sudah berbulan-bulan diberhentikan kerja, masih menganggur dan mempunyai tanggungan yang ramai, usah banyak soal. Aturkan bantuan baik dalam bentuk wang tunai atau barang-barang keperluan.

Bantu semampunya. Tidak salah jika kita tubuhkan pasukan atau pakatan bersama beberapa jiran lain untuk membantu agar jumlah bantuan yang lebih besar dapat disalurkan.

Sedar atau tidak, situasi ini juga menguji mereka yang diberi kelebihan harta, sejauh mana mereka beriman dengan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:⁣ “Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan.” (Riwayat al-Tabarani)

Adakah kita mengaku sudah beriman tetapi tewas dengan ujian dengan sedikit harta yang Allah kurniakan? Jangan kita jadi orang yang tidak ada perasaan atau belas ihsan terhadap apa yang menimpa jiran dan saudara-saudara kita. Rezeki itu daripada Allah dan ia boleh ditarik pada bila-bila masa jika kita kufur dan tidak bersyukur.

Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (al-Baqarah: 214)

Selain itu, apabila masak makanan, lebihkan sedikit supaya boleh dikongsi dengan jiran-jiran yang terkesan ekoran pandemik Covid-19. Budaya tolong-menolong suatu ketika dahulu perlu disuburkan kembali. Lebih-lebih lagi jika masakan itu terhidu oleh jiran kita.

Ini amat disarankan oleh Islam sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Abu Dzar r.a (sahabat Nabi): “Hai Abu Dzar, jika engkau memasak kuah, maka perbanyaklah airnya, kemudian berikan kepada tetanggamu.” (Riwayat Bukhari)

PENGEMIS
Jangan pula kita lupa kepada mereka yang tidak pernah menceritakan kepayahan dan kesukaran hidup yang dilalui. Bantulah juga golongan begini yang dapat kita kesan kesulitan mereka hasil sedikit risikan yang dilakukan.

Sebabnya, kita digalakkan untuk memberikan sedekah kepada mereka yang tidak meminta-minta. Ia dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak.” (al-Baqarah: 273)

Mereka ini adalah golongan yang tidak mahu meminta kepada orang lain dengan cara mendesak sebagaimana yang dilakukan oleh para pengemis.

Tidak dinafikan banyak pihak baik pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan-jabatan agama Islam negeri dan orang perseorangan yang tampil membantu. Antaranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melalui program Gerobok Rezeki (barang asas dapur) dan Dapur It’am (makan tengah hari).

Sebanyak 132 masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terlibat dalam program Gerobok Rezeki manakala 69 lagi masjid dan surau Jumaat yang terlibat dalam Dapur It’am.

Jumlah keseluruhan untuk dua inisiatif itu setakat Jun lalu adalah lebih RM4 juta. Tahniah dan syabas kepada Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Tidak dilupakan terima kasih kepada para pembayar zakat!

Oleh: Mohammad Radzi Mohd Zin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/jom-jaga-tepi-kain-jiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Setia Jaga Sahabat Terlantar Hingga Akhir Hayat Jiran Katil Sebelah Rakam Amp Hantar Pada Keluarga

Video Setia Jaga Sahabat Terlantar Hingga Akhir Hayat Jiran Katil Sebelah Rakam Amp Hantar Pada Keluarga

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 256 hits
Memiliki sahabat yang ada bersama sama semasa susah dan senang kita merupakan satu rezeki buat kita Bertapa bertuahnya jika anda memiliki sahabat yang sentiasa ada bersama sama sehingga ke hujung nyawa Begitu juga dengan kisah yang dipetik ...
Jiran Tanya Khabar Lepas Jemur Kain Putih

Jiran Tanya Khabar Lepas Jemur Kain Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 246 hits
PETALING JAYA Perkongsian seorang wanita dikunjungi jiran selepas kira kira 40 minit menjemur kain lap berwarna putih mencuit hati netizen hari ini yang menyifatkan peristiwa itu mencerminkan kejayaan kempen bendera putih Pemilik akaun Face...
Bergilir Gilir Mereka Jaga Mereka Sampai Rakyat Mampus

Bergilir Gilir Mereka Jaga Mereka Sampai Rakyat Mampus

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 199 hits
KAK IDA ABDULLAH Jika salah satu terpilih bagi menggantikan PM9 yang derhaka maka rakyat kena sedarlah semuanya sandiwara sahaja Bersedialah rakyat sekelian untuk derita sehingga PRU15 dipimpin mereka yang tiada halatuju selain dari sekat A...
Kecewa Dengan Pembahas Suara Akar Umbi Di Sabotaj Demi Jaga Nama Seekor Unta Tua

Kecewa Dengan Pembahas Suara Akar Umbi Di Sabotaj Demi Jaga Nama Seekor Unta Tua

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 282 hits
KUANTAN Suara akar umbi disabotaj demi jaga nama seekor unta tua demikian satu lagi kenyataan panas yang dibuat oleh ahli Parti Keadilan Rakyat Pahang Wan Fauzuldin Wan Samad di hari ini Beliau yang juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Paya...
Ibu Ayah Kena Jaga Pertuturan Depan Anak Kalau Anak Dah Terikut Susah Nak Ubah Nanti

Ibu Ayah Kena Jaga Pertuturan Depan Anak Kalau Anak Dah Terikut Susah Nak Ubah Nanti

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 362 hits
Sebagai ibu bapa anda pasti mengalami kejutan apabila mendengar percakapan anak yang tidak sepatutnya Itu impaknya jika anda tidak menjadi contoh teladan terbaik buat mereka Ibu bapa jadi contoh teladan Setiap ibu bapa akan berfikir tentang...
Adik Buka Mata Dia Terus Muncul Semangatnya Kakak Aafiyah Jaga Adik Melekat 24 Jam

Adik Buka Mata Dia Terus Muncul Semangatnya Kakak Aafiyah Jaga Adik Melekat 24 Jam

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 284 hits
Melihat gelagat puteri sulung kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza Aafiyah sememamgnya cukup menghiburkan Ada sahaja yang dilakukannya lebih lebih lagi melihat gelagat Aafiyah sejak ada adik Bukan hanya melekat 24 jam dengan adik bahkan Aaf...
Berangan Nak Buat Istana Pasir Tepi Pantai 2 Bahan Ringkas Ni Buat Anak Seronok Main Pasir

Berangan Nak Buat Istana Pasir Tepi Pantai 2 Bahan Ringkas Ni Buat Anak Seronok Main Pasir

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 401 hits
Buntu nak buat aktiviti dengan anak anak di rumah Apa kata kita DIY pasir homemade pula untuk anak anak bermain Barulah anak tak bosan berada lama sepanjang PKP ini Mama buatkan sahaja pasir homemade dari dua bahan yang dikongsikan oleh ibu...
Tanam Capsicum Dalam Pasu Buah Elok Subur Montel Cambah Benih Tepi Singki Saja

Tanam Capsicum Dalam Pasu Buah Elok Subur Montel Cambah Benih Tepi Singki Saja

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 555 hits
Bila tengok hasil capsicum Fakriyah Hanafi ini memang geram Montel buahnya dan subur walau tanam dalam pasu
Cikgu2 Lawat Pelajar Sedih Lihat Duduk Bawah Jambatan Tepi Sungai

Cikgu2 Lawat Pelajar Sedih Lihat Duduk Bawah Jambatan Tepi Sungai

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 298 hits
Ketika pandemik ini baru kita lihat dengan lebih jelas bahawa sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang hidup susah Pelbagai ujian ditempuhi bersama keluarga dengan sabar dan berazam akan ada sinar untuk mereka Hal ini dapat dilihat nbsp meneru...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm