Jenis Penyakit Pokok Kelapa Sawit Dan Cara Rawatan Pencegahan


Sumber: http://greenfoliar.blogspot.com/
Pengurusan penyakit tanaman sawit merupakan aspek penting untuk menambah kuantiti dan kualiti hasil yang akan dikeluarkan. Bagi industri sawit, beberapa penyakit telah dikenalpasti boleh menjejaskan industri pengeluaran minyak sawit. Penyakit-penyakit tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan kulat.
Penyakit Jembala (Crown Diseases)
Penyakit ini mudah dikesan apabila terdapat pelepah dan daun menjadi patah di bahagian tengah mengakibatkannya berbau busuk. Antara faktor penyebab berlakunya penyakit Crown Diseases ini adalah pokok yang baru berkembang mengalami tekanan atau stress, menerima kurang nutrisi dan genetic. Pada peringkat akhir serangan, pelepah dan pucuk yang patah akan berbentuk mahkota (crown)   Penyakit reput pucuk (rut bot- spear Rot)
Penyakit ini dapat dikesan apabila bahagian pangkal pucuk muda menjadi perang. Pucuk yang mati senang dicabut dan jika umbut tidak terjejas kemungkinan pokok akan mengeluarkan pucuk baru. Pokok yang diserang penyakit ini akan mengeluarkan bau busuk (putrid odour) dan mempunyai kaitan dengan serangan bacteria. Dalam jangka masa 12-24 bulan, pokok yang terkena serangan penyakit ini akan mengeluarkan berat buah yang semakin berkurangan termasuk kualiti pengeluaran minyak oleh tandan terbabit. Pokok yang mengalami serangan yang serius akan mati.
Reput batang bahagian atas (Upper Stem Rot)
Pokok yang diserang akan terdapat tompok-tompok kuning (chlorisis) pada daun. Ibu kulat (sporophores) biasanya tumbuh seperti kulit keras berwarna perang kekelabuan berukur 8sm - 10sm.
Reput Tandan Buah (Marasmius)
Tanda-tanda penyakit mudah dikesan apabila tandan buah reput diliputi bebenang putih (mycelium). Apabila keseluruhan tandan buah diserang, cendawan-cendawan akan kelihatan. Cendawan – cendawan ini selalunya berwarna putih dan berubah menjadi merah samar pada musim kering atau kemarau.
Penyakit reput pangkal batang (Basal stem Rot)
Agen penyebab; Ganoderma boninense. Penyakit ini telah dikenalpasti boleh menjejaskan Industri pengeluaran minyak sawit. Mengikut laporan, dibahagian tepi pantai pokok yang berumur 13 tahun ke atas, sebanyak 80% akan diserang penyakit BSR.
Di bahagian pedalaman pula, pokok yang berumur 13 tahun keatas menunjukkan 30% berpotensi diserang oleh penyakit BSR. Penyakit ini menyebabkan pucuk tidak berkembang atau tidak terbuka dan akhirnya menjadi perang dan mati. Serangan bermula dari pelepah tua. Pelepah yang mati menjadi terkulai, membentuk seperti penutup di sekeliling batang. Apabila pangkal batang reput, semua pelepah akan mati. Pada peringkat awal, ibu kulat menjadi putih dan berubah-ubah menjadi perang berkilat pada bahagian atas. Penyakit BSR juga merupakan sejenis penyakit yang mudah berjangkit dan bersifat parasit pada akar dan pohon.   Pada asasnya penyakit BSR disebar oleh Spora cendawan dengan beberapa cara ; Pembiakan 'Berseks' dan 'Tanpa seks' . Disebar oleh tanah dan akar. Disebar oleh air dan udara. Disebar oleh serangga. Disebarkan oleh pekerja. Pekebun yang kurang pengetahuan BSR.   Miselium boleh merembeskan pelbagai jenis enzim yang boleh menguraikan serat kayu pokok kelapa sawit dan menyerap menjadi pemakanan, pada masa yang sama ia akan mereput pokok kelapa sawit. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan penyakit BSR Persekitaran yang lembap
Tanah yang berasid
Pokok yang berumur
Baja yang berlebihan dan tidak seimbang
Disebar oleh tanaman lain yang telah dijangkit oleh penyakit BSR seperti pokok kelapa dan getah
Tanam semula di atas kawasan yang belum dibersihkan dengan teliti yang menghadapi BSR sebelum ini
Menggunakan baja organik 'mentah' atau yang tercampur abuk kayu yang mengandungi spora seperti tahi ayam
Penggunaan racun rumpai menyebabkan reput akar
Jangka panjang dan penggunaan baja kimia yang berlebihan menjadi punca keasidan tanah, strain mikrob tanah akan berkurangan atau apabila kehilangan keseimbangan ekologi,imunisasi pokok akan menjadi lemah dan mudah dijangkit penyakit BSR.    Kaedah pencegahan & Pengawalan Penyakit Sawit   Penyakit Jembala (Crown Disease)   Untuk mengelakkan merebaknya penyakit ini, bahagian yang dijangkiti hendaklah dipotong dan diikuti dengan semburan 0.1% Thiabendazol
  Reput pucuk (But Rot – Spear Rot)   Pengawalan yang dilakukan adalah dengan mencabut pucuk-pucuk yang mati dan sembur bahagian tersebut dengan campuran racun kulai atau racun bacteria seperti Thiram dan Streptomycin. Selain itu, untuk merawat penyakit ini dari menjadi lebih serius, baja yang digunakan hendaklah mengandungi asid phosphoric, potassium hydroxide dan potassium citrate samada melalui suntikan ke batang pokok atau melalui serapan akar. Baja Green Drops mengandungi 8.28% Potassium, 3.07% Phosphorus dan 6.10% Nitrogen dan ia mencukupi untuk mencegah serta mengurangkan penyakit Reput Pucuk
  Reput Batang Bahagian Atas (Upper Stem Rot)   Penyakit ini boleh dikawal dengan memotong bahagian yang diserang dan sapu cat pelindung pada bahagian tersebut. Pokok yang mati hendaklah dimusnahkan dengan cara membakar
  Reput Tandan Buah (Marasmius)   Penyakit reput tandan buah boleh dikawal dengan cara memusnahkan semua tandan yang diserang. Jika hanya sebahagian sahaja yang diserang, semburan racun kulat adalah disyorkan. Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan cara membuang semua tandan buah muda supaya kulat tidak merebak dan menjadikan tandan-tandan berkenaan busuk
  Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot)   Penyakit ini belum ada satu kawalan yang baik. Bagaimanapun penyakit seumpama ini dapat dielak dengan menjaga kebersihan ladang dengan baik. Pokok yang kena serangan perlu dimusnahkan.   Cara rawatan penyakit cendawan:   Pulihkan tanah dahulu. Baja Green Drops mampu memulih dan meningkatkan tahap PH dalam tanah. Baja Green Drops juga mampu mengurangkan fungal, pathogen, nematode dan lain-lain penyakit dalam tanah. Ini sekaligus akan membunuh bakteria cendawan
  Ingat, perlu sihatkan dahulu tanah sebelum membuat sebarang rawatan terhadap ganoderma. Dengan penggunaan baja Green Drops, tanah akan kembali kepada neutral dan persekitaran yang sihat ini akan membantu pertumbuhan kelapa sawit. Baja Green Drops mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan seperti Aluminium, Boron, Calcium, Carbon, Copper. Iron, Magnesium, Manganese, Molybdenum, Nitrogen, Oxygen dan banyak lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adamayu.blogspot.com/2014/12/jenis-penyakit-pokok-kelapa-sawit-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Cara Yang Mudah Nak Tanam Pokok Ketumbar

Rahsia Cara Yang Mudah Nak Tanam Pokok Ketumbar

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 622 hits
Cara Tanam Pokok Ketumbar Ketumbar merupakan sejenis daun herba yang mempunyai bau yang wangi dan menambah rasa enak dalam masakan terutama masakan berasaskan sup Penanaman pokok ketumbar di rumah merupakan idea bernas dan tepat kerana buka...
Cara Ubati Terkena Pokok Rengas Dan Mitos Si Rengas Kayu Hantu

Cara Ubati Terkena Pokok Rengas Dan Mitos Si Rengas Kayu Hantu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 762 hits
Anda biasa terkena bisa pokok rengas Atau masih tercari cari cara ubati terkena pokok rengas Bahaya bahaya itu yang biasa kedengaran di halwa telinga akan cerita si pokok rengas ni Mari kita kenali dulu pokok rengas Nama Melayu Pokok Rengas...
Wanita Peru Tahu 12 Jenis Penyakit Bahaya

Wanita Peru Tahu 12 Jenis Penyakit Bahaya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 183 hits
Posted on by kredit pada Sebagai wanita kita seringkali terdedah kepada risiko penyakit Umur muda juga tidak terkecuali berisiko terhadap penyakit2 yang seringkali menghantui kaum wanita Oleh itu amat penting semua yang bergelar WANITA mela...
Memangkas Pelepah Kelapa Sawit

Memangkas Pelepah Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 459 hits
Pemangkasan bertujuan memudahkan kerja merumput dan membaja terutama semasa pokok masih muda menyegerakan kerja penuaian dan memudahkan kerja memungut buah lerai Pemangkasan boleh dibahagikan kepada empat keadaan Pemangkasan pelepah pokok m...
Cara Mudah Cari Berlian Ialah Di Bawah Pokok Pandan Ahli Geologi

Cara Mudah Cari Berlian Ialah Di Bawah Pokok Pandan Ahli Geologi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 185 hits
Seorang ahli geologi Stephen Haggertu daripada Universiti Antarabangsa Florida dalam penemuan terbaru memberitahu bahawa kemungkinan terdapat berlian asli di sekitar kawasan yang ditanam pokok pandan Menurutnya berlian biasanya tersembunyi ...
Cara Letak Baja Di Pokok Orkid Hutan

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid Hutan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraKali ini noe nak kongsi perihal Pokok Orkid noe yang dah bertahun tahun tak berbunga Pokok ini pemberian arwah bapa mertua yang noe panggil sebagai Uncle Arwah Uncle memang penggemar pokok orkid Kalau dia ...
Cara Rawat Penyakit Batu Karang Glamo Health

Cara Rawat Penyakit Batu Karang Glamo Health

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 295 hits
Hi semua bila dapat tahu abang ada batu karang rasa sedih sangat sebab tengok abang selalu sakit Jadi Mar buat keputusan untuk cari ikhtiar jumpa satu produk yang bagus untuk batu karang ni iaitu Botanical Beverage Mix minuman botani dari p...
Nenek Kental Panjat Pokok Kelapa

Nenek Kental Panjat Pokok Kelapa

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 187 hits
Kuala Kangsar Seorang warga emas layak digelar nenek kental apabila mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira kira 20 meter dalam tempoh tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu bagi menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities