
Semalam pula, Abdul Hamid meminta orangramai bersabar berhubung penangkapan Jho Low.“Macam mana kita bersabar menunggu waktu berbuka puasa, begitulah juga kita perlu bersabar menunggu penangkapan bilionaire itu.“Satu hari lagi kita genap berpuasa, maka kita perlu bersabar. Begitulah seterusnya dalam waktu terdekat,” katanya lagi.Kata sumber yang layak dipercayai, keyakinan tinggi yang ditunjukkan oleh Abdul Hamidi berhubung penangkapan Jho Low bukanlah perkara main-main.“Kenyataan demi kenyataannya berhubung penangkapan Jho Low memberi gambaran bahawa bilionaire tersebut sudah ada dalam kawalan pihak berkuasa dan hanya menunggu masa saja untuk dibawa balik atau diumumkan secara rasmi.“Jika Jho Low belum ditangkap, tidak mungkin IGP ada keyakinan sebegitu tinggi,” kata sumber itu lagi.Skandal 1MDB telah menjadi isu besar bagi PH dalam PRU14 sehingga gabungan itu berjaya menumbangkan BN.Disebabkan skandal 1MDB juga, Najib Razak kini sedang dibicarakan berkaitan dengannya sama ada berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.Jho Low pula, sebaik BN kalah dilaporkan telah bersembunyi di beberapa tempat, antaranya Macau dan China.Penangkapan Jho Low tentunya merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia dalam era Malaysia Baru untuk mengetahui kebenaran skandal 1MDB yang diperkatakan di seluruh dunia itu.Tanpa keterangan beliau, duduk perkara sebenar mengenai skandal 1MDB tidak akan sempurna jadinya.Maka, rakyat Malaysia memang menunggu-nunggu dan tidak sabar menanti berita penangkapannya itu.Apa agaknya perasaan Najib jika penangkapan Jho Low ini benar-benar menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini? (Shahbudindotcom 04/06/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |