Jhl Sabah Berhasrat Awet Bangkai Badak Sumbu Iman


KOTA KINABALU, 24 Nov (Bernama) — Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah berhasrat untuk mengawet bangkai Iman, badak sumbu Sumatera betina terakhir Malaysia yang mati petang semalam, selain bercadang untuk menyerahkan bangkai berkenaan kepada pihak Muzium Negeri Sabah.
Pengarah JHL Sabah Augustine Tuuga berkata bangkai Iman pada ketika ini masih berada di Santuari Badak Borneo di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.
“Kita akan cuba mengawet (bangkai badak sumbu itu) dan saya bercadang untuk menyerahkannya kepada Muzium Sabah,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Iman diselamatkan pada 2014 di Lembah Danum, Lahad Datu dan ia dianggarkan berusia 25 tahun.
Malaysia kehilangan satu-satunya badak sumbu Sumatera betina apabila Iman disahkan mati pada 5.35 petang semalam dan berita sedih mengenai kematian itu diumumkan JHL Sabah dalam satu kenyataan media.
Kematian Iman adalah secara semula jadi dan dikategorikan sebagai mati mengejut.
Tuuga berkata langkah melakukan pengawetan bangkai badak sumbu itu bertujuan membolehkan haiwan mamalia tersebut dipamerkan di Muzium Sabah bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang kewujudan spesies berkenaan di Malaysia khususnya di negeri ini.
“Kita mahu memperlihatkan bahawa kita pernah ada spesies ini di Malaysia. Kita mahu memberitahu bahawa kita ada spesies ini dan inilah spesies terakhir,” katanya.
Beliau berkata langkah mengawet bangkai Iman juga adalah sama seperti dilakukan terhadap bangkai Tam, badak sumbu jantan terakhir Malaysia yang mati pada Mei lalu akibat kegagalan jantung dan paru-paru.
Pada Okt lepas, bangkai badak sumbu Sumatera jantan yang telah diawet itu dipamerkan di Muzium Sabah sempena Pameran Khas Dirgahayu Yang Dipertua Negeri Sabah dan pameran ‘Tam: Badak Jantan Terakhir’.
Orang ramai berpeluang melihat secara dekat hidupan liar tersebut yang diletakkan di satu sudut khas di muzium itu dengan dilengkapi maklumat bergambar serta video mengenai semua badak yang pernah ditemui di hutan Sabah.
Mengulas lanjut mengenai Iman, Tuuga berkata, sel-sel telur badak sumbu betina berkenaan masih diawet dan jabatannya masih mempunyai perancangan untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan Indonesia sama ada menerusi prosedur persenyawaan in vitro atau dari segi kerjasama teknikal.
Semalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri dalam kenyataan berkata kematian Iman berlaku lebih awal dan berita itu amat menyedihkan.
Liew berkata Iman diberi penjagaan dan perhatian terbaik sejak ia ditangkap pada Mac 2014 sehinggalah haiwan itu mati  dan Iman sebenarnya hampir mati apabila beberapa kali kehilangan banyak darah akibat ketumbuhan atau tumor pada uterusnya beberapa tahun lalu.
Pasukan di Tabin memberikan sokongan intensif sepanjang masa serta berjaya memulihkan tahap kesihatannya selain menghasilkan sel telur beberapa kali.
Sabah turut berharap ia masih dapat memanfaatkan beberapa sel telur daripada Iman bagi cadangan kerjasama Malaysia-Indonesia mengenai spesies tersebut, katanya.
Sumber: BERNAMA
The post JHL Sabah Berhasrat Awet Bangkai Badak Sumbu Iman appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/24/jhl-sabah-berhasrat-awet-bangkai-badak-sumbu-iman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahap Kesihatan Iman Badak Sumbu Sumatera Terakhir Malaysia Semakin Teruk Christina

Tahap Kesihatan Iman Badak Sumbu Sumatera Terakhir Malaysia Semakin Teruk Christina

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 551 hits
KOTA KINABALU 20 Nov Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata negara bakal kehilangan badak sumbu sumatera terakhir yang dikenali sebagai Iman berikutan keadaan kesihatan badak berkenaan yang semakin teruk Beliau yang juga Menter...
Iman Sudah Tiada Badak Sumbu Sumatera Kini Pupus Di Malaysia

Iman Sudah Tiada Badak Sumbu Sumatera Kini Pupus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 918 hits
Iman Sudah Tiada Badak Sumbu Sumatera Kini Pupus di Malaysia Sesuatu yang mendukacitakan Kini tiada lagi badak sumbu Sumatera di Malaysia selepas berita mengenai kematian badak betina terakhir bernama Iman mula tular di media massa pada Sab...
Foto Bangkai Babi Terpapar Kolera Berserakan Di Sumatera Utara

Foto Bangkai Babi Terpapar Kolera Berserakan Di Sumatera Utara

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 473 hits
Ratusan bangkai babi terpapar virus Hog Cholera berserakan di sungai dan mencemari lingkungan sejumlah wilayah di Sumatera Utara Sumber
Astaga Kali Ini Bangkai Babi Dibuang Di Jalanan Kota Medan

Astaga Kali Ini Bangkai Babi Dibuang Di Jalanan Kota Medan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 401 hits
Setelah sebelumnya dibuang ke sungai ternyata bangkai babi juga dibuang di jalanan Tiga ekor bangkai babi yang ditempatkan di dalam karung goni ditemukan warga di kawasan Jalan Gedung Arca Kota Medan Kepala lingkungan I kelurahan Pasar Mera...
Bangkai Babi Terjangkit Hog Cholera Dibuang Ke Sungai Warga Takut Makan Ikan

Bangkai Babi Terjangkit Hog Cholera Dibuang Ke Sungai Warga Takut Makan Ikan

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 520 hits
Banyaknya bangkai babi yang dibuang ke sungai dan sampai ke Medan mulai berdampak sosial Sebagian warga Kota Medan mengaku khawatir memakan ikan dari sungai dan laut sekitarnya
351 Bangkai Babi Cemari Sungai Dikuburkan Di Tepi Danau Siombak

351 Bangkai Babi Cemari Sungai Dikuburkan Di Tepi Danau Siombak

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 332 hits
Penguburan bangkai babi itu menggunakan alat berat Eskavator menggali 5 lubang terpisah di tepi Danau Siombak kemudian memindahkan babi yang telah ditarik dan dikumpulkan di perairan itu ke dalam lubang kemudian menimbunnya
Tak Hanya Di Sungai Bangkai Babi Kini Banyak Dibuang Di Pinggir Jalan

Tak Hanya Di Sungai Bangkai Babi Kini Banyak Dibuang Di Pinggir Jalan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 262 hits
Warga juga diminta mengamankan pembuang bangkai babi tanpa melakukan tindakan anarkistis
Naik Level 2 Selaber Badak Kecoh Kambing Lawat Kolej Pukul 4 30 Pagi

Naik Level 2 Selaber Badak Kecoh Kambing Lawat Kolej Pukul 4 30 Pagi

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 274 hits
Baru baru ini tular satu rakaman video menunjukkan seekor kambing tersesat masuk kedalam kawasan asrama di UiTM Lendu Rakaman tersebut telah dirakamkan pengguna Twitter nblhnrlzmii Kejadian ini berlaku kira kira jam 4 30 pagi dan kambing te...
Nelayan Di Deli Serdang Minta Pembuang Bangkai Babi Di Sungai Ditindak

Nelayan Di Deli Serdang Minta Pembuang Bangkai Babi Di Sungai Ditindak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 306 hits
Seluruh bangkai itu telah dikubur atau dibakar warga bersama aparat kecamatan dan BPBD setempat Prosesnya terpaksa dilakukan secara manual karena tidak ada alat berat yang diturunkan ke sana
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak