Jho Low Bersalah Di Mahkamah Kuwait


 
Zainusdin Omar



Sebuah mahkamah di Kuwait mensabitkan kesalahan ahli perniagaan Low Taek Jho tanpa kehadirannya semalam atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1MDB.

 
Menurut laporan akhbar Kuwait Al-Qabas seorang sheikh, bersama rakan kongsinya, dan dua warga asing telah dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun, manakala seorang peguam dijatuhkan hukuman tujuh tahun, atas tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana Malaysia itu.

 
Mereka juga diarah memulangkan AS$1 bilion (RM4.4 bilion) selain membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).

 
Akhbar itu tidak menamakan syeikh tersebut, rakan kongsinya, mahupun peguam berkenaan, tetapi hanya menyebutnya sebagai "dana Malaysia".

 
Menurut laporan itu, ini adalah kes pengubahan wang haram terbesar. Ia juga mengenal pasti warga asing itu sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis Bachar Kiwan.

 
Sementara itu laman Sarawak Report pula berkata dana Malaysia yang dimaksudkan tersebut ialah 1MDB.

 
Ia juga menamakan syeikh itu sebagai Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah, yang adalah anak kepada bekas perdana menteri Kuwait. Rakan kongsinya dikenal pasti sebagai sekutu Low, Hamad Al Wazan, dan peguamnya sebagai Saud Abdelmohsan.

 
Menurut Al-Qabas, kelima-lima mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam bentuk mata wang China bersamaan dengan KD343,700,000 (RM4.95 bilion) dengan mengetahui bahawa ia adalah hasil haram yang digelapkan daripada dana pelaburan Malaysia.

 
Akhbar itu juga melaporkan bahawa kes berkenaan telah ditangguhkan selama dua tahun sebelum dibuka semula kerana pihak pendakwaan menghadapi halangan mendapatkan maklumat dari luar negara.

 
Laporan itu tidak menghuraikan mengenai kesukaran tersebut atau siapa yang terlibat, tetapi Sarawak Report berkata ia menunjukkan kurangnya kerjasama daripada Malaysia.

 
“Sarawak Report dimaklumkan bahawa Kuwait tidak menerima kerjasama yang berguna daripada kerajaan Malaysia sepanjang tempoh ini dalam usaha mengembalikan berbilion-bilion negara yang dicuri.

 
“Sarawak Report hanya boleh merumuskan bahawa kegagalan Malaysia untuk bertindak berpunca secara langsung kepada hasrat (bekas perdana menteri Najib Razak) dan sekutu BN yang menyokong kerajaan Muhyiddin (Yassin) untuk menutup bukti lebih lanjut tentang rasuah oleh Najib.

 
“Kekurangan kerjasama ini nampaknya berterusan sehingga hari ini, menyebabkan pihak berkuasa Kuwait meneruskan kes itu tanpa kerjasama Malaysia dan sememangnya tanpa Malaysia membuat tuntutan sewajarnya terhadap wang berkenaan.

 
“Sememangnya, laporan media Kuwait hari ini (Selasa) menjelaskan bahawa perkara ini berlaku, membawa kepada kegusaran kepada pihak berkuasa Kuwait mengenai 'kegagalan menerima maklumat daripada pihak antarabangsa' (yang bermaksud kurang kerjasama dari Malaysia),” katanya.

 
Pada tahun 2020, The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat Malaysia menemui jejak wang dari China ke sebuah bank China di Kuwait dan seterusnya ke entiti di Kepulauan Cayman yang dikawal oleh Low, dan digunakan untuk membayar hampir AS$1 bilion untuk aset yang dikuasainya di Malaysia untuk membayar hutang-hutang 1MDB.

 
Urus niaga itu dilakukan dalam mata wang China, Yuan untuk mengelak pemeriksaan daripada pihak berkuasa AS yang sedang menyiasat aktivitinya.

 
Low menafikan salah laku tersebut, tetapi setakat ini tidak mengulas mengenai laporan WSJ itu.

Tahun lalu, Bachar yang berasal dari Kuwait memberitahu Malaysiakini bahawa dia ada menawarkan diri untuk membantu siasatan SPRM.

 
Low didakwa menggunakan syarikat Bachar, Al Waseet untuk mengubah  wang. Bachar berkata apabila dia enggan bekerjasama, pegawai Kuwait mendakwa dirinya bersama keluarga dan rakan kongsinya, sehingga memaksa dia melarikan diri dari negara itu ke Perancis.

 
Bachar berkata dia percaya bahawa dana itu adalah komisen yang diterima Low daripada firma China yang terlibat dalam projek infrastruktur besar di Malaysia.


 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/jho-low-bersalah-di-mahkamah-kuwait.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Kuwait Jatuhkan Hukuman Penjara 10 Tahun Ke Atas Jho Low

Mahkamah Kuwait Jatuhkan Hukuman Penjara 10 Tahun Ke Atas Jho Low

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 418 hits
Malaysiakini Sebuah mahkamah di Kuwait mensabitkan kesalahan ahli perniagaan Low Taek Jho tanpa kehadirannya semalam atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1MDB Menurut laporan akhbar Kuwait Al Qabas seorang sheikh bersama rak...
1mdb Scandal Kuwait Court Sentences Jho Low To 10 Years Jail

1mdb Scandal Kuwait Court Sentences Jho Low To 10 Years Jail

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 660 hits
Fugitive businessman convicted in absentia for money laundering Wanted fugitive Low Taek Jho better known as Jho Low was convicted in absentia yesterday in a Kuwaiti court for money laundering charges in relation to the 1Malaysia Developmen...
Macc S Cooperation With Kuwait Led To Jho Low S Conviction Azam

Macc S Cooperation With Kuwait Led To Jho Low S Conviction Azam

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 224 hits
The MACC has denied allegations that it had been uncooperative with Kuwaiti efforts to prosecute 1MDB related crimes in the Gulf state Instead its chief commissioner Azam Baki told Malaysiakini it has been working with Kuwaiti authorities s...
Sarah Curang Dengan Suami Orang Tak Apa Kita Tengok Kuat Mana Bukti Lawan Di Mahkamah

Sarah Curang Dengan Suami Orang Tak Apa Kita Tengok Kuat Mana Bukti Lawan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 193 hits
Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin dan peguamnya masih belum menerima sebarang makluman berhubung permohonan nusyuz yang difailkan Syamsul Yusof semalam
Kalau Dah Jumpa Di Mahkamah Mesti Aku Saman Kau La Syamsul Yusof Nak Settle Dengan Farid Kamil Di Mahkamah

Kalau Dah Jumpa Di Mahkamah Mesti Aku Saman Kau La Syamsul Yusof Nak Settle Dengan Farid Kamil Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 239 hits
Dua minggu lalu pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya Syamsul Yusof sekitar 2020 yang menjadi antara punca dia keluar daripada rumah nbsp Serentak dengan pendedahan itu pelakon Farid Kamil pula tampil mendedahkan...
Guan Eng Heret Muhyideen Ke Mahkamah

Guan Eng Heret Muhyideen Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 298 hits
BANYAK KES MAHKAMAH DIPENUHI OLEH ORANG POLITIKTAK MALU KE JADI ORANG POLITIK KES MELAMBAKKKK YANG DALAM PERBICARAANPUN TAK HABIS HABIS TAK TAHU LA BERAPATAHUN NAK SELESAI TAPI IA LA JUGA APA NAK DITAKUTKAN APA YANG NAK DIRISAUKANORANG YANG...
Kepada Farid Kamil Kita Dah Tua Bro Apa Kau Nak Buat Game Budak Budak Aku Jumpa Kau Di Mahkamah Kata Syamsul

Kepada Farid Kamil Kita Dah Tua Bro Apa Kau Nak Buat Game Budak Budak Aku Jumpa Kau Di Mahkamah Kata Syamsul

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 312 hits
nbsp Aku jumpa kau di mahkamah Itu pesanan oleh pengarah dan pelakon Syamsul Yusof apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Farid Kamil yang mendakwa lelaki terbabit pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun ...
Saya Ada Bukti Bergambar Wujud Pihak Ketiga Akan Dedah Di Mahkamah Kata Farid Kamil

Saya Ada Bukti Bergambar Wujud Pihak Ketiga Akan Dedah Di Mahkamah Kata Farid Kamil

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 314 hits
nbsp PENGARAH dan pelakon Farid Kamil menegaskan dia mempunyai bukti atas dakwaan wujud orang ketiga dalam kemelut rumah tangganya bersama Diana Danielle Farid atau Farid Kamil Zahari 42 bagaimanapun berkata dia tidak boleh mendedahkan bukt...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone

Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Matawang Kripto Polkadot Jumaat 24 Januari 2025