Jika Dulunya Kita Melihat Peristiwa Ini Diluar Negara Kini Dinegara Kita Deretan Jenayah Dibawa Ke Perkuburan


 
Deretan van jenazah bawa jenazah Covid-19 di perkuburan Seksyen 21. Keadaan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat sini tidak seperti hari biasa apabila deretan van jenazah dilihat keluar masuk ke kawasan tersebut bagi proses pengebumian dipercayai melibatkan jenazah pesakit COVID-19.

Suasana pilu dirasai di luar kawasan tanah perkuburan tersebut dengan kedengaran tangisan serta alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh waris-waris jenazah yang setia menunggu sejak 4.30 petang tadi.

Deretan enam buah van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) diiringi anggota polis dilihat tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan itu pada 7.40 malam, disusuli ketibaan enam lagi jenazah dibawa oleh pasukan sama pada 9.20 malam.

Media difahamkan (dari seorang daripada penggali kubur di tanah perkuburan itu), sejak pagi hingga 5 petang tadi sebanyak 14 van jenazah pesakit COVID-19 telah selesai dikebumikan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Para wartawan dan jurugambar yang telah menunggu sejak petang tadi juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan tersebut.

Sementara itu, seorang anak kepada jenazah yang dikebumikan, Irwan Tukiman, 39, berasa terkilan kerana tidak dapat menyempurnakan pengebumian bapanya Tukiman Roslan, 75, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 7.52 pagi, Rabu lepas.

“Arwah bapa saya dimasukkan ke hospital sejak 4 Julai lepas akibat komplikasi pernafasan dan kurang tenaga kerana tiada selera makan. Arwah juga mempunyai kencing manis, darah tinggi serta kanser kelenjar air liur tetapi tidak menjalani kimoterapi.

“Saya hanya sempat membuat panggilan video dengan arwah sehari sebelum arwah meninggal dan ketika itu bapa boleh duduk dan tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia akan pergi selamanya” katanya kepada pemberita.

Irwan berkata 12 ahli keluarganya, termasuk arwah bapanya yang berasal dari Batu 10, Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, dijangkiti COVID-19 dan sebahagian daripada mereka ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang manakala arwah ditempatkan di HTAR.

Sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 12,541 kes positif harian direkodkan seluruh negara hari ini di mana Selangor masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 5,512 kes.
Sebanyak 53 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,264 kes kematian di Selangor.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/jika-dulunya-kita-melihat-peristiwa-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 632 hits
The Women Family and Community Development Ministry has provided three additional telephone numbers to facilitate applications for the Bakul Prihatin Negara aid launched by Prime Minister Muhyiddin Yassin on July 15 Its minister Rina Mohd H...
Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka

Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 275 hits
Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melaksanakan inisiatif Permohonan boleh dilakukan menerusi empat kaedah Warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan ini boleh memilih mana man...
Pkpd Temerloh Jaya Kali 2 Kini 14 Lokaliti Dalam Temerloh Dikenakan Pkpd Bermula 24 Julai Ini

Pkpd Temerloh Jaya Kali 2 Kini 14 Lokaliti Dalam Temerloh Dikenakan Pkpd Bermula 24 Julai Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 372 hits
Siapa sangka selepas sebulan kini Taman Temerloh Jaya kembali semula dalam status PKPD TJ antara 14 lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuat kuasa 24 Julai hingga 6 Ogos 2021 Pelaksanaan ini diumumkan oleh T...
3 Hari Setelah Ditinggal Sang Istri Anwar Fuady Kini Kehilangan Putra Sulung Karena Covid 19

3 Hari Setelah Ditinggal Sang Istri Anwar Fuady Kini Kehilangan Putra Sulung Karena Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 155 hits
Ikhlas atas kepergian orang orang yang dicintainya Anwar tetap merasa limbung ditinggal sang istri yang sudah menemaninya selama 50 tahun terakhir
E Baucer Makanan Kfc Untuk Mahasiswa Johor Permohonan Kini Dibuka

E Baucer Makanan Kfc Untuk Mahasiswa Johor Permohonan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 339 hits
Yayasan Pelajaran Johor hari ini mengumumkan permohonan bagi e Baucer makanan KFC bernilai RM20 kini dibuka sehingga 31 Julai 2021 Insentif sumbangan ini merupakan antara bentuk bantuan kerajaan Negeri Johor melalui Pakej Ransangan Ekonomi ...
Alhamdulillah Fazura Kini Bertudung Fattah Amin

Alhamdulillah Fazura Kini Bertudung Fattah Amin

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 408 hits
Alhamdulillah Fazura kini bertudung KUALA LUMPUR Alhamdulillah itu saja saya boleh cakap Itu reaksi pelakon dan penyanyi Fattah Amin ketika mengulas pertanyaan mengenai penampilan isterinya Fazura yang kini sudah mula berhijab Menurut pelak...
Hiburan Kini Bertudung Fazura Harap Isu Agama Tak Perlu Disensasikan

Hiburan Kini Bertudung Fazura Harap Isu Agama Tak Perlu Disensasikan

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 236 hits
Penampilan baru pelakon dan penyanyi jelita Fazura yang kini berhijab telah menarik perhatian orang ramai Fazura turut berharap agar isu agama seperti ibadah berhijab dan berhijrah tidak perlu disensasikan AdvertisementMenurut Fazura atau n...
Hiburan Isteri Nubhan Kini Hamil Empat Bulan

Hiburan Isteri Nubhan Kini Hamil Empat Bulan

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 270 hits
Penyanyi Nubhan baru baru ini ada mengumumkan berita gembira di mana isteri kesayangan Afifah Hidayah kini sedang sarat hamil empat bulan BACA AdvertisementSelepas mengalami keguguran pada bulan Januari yang lalu Nubhan dan isteri mengangga...
Kini Giliran Hafiz Mahamad Pula Tampil Buka Cerita Isu Uel Sekali Hafiz Mahamad Dedah Sesuatu Tentang Mereka

Kini Giliran Hafiz Mahamad Pula Tampil Buka Cerita Isu Uel Sekali Hafiz Mahamad Dedah Sesuatu Tentang Mereka

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 522 hits
Enggan menyebelahi mana mana pihak personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad sebaliknya berkongsi beberapa kebaikan Ustaz Ebit Lew Caprice dan Nadir Al Nuri Menurut Hafiz ketiga tiga mereka ini merupakan insan yang hebat dan banya...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11