Jika Wahabi Menerajui Islam Beliau Bimbang Konflik Lebih Besar Di Malaysia


Yang berikut ini adalah ringkasan berita laporan akhbar online Free Malaysia Today yang merakamkan analisa dan pendapat Dr Mohd Mizan Mohd Aslam Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia di Universiti Malaysia Perlis berkenaan fahaman Wahabi di Malaysia.  Sila perhatikan komentar saya pada penghujungnya.




Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia, Mohd Mizan Mohammad Aslam

Individu berfahaman Wahabi tak sesuai jadi mufti, kata ahli akademikFaiz Zainudin -  May 17, 2020 

pensyarah UniMAP kata Wahabi tidak sesuai di M'siaapatah lagi untuk mengalas jawatan mufti
Pengarah MyRISS Mohd Mizan Mohd Aslam mengulas pelantikan mufti pro-WahabiBeliau kata fahaman Wahabi tidak sesuai dengan normal Islam boleh menjurus kepada perpecahan yang lebih besar
pemilihan mufti perlu dibuat dasarkan kelayakan, ilmu 
kepentingan negara harus mengatasi kepentingan peribadijuga fahaman majoriti lebih perlu dipelihara oleh negara
K'jaan harus bijak buat keputusan yang beri keselesaan kepada semua fahaman Jika pelantikkan datangkan mudarat maka haruslah dielakkan katanya kepada FMT
Sebelum ini, FMT laporkan komuniti tradisional tidak senang dengan Wahabi

Mizan kata Wahabi merupakan fahaman minoriti dan bertentangan Sunnah
Jika Wahabi menerajui Islam beliau bimbang konflik lebih besar di M'siaJurang perpecahan akan membesar akhirnya negeri majoriti Sunnah akan melakukan penentangan senyap mahupun terbukaakhirnya bakal bawa kerosakan yang berlaku di kebanyakan negara luar
fahaman luar yang ditolak majoriti Islam sedang cuba dikembangkanbakal merosakan sistem beragama dan bernegara,” katanya.
Beliau menambah Wahabi boleh ganggu raja berperlembagaan, demokrasiNanti ketidakstabilan politik bawa kesan besar kepada ekonomi, masyarakat
Cukuplah dengan masalah ekonomi, Covid-19 dan ekstremis yang ada katanya 


My comments :  

Soalan : 

1. Siapakah pengasas fahaman Wahabi di Arab Saudi pada abad ke 20 ?2. Siapakah pencetus pembangkitan fahaman wahabi di Arab Saudi pada 1979 ?

Fahaman Wahabi di semenanjung Arab ini kononnya diterajui oleh seorang makhluk arab bernama Muhammad ibn Abdul Wahab (1703 - 1792).  Ini adalah cerita sahaja. 
Kita tidak mempunyai sejarah yang bertulis atau tulisan yang sahih daripada tangan Muhammad ibn Abdul Wahhab ataupun daripada zaman Abdul Wahab untuk mengesahkan ajarannya atau fahamannya.  
ibn Abdul Wahab ia itu pengasas fahaman Wahabi di tanah Arab itu "dikatakan"  telah meninggal dunia pada tahun 1792 ia itu 228 tahun lalu.  Walaupun fahaman Wahabinya dikenali kalangan badui padang pasir bukan kesemua penduduk Arab menerima fahaman Wahabi itu.
Sebaliknya "sejarah" mereka sendiri menyatakan bahawa ibn Abdul Wahab merayau dari satu tempat ke tempat lain di padang pasir Arab kononnya untuk mengajar fahaman wahabinya.  Dan Ibn Wahab tidak meninggalkan sebarang buku kajian yang ditulisnya. Beliau tidak meninggalkan sebarang institusi, university atau madrasah yang mewarisi 'fahaman wahabinya'. 
Yang lebih menarik ialah ibn Wahab telah menjalinkan hubungan dengan sebuah keluarga perompak dan pencuri yang bernama al Saud.  Tetapi di kalangan badui padang pasir ketika itu perbuatan menyerang kabilah (caravan raiding) itu tidak dilihat sebagai merompak dan mencuri. Caravan raiding memang menjadi kelaziman budaya arab padang pasir.
Cuma ibn Wahhab menggunakan 'trick' atau helah yang simple bagi menghalalkan kaum ibn Saud mencuri dan merompak harta kabilah lain. 
ibn Wahhab telah membuat fatwa bahawa sesiapa pun yang bukan daripada fahaman Wahabi adalah kafir. Jika mereka bukan kafir maka darah, kepala, harta dan wanita mereka semua adalah halal.
Maka terbentuklah "business partnership" antara puak wahabi dan al Saud. Seorang itu memfatwakan sijil halal dan seorang lagi gunakan sijil halal itu untuk membunuh dan merompak kabilah padang pasir. Dan hasil pendapatan perompakan itu pun diagihkah sesama mereka semua.   
Tetapi business partnership merompak ini telah menarik perhatian pemerintah Khalifah Uthmaniyyah di Istanbul. Maka Khalifah Uthmaniyyah pun terpaksa menghantar pasukan tentera untuk menangkap atau membunuh puak perompak al Saud. Berikut adalah sedikit sejarah nya:
1811 - When al Saud’s torture of the Muslims and insults towards Islam reached an unbearable severity in 1811,  the Caliph of the Muslims, Sultan Mahmud Khan ‘Adli II sent a written order to the Governor of Egypt, Muhammad ‘Ali Pasha to punish the bandits.
Dan seterusnya pada 1815 ketua keluarga al Saud ketika itu ia itu Abdullah ibn Saud telah ditangkap oleh tentera Khalifah Uthmaniyyah dan dibawa pulang ke Istanbul di mana Abdullah al Saud telah dibunuh dan mayatnya digantung di pintu gerbang Istana Topkapi di Istanbul. 
Abdullah ibn Sa’ud and his accomplices were (captured and) sent to Istanbul. These ferocious bandits, who had murdered thousands of Muslims were hung in front of a gate of the Topkapi Palace. 
Siapa yang minat baca lagi al kisah mereka, sila klik di sini :
https://neosalafism.wordpress.com/2007/06/27/the-ottomans-defeats-wahabis/
Jadi ingat baik-baik ya - pada tahun 1792 Ibn Abdul Wahhab (ia itu kononnya pengasas fahaman Wahabi) telah meninggal dunia. 
23 tahun kemudian pada 1815, business partnernya ia itu Abdullah ibn al Saud telah di hokum bunuh oleh Khalifah Uthmaniyyah di Istanbul. 
Selepas kematian kedua hero ini,  tanah Arab tidak lagi mendengar berkenaan fahaman Wahhabi ataupun nama al Saud - sehingga abad ke 20 selepas kemunculan seorang lagi ahli al Saud bernama Abdul Aziz ibn al Saud, pengasas keluarga al Saud zaman moden. 
Pada tahun 1902 Abdul Aziz ibn Saud telah menawan sebuah "kampong" yang bernama Riyadh. Aziz telah menawan kampong itu dengan menggunakan "tentera" seramai 60 orang sahaja (saiz satu platun sahaja). Jelas sekali bahawa ianya hanya pergaduhan style kampong. 
Tetapi soalan di atas masih belum dijawab :   
1. Siapakah pengasas fahaman Wahabi di Arab Saudi pada abad ke 20 ?
Secara ringkas antara nama mereka adalah :
I. Harry Saint John Philby atau pun Sheikh Abdullah (setelah "masuk Islam"). 
Harry Saint John Philby adalah seorang ahli perisik British yang menjadi penasihat terdekat dan sangat dipercayai oleh Raja Abdul Aziz ibn al Saud, pengasas Arab Saudi moden. 

Harry St John Bridger Philby, CIE, also known as Jack Philby or Sheikh Abdullah, was a British Arabist, adviser, explorer, writer, and colonial office intelligence officer.

ii.  Orang yang kedua adalah "boss" Harry St John Philby yang juga menjadi "mentor"nya di tanah Arab ia itu seorang wanita bernama Gertrude Bell yang juga perisik British. 
Dalam gambar ini Harry Philby di sebelah kiri dan Gertrude Bell di sebelah kanan. 






Sejarah hidup Gertude Bell dan St John Philby dan kerjaya mereka sebagai agen perisik British di Timur Tengah terlalu menakjubkan. Pertama sekali mereka adalah sangat terpelajar (kelulusan Cambride atau Oxford).  Mereka fasih bercakap pelbagai bahasa. St John Philby boleh bertutur bahasa Urdu, Hindi, Punjabi, Baluchi, Parsi dan Arab dengan fasih. 
'Adventure' dan 'exploit' mereka di keseluruhan kawasan Timur Tengah (bermula dari India yang pada masa itu bersempadan dengan Persia atau Iran) sehingga ke Asia Tengah (Armenia, Azerbaijan dsbnya) dan keseluruhan tanah Arab  adalah sangat menarik sekali dan mencerminkan keberanian dan focus mereka mencapai sasaran strategic imperialis British. 
Gertrude Bell contohnya wanita yang sangat berani merentas padang pasir menaikki unta di temani satu atau dua orang pembantu sahaja. St John Philby telah meneroka kawasan padang pasir Empty Quarter di semenanjung Arab yang belum pernah dilalui orang Barat sebelum itu.  
Pada zaman pengaruh mereka sedang memuncak di tanah Arab (awal abad ke 20) minyak masih belum dijumpai di semenanjung Arab.  Pengeluaran minyak Arab Saudi hanya bermula pada tahun 1938. 
Fokus perisik British pada masa itu lebih kepada melawan dan membendung Khalifah Uthmaniyyah Turki yang telah mengalahkan tentera British di Perang Gallipoli dan perang Dardanelles sewaktu Perang Dunia I (1914-1918). Strategi British adalah untuk mencetuskan pemberontakan orang Arab dan Palestin melawan Khalifah Uthmaniyyah. Strategi British ini sangat berjaya sebab semua wilayah Arab akhirnya telah keluar daripada jajahan Uthmaniyyah.

Atas sebab-sebab tertentu Abdul Aziz ibn Saud (yang bukan Quraysh) dan penyokong Wahabinya telah menjadi calon pilihan British untuk menerajui perancangan imperialis British di tanah Arab.  Pada satu ketika sebelum itu British telah lebih cenderung kepada keluarga Sheriff Hussein ia itu "penjaga"  Kaabah yang juga keturunan Quraysh.  Tetapi Sheriff Hussein tidak begitu 'cooperative' dengan British dan akhir sekali Sheriff Hussein di tolak ke Jordan di mana keluarganya menjadi raja Jordan hingga ke hari ini. 
Untuk lebih mendampingi Abdul Aziz ibn Saud, St John Philby juga telah  "memeluk Islam" mazhab Wahhabi dan diberi nama baru "Sheikh Abdullah" oleh Ibn Saud. Seterusnya Ibn Saud telah "hadiahkan" seorang hamba anak dara berusia 16 tahun kepada saudara barunya Sheikh Abdullah.  

Tetapi mengikut penulis Barat, Harry St John Philby sebenarnya adalah seorang atheist dan juga bersimpati terhadap fahaman Marxist. Contohnya bila Philby meninggal dunia di Beirut pada tahun 1960 anak lelakinya bernama Kim Philby sedang bertugas di Beirut sebagai seorang wartawan dan agen perisik British juga.  Tetapi anaknya Kim Philby sebenarnya adalah 'double agent' bagi komunis Rusia (Soviet Union) dan juga atheist seperti ayahnya.  Maksudnya, bagi St John Philby mendampingi Wahhabism dan keluarga ibn Saud, memeluk Islam dsbnya hanya untuk menjayakan mainan strategic British. 
Fast forward ke hari ini di mana kekayaan minyak telah digunakan untuk membina kota raya Riyadh yang besar dan luas.  Di Riyadh sebuah kubu kecil al Masmak yang ditawan oleh Abdul Aziz ibn Saud pada tahun 1902 dengan gerombolan satu platun 60 orang samseng kampong telah dibina semula menjadi kubu gergasi yang hari ini menjadi sebahagian daripada 'pusat pembuatan sejarah sahih ibn Saud dan Wahhabi'. 

Mereka manufacture atau mengada-adakan sejarah sahih keluarga ibn Saud dan sejarah puak Wahabi.  Sebenarnya mereka hanya  seperti  haiwan belaan British - hingga hari ini.

Soalan kedua :  
2. Siapakah pencetus pembangkitan fahaman wahabi di Arab Saudi pada 1979 ?
Jawapannya adalah makhluk kurang siuman dalam gambar ini : Juhayman  al Otaybi yang telah dihukum pancung sedikit selepas gambar ini dirakamkan.



Pada musim haji 1979 (saya berusia 19 tahun pada waktu itu dan saya masih ingat mendengar berita peristiwa penyerangan terhadap Kaabah dalam TV) Juhayman al Utaybi telah mengetuai hampir 500 orang pengganas Wahabi untuk menyerang dan menawan Kaabah dan Masjidil Haram. Juhayman dan gengnya telah berjaya menawan Kaabah dan Masjid Haram untuk tempoh 14 hari. Akhir sekali kumpulan Juhayman telah ditewaskan oleh tentera Arab Saudi dengan bantuan tiga orang penasihat  komando  Perancis.

Juhayman al Utaybi telah berguru dengan seorang syeikhul Wahabi bernama Syeikh Abdul Aziz Bin Baz yang akan lebih dikenali dunia Islam sebagai Syeikh bin Baz,  Imam Besar Masjid Haram di Mekah. 

Juhayman berfahaman bahawa keluarga pemerintah al Saud telah tergelincir daripada landasan asas mazhab Wahabi. Maka dia bertekad menawan Kaabah dan Masjid Haram untuk menggulingkan bukan saja kuasa politik al Saud tetapi untuk menghapuskan konsep pemerintahan diraja. 

Kesilapan besar Juhayman adalah dia telah membawa bersama kumpulan pengganasnya seorang sahabatnya bernama Mohamed Abdullah al Qahtani yang Juhayman telah lantik sebagai Imam Mahdi. 

Walaupun Juhayman adalah bekas askar tentera Saudi beliau tidak mahir membaca dan menulis kecuali membaca kitab-kitab simple fahaman Wahabi.  Oleh itu fahaman Juhayman amat terhad berkenaan cara efektif untuk menjayakan serangannya. Sebagai 'end game' untuk menjayakan serangannya Juhayman berfikiran bahawa jika dia 'declare' sahabatnya Abdullah al Qahtani itu sebagai Imam Mahdi maka bukan saja penduduk Mekah tetapi seluruh umat Islam akan menyokong serangannya melawan raja al Saud. 

Tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah yang sebaliknya. Penduduk Mekah dan rakyat Arab Saudi telah melupakan perasaan takut yang awal dan bertukar ketawakan Juhayman  dan al kisah Imam Mahdi yang dibawanya.  Di negara Islam lain seperti Pakistan umat Islam yang tidak percaya cerita Imam Mahdi telah menyerang dan membakar kedutaan Amerika sebagai dalang disebalik serangan Kaabah.  Mereka memang tunggu peluang untuk melepaskan dendam dan cerita bodoh Imam Mahdi memberi alasan untuk membakar kedutaan Amerika. 

Satu lagi bencana yang menimpa Juhayman ialah pada hari yang ketiga   sahabatnya Abdullah al Qahtani (Imam Mahdi) terbunuh terkena tembakan. Maka 500 ahli geng Juhayman pun patah semangat secara kronik kerana dalam sangkaan mereka Imam Mahdi mereka adalah maksum dan akan memimpin dunia hingga ketibaan Nabi isa dan hari kiamat. 





So pendek kata, Juhayman dan 63 sahabtnya pun kena pancung. 

Tetapi bagi keluarga di raja al Saud pula peristiwa serangan Kaabah oleh Juhayman al Utaybi berserta 500 orang pengganas Wahabi  memberi amaran Kad Merah yang sangat jelas. Lampu merah sudah menyala  bagi keluarga al Saud. 

Siasatan polis mendapati bahawa Juhayman al Utaybi dan gengnya seramai 500 orang menerima bantuan lojistik dan kewangan, bantuan membeli senjata dan bahan letupan daripada ramai 'penyokong' termasuk keluarga yang kaya dan berpengaruh di Arab Saudi.

Maksudnya perasaan marah dan benci Juhayman al Utaybi turut dirasai oleh ramai orang lain di Arab Saudi. Maka keluarga diraja al Saud telah mengambil keputusan untuk mengubah haluan Arab Saudi daripada keterbukaan terhadap Barat dan pemodenan (yang sedang berlaku pada tahun 1970an) dan bertukar menjadi konservatif ala Wahabi.

Sheikh Abdul Aziz bin Baz guru dan mentor kepada Juhayman al Utaybi telah diberi pelbagai anugerah untuk menghargai "sumbangan beliau kepada Islam". Bukan saja bin Baz jadi Imam Masjid Haram tetapi pada 1993 beliau dilantik menjadi Mufti Arab Saudi. Pada tahun 80an dan 90an  Bin Baaz menjadi ideologue yang sangat berpengaruh bagi seluruh dunia Wahhabi.

Salah seorang "pengikut" bin Baz adalah Abdullah Yusuf Azzam yang telah menjadi pengasas Al Qaeda (yang kemudian diambil-alih pimpinannya oleh Osama bin Laden).  

Tuan-tuan topik ini adalah sangat luas dan saya cadangkan kepada tuan-tuan terutamanya penyokong wahabi, meluangkan sedikit masa untuk mengkaji latar belakang Gertrude Bell, Harry Saint John Philby, TE Lawrence, Captain William Henry Irvine Shakespear dan serupanya yang mempunyai peranan besar menghidupkan semula fahaman Wahabi untuk tujuan politik mereka.  
Jangan telan atau  jual air liur sahaja tanpa siasat sejarah puak-puak ini.Posted by Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/05/jika-wahabi-menerajui-islam-beliau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerak Malaysia Plus Jangka Lebih 300 000 Kenderaan Di Semua Laluan Lebuh Raya

Gerak Malaysia Plus Jangka Lebih 300 000 Kenderaan Di Semua Laluan Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR 6 Mei PLUS Malaysia Berhad menjangkakan lebih 300 000 kenderaan pemohon Gerak Malaysia akan bergerak di seluruh negara termasuk di rangkaian Lebuhraya PLUS bermula esok sehingga Ahad Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail berkat...
Saiz Peta Assassin S Creed Valhalla Lebih Besar Dari Odyssey

Saiz Peta Assassin S Creed Valhalla Lebih Besar Dari Odyssey

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 300 hits
Siri Assassin s Creed baharu Valhalla disahkan akan mempunyai saiz peta lebih besar dari Odyssey mengikut dari Penerbit Ubisoft Julien Laferri re Ditemu ramah oleh YouTuber Julien Chi ze Laferri re menyatakan saiz peta Valhalla lebih besar ...
Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Ahad Ini

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Ahad Ini

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 483 hits
PENYIMPAN Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad KUALA LUMPUR Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini...
Bintang Mu Paul Pogba Merasa Lebih Damai Memeluk Islam

Bintang Mu Paul Pogba Merasa Lebih Damai Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 309 hits
Bintang Manchester United Paul Pogba merasa lebih berdamai dalam dirinya sendiri setelah memeluk Islam Tahun lalu Pogba sempat mencuri perhatian terutama dari para fan muslim Tepatnya bulan Ramadan tahun lalu mantan gelandang Juventus itu m...
Microsoft Surface Go 2 Hadir Dengan Paparan Lebih Besar Dan Cpu Lebih Berkuasa

Microsoft Surface Go 2 Hadir Dengan Paparan Lebih Besar Dan Cpu Lebih Berkuasa

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 266 hits
Apabila tablet Microsoft Surface Go dilancarkan sekitar dua tahun lalu ia adalah satu satunya peranti Surface mampu milik yang hadir dengan spesifikasi yang mencukupi untuk melakukan tugas tugas ringkas setiap hari Bersama sama dengan pengu...
Gaya Skrin Bateri Lebih Besar Huawei Y6p Boleh Dimiliki Dengan Harga Rm559 Sahaja

Gaya Skrin Bateri Lebih Besar Huawei Y6p Boleh Dimiliki Dengan Harga Rm559 Sahaja

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 527 hits
Macam nice je kalau dapat satu small Cover image via HUAWEI Malaysia span span small i Artikel ini ditaja oleh HUAWEI i p Mencari telefon pintar yang menepati cita rasa memang tak mudah Lagi lagi buat anda yang inginkan telefon berskrin dan...
Feqah Nasihat Emas Dari Imam Syafi I Islam Fiqh Ramadan Ramadhan Ramadhankareem Malaysia

Feqah Nasihat Emas Dari Imam Syafi I Islam Fiqh Ramadan Ramadhan Ramadhankareem Malaysia

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 417 hits
NASIHAT EMAS DARI IMAM SYAFI I 1 Bila kau tak mau merasakan lelahnya belajar maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan 2 Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah kalau Allah saja ia tinggalkan apalagi kamu 3 Barangsiapa yang mengingin...
5939 Terkini Zero Hunger Bantu Lebih 9 000 Ribu Keluarga Susah Sepanjang Pkp Malaysia Gazette Tv 06 05 2020

5939 Terkini Zero Hunger Bantu Lebih 9 000 Ribu Keluarga Susah Sepanjang Pkp Malaysia Gazette Tv 06 05 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 511 hits
CYBERJAYA Atas dasar tanggungjawab untuk memastikan tidak ada keluarga dari kalangan B40 khususnya yang mempunyai pendapatan harian terputus bekalan maka Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Malakat Mall menggunakan platform Zero Hunger un...
Ketua Dmi Jusuf Kalla Imbau Umat Islam Bayar Zakat Lebih Awal

Ketua Dmi Jusuf Kalla Imbau Umat Islam Bayar Zakat Lebih Awal

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 367 hits
JK juga meminta masyarakat untuk lebih peka dan saling membantu terhadap sesama yang membutuhkan khususnya bagi umat Islam di bulan Ramadhan sebagai upaya untuk mengumpulkan pahala
Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir Feby Putri Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok

Jadi Hanya Ada Bukan Hidup Ibu Malaysia Berhutang Rm100k Dengan Along Untuk Bayar Hutang Kad Anak