Jho Low Penyanyi Rap Didakwa Di As


MALAYSIAKINI

   
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa Jho Low dan seorang bekas ahli rap kumpulan Fugees, Prakazrel “Pras” Michel di mahkamah kerana bersubahat menyalurkan dana haram dalam kempen pilihan raya presiden negara itu pada 2012

Berdasarkan pendakwaan tersebut Jho Low didakwa mengarahkan pemindahan dana sebanyak kira-kira AS$21.6 juta dari akaun dan entiti asing kepada Michel untuk digunakan sebagai sumbangan kempen yang sah dalam pilihan raya berkenaan.

Pemindahan dana itu, menurut DOJ, dilakukan antara Jun dan November 2012.

Bagaimanapun pendakwaan tersebut tidak mendedahkan calon presiden yang mendapat sumbangan daripada ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa beberapa negara terbabit.

Umum mengetahui Michel terkenal sebagai penyokong kuat Barack Obama daripada Parti Demokrat.

Berdasarkan rekod pilihan raya AS, dia pernah menyumbang kepada beberapa jawatankuasa politik yang menyokong kempen pemilihan semula Obama pada 2012 serta beberapa jawatankuasa politik lain Parti Demokrat.

Mengikut undang-undang pilihan raya AS, menjadi kesalahan jenayah bagi warga asing memberikan sumbangan politik dalam pilihan raya AS sama ada di peringkat tempatan, negeri mahupun persekutuan.

Suspek utama kes curi
DOJ mendakwa Michel dan Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - bersubahat melakukan kesalahan itu dengan menyalurkan wang daripada Low melalui beberapa invididu yang kononnya membuat sumbangan secara sah menggunakan nama masing-masing.

“Low tidak bersalah, dan dia dianggap tidak bersalah bawah undang-undang AS,” kata jurucakap Low dalam satu kenyataan melalui peguamnya.

“Low tidak pernah membuat apa-apa sumbangan kempen kepada AS, baik secara langsung atau pun tidak langsung. Dia tidak tahu-menahu dan menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan dalam perkara yang dituduh terhadapnya itu,” katanya lagi.

Sebelum ini Jho Low berdepan beberapa tuduhan jenayah di AS berhubung skandal 1MDB bernilai berbilion dolar.

Dia dikenal pasti sebagai suspek utama dalam tuduhan mencuri wang 1MDB berjumlah AS$4.5 bilion oleh pihak berkuasa Malaysia dan AS.
Dalam kes dana pilihan raya tersebut, Michel hadir ke sebuah mahkamah persekutuan di Washington, DC untuk menghadapi pertuduhan kes.

Jurucakap DOJ Peter Carr mengesahkan Michel mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, dan akan kembali ke mahkamah pada 16 Mei untuk pendengaran kes.

“Michel sangat kecewa kerana setelah sekian lama, kerajaan mendakwanya berhubung sumbangan kempen pada 2012,” kata peguamnya Barry Pollack dalam satu kenyataan.

“Michel tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan tidak sabar menghadapi pendengaran kes di hadapan juri,” katanya lagi.

Michel dan Jho Low masing-masing berhadapan satu tuduhan penipuan terhadap kerajaan AS dengan dakwaan membuat sumbangan asing dan menyalurkannya sebagai sumbangan kempen.

Michel turut didakwa dengan satu tuduhan menyembunyikan fakta material dan dua tuduhan membuat rekod palsu berhubung konspirasi tersebut.

Selain didakwa menggunakan penderma palsu (straw donors), Michel sendiri didakwa menderma kira-kira AS$1.1 juta menggunakan namanya dan syarikatnya bagi menyembunyikan bahawa wang itu sebenarnya datang daripada Jho Low.

Tarikh dan jumlah sumbangan tersebut berpadanan dengan pendedahan dana persekutuan oleh Black Men Vote, sebuah jawatankuasa politik yang menyokong usaha pemilihan semula Obama pada tahun tersebut.

Ini bukanlah kali pertama DOJ mengaitkan Low dan Michel dalam pembiayaan kempen.

Dalam satu tindakan pelucutan sivil pada 2018, DOJ mengumumkan Michel dan seorang kakitangan DOJ membuka beberapa akaun bank AS bagi menerima berpuluh juta dana dari akaun luar negara yang dikawal oleh Jho Low.- Reuters




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/jho-low-penyanyi-rap-didakwa-di-as.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Bekas Penyanyi Fugees Didakwa Biayai Kempen Barack Obama

Jho Low Bekas Penyanyi Fugees Didakwa Biayai Kempen Barack Obama

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dikenakan pendakwaan tambahan oleh Jabatan kehakiman Amerika Syarikat pagi tadi berhubung kes 1Malaysia Development
Jho Low Didakwa Atas Sumbangan Haram Kempen Obama

Jho Low Didakwa Atas Sumbangan Haram Kempen Obama

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 280 hits
Jho Low didakwa atas sumbangan haram kempen Obama Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 May 2019 7 47AM
1mdb Didakwa Guna Kempen P Raya Barack Obama B Penyanyi Fugees

1mdb Didakwa Guna Kempen P Raya Barack Obama B Penyanyi Fugees

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 294 hits
Jho Low dan bekas penyanyi Fugees didakwa biayai kempen Barack ObamaHALAMAN HIBURANKUALA LUMPUR Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dikenakan pendakwaan tambahan oleh Jabatan kehakiman Amerika Syarikat pagi tadi berhubung ...
Jho Low Banyak Ambil Duit 1mdb Untuk Dirinya Tun Mahathir

Jho Low Banyak Ambil Duit 1mdb Untuk Dirinya Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 499 hits
PUTRAJAYA Kerajaan mempunyai bukti ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mengambil banyak dana 1Malaysia Development Berhad untuk dirinya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dana yang diperolehi balik hanya RM2 ...
Jho Low S Mother Authorises Lawyer To Receive Forfeiture Notice

Jho Low S Mother Authorises Lawyer To Receive Forfeiture Notice

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR The lawyer of businessman Low Taek Jho or Jho Low s mother says he has been authorised by his client to receive the notice of motion served on her for property forfeiture M Puravalen explained to Justice Mohamed Zaini Mazlan du...
Kali Terakhir Jho Low Hubungi Saya Semasa Rundingan Ecrl Daim

Kali Terakhir Jho Low Hubungi Saya Semasa Rundingan Ecrl Daim

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 440 hits
foto sumber internetDaim Zainuddin mendakwa Jho Low menawarkan bantuan berhubung perbincangan dengan Beijing mengenai projek Rel Keretapi Pantai Timur namun perkara itu dinafikan jurucakap ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu Kali ter...
Doj Penjaga Pulangkan Berlian Ibu Jho Low

Doj Penjaga Pulangkan Berlian Ibu Jho Low

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 353 hits
MALAYSIAKINI Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyatakan penjaga set barang kemas yang dikaitkan dengan 1MDB dipercayai diberikan oleh ahli perniagaan kontroversi Jho Low kepada ibunya Evelyn Goh akan dikembalikan kepada negara itu Dalam ...
How Jho Low Attracts Dr M So Much

How Jho Low Attracts Dr M So Much

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 320 hits
TUN Dr Mahathir says the government will continue its pursuit in getting Jho Low because he got away with a lot of our money Wow The Malaysian government is into some treasure huntings among the participants being the AG MACC PDRM and other...
Siapa Jho Low Disisi Daim

Siapa Jho Low Disisi Daim

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 437 hits
oleh Ahnad Faiz Kata media pro PH Jho Low ni orang paling dikehendaki di Malaysia Tapi betul ke begitu Sebab kalau ikut kepada carian notis merah Interpol namanya masih tidak ada disitu nama Sirul ada nama Jho Low takde Tapi itu satu hal sa...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti