Jenis Jenis Plastik Yang Utama Dan Kegunaannya


Jenis-jenis plastik yang kita patut tahu
Saya selalu ikuti group deko di facebook dan juga Instagram. Kebanyakan kita sukakan rumah yang cantik dan kemas. Dan kalau boleh semua benda kita nak susun atur dengan baik.
Termasuk di ruangan dapur yang kemas, memang mudah kita nak cari barang keperluan. Misalnya menyimpan garam, gula, serbuk kari dan kunyit di dalam botol plastik. Dan pernah tak korang tengok di label bawah botol plastik tu? Biasanya akan dilabelkan nombor pada bawahnya.
Gambar dari Facebook Nombor-nombor tu pula ada perbezaan antara jenis-jenis plastik yang dibahagikan mengikut kod Society of the Plastics Industry (SPI).  SPI telah membuat klasifikasi untuk memberi pendedahan kepada pengguna dan seterusnya membantu pengguna terutamanya ketika melakukan proses kitar semula.
Ada plastik yang kita tak boleh guna untuk letakkan makanan. Selain tu ada juga yang tak boleh digunakan lebih dari sekali. Ada juga yang boleh memberikan mudarat pada badan kita.
Hmm bahaya kan?
Sebab tu mustahak ambil tahu ilmu tentang jenis-jenis plastik ni.
Pengetahuan ni penting tau, sebab kalau kita tahu jenis-jenis plastik, kita dapat gunakan plastik dengan bijak tanpa mencemarkan alam sekitar.  Lagi satu, sebab ianya berkait rapat dengan aspek kesihatan kita, itu yang utama.
7 Jenis-jenis Plastik yang utama
#1 Pertama : Polyethylene Terepthalate Ia ditulis dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman.
Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
#2 Kedua : High-Density Polyethylene (HDPE) Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Plastik ini selamat digunakan, walaubagaimanapun, tidak dicadangkan untuk digunakan semula bagi mengisi sebarang makanan dan minuman. Kebanyakan plastik jenis HDPE digunakan sebagai botol detergen, shampoo, gel mandian dan barangan kosmetik yang lain
HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.
#3 Ketiga : Polyvinyl Chloride (PVC) PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap), paip plastik, lantai dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.
#4 Keempat : Low-Density Polyethylene (LDPE) Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.
Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.
#5 Kelima : Polypropylene (PP) Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
PP merupakan jenis plastik kedua tertinggi yang digunakan secara keseluruhannya. Ia merupakan antara termoplastik yang paling mudah lentur. Walaupun PP bersifat lebih kuat berbanding PE, ia tetap dapat mengekalkan fleksibilitinya. Plastik PP bersifat fleksibel, tahan haba, tahan asid, dan murah.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi. Plastik jenis PP dapat digunakan berkali-kali kerana sifatnya yang tahan lama dan merupakan jenis plastik yang sesuai untuk mengisi makanan dan minuman lebih daripada sekali seperti Tupperware.
#6 Keenam : Polystyrene or Styrofoam (PS)  Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut.
Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf.
Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga. Penggunaan berulang kali harus dielakkan kerana kesan yang mungkin timbul daripada reaksi tindakbalas plastik tersebut.
#7 Ketujuh : Miscellaneous Plastics Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN – styrene acrylonitrile
2. ABS – acrylonitrile butadience styrene
3. PC – polycarbonate
4. Nylon
Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.
Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego.
Rujukan : majalahsains.com Semoga entri ini dapat memberi manfaat untuk semua supaya kita lebih berhati-hati. Juga tak lupa amalkan kitar semula untuk menjaga persekitaran bumi
The post Jenis-jenis plastik yang utama dan kegunaannya appeared first on AJUMOHIT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2021/06/jenis-jenis-plastik-yang-utama-dan-kegunaannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Vaksin Pfizer Tetap Pilihan Utama Untuk Ibu Mengandung

Kkm Vaksin Pfizer Tetap Pilihan Utama Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 251 hits
Vaksin keluaran Pfizer BionNTech tetap menjadi pilihan pertama Kementerian Kesihatan untuk para wanita mengandung menurut kementerian itu Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM Dr Nazrila Hairizan berkata pihaknya aka...
Nak Harap Pas Laksanakan Sesuatau Baik Lupakan Jawatan Paling Utama Munafik

Nak Harap Pas Laksanakan Sesuatau Baik Lupakan Jawatan Paling Utama Munafik

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 515 hits
Peguam persoal apa penyelesaian cara Islam Pas buat dalam kerajaanJune 26 2021 Sebenarnya kita tertanya tanya jugak apakah contoh penyelesaian cara Islam yang PAS bawa dalam pentadbiran kerajaan hari ini Janganlah nak berdalih kononnya PAS ...
8 Set Meal Watak Utama One Piece Parodi Bts Meal Di Thailand

8 Set Meal Watak Utama One Piece Parodi Bts Meal Di Thailand

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 354 hits
Nampaknya penangan BTS Meal tidak berhenti disitu sahaja walaupun tempoh kempennya sudah tamat di McDonalds Pelbagai parodi dan kolaborasi lain turut di tagih peminat seperti One Piece Happy Meal di Thailand ini Jadi jom kita selongkar seti...
Tip Utama Pelaburan Emas Apabila Kadar Inflasi Matawang Meningkat

Tip Utama Pelaburan Emas Apabila Kadar Inflasi Matawang Meningkat

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 504 hits
Pelaburan Emas Versus Kadar Inflasi Matawang Satu konsep mudah nak faham adalah semakin meningkat kadar inflasi sesuatu matawang negara maka semakin meningkat harga emas Mari kita lihat apa yang telah berlaku sejak bulan April 2021 hingga M...
Dolar As Menguat Berbanding Mata Wang Utama Sementara Menunggu Berita Hari Jumaat

Dolar As Menguat Berbanding Mata Wang Utama Sementara Menunggu Berita Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 197 hits
Dolar AS menunjukkan kestabilan yang kuat berbanding mata wang utama lain Pada masa yang sama kebanyakan pelaku pasaran berhati hati di tengah tengah jangkaan laporan pekerjaan di sektor bukan pertanian AS yang dijadualkan akan dikeluarkan ...
Video Mader Sitang Jalani Pembedahan Plastik Wajah Terkini Ternyata Berbeza

Video Mader Sitang Jalani Pembedahan Plastik Wajah Terkini Ternyata Berbeza

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 337 hits
Mungkin anda biasa melihat video gelagat serta aksi wanita transgender ini di media sosial yang selalunya viral
Kualiti Minyak Masak Bungkus Plastik Setanding Botol Mpob

Kualiti Minyak Masak Bungkus Plastik Setanding Botol Mpob

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR 7 Zulkaedah 1442H Jumaat Kualiti minyak masak olein dalam bungkusan plastik satu kilogram yang dijual di pasaran tempatan menepati kualiti ditetapkan dan bukan minyak kitar semula kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malays...
Aktiviti Buat Pelangi Guna Plastik Bubble Wrap

Aktiviti Buat Pelangi Guna Plastik Bubble Wrap

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 327 hits
AKTIVITI BUAT PELANGI GUNA PLASTIK BUBBLE WRAP Lama betul umi tak share tentang aktiviti homeschooling di rumah musim PKP ni Banyak je aktiviti dengan budak ni cuma umi kadang kadang malas nak pegang phone depan diorang ni Nak nak si adik t...
What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Tahlil Misteri Di Surau Rnr

Impose Retirement Age On Politicians Too

Lirik Lagu Dalam Sujudku Amira Othman

Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 Di Kuala Lumpur

Seriously Ds Azalina Please Let Them Rest


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Seni Berdamai Dengan Takdir Naim Daniel Ustaz Adnin Roslan

Tindakan Drastik Exco Terengganu Isu 72 Unit Mykiosk Masih Kosong

Hazama Aku Bukan Narsisis Chord

Juyaya Mati Lisin Maya Gawai Chord

Pm Pertahan Keputusan Sambung Kontrak Azam Baki

Nak Duit Je Diorang Ni Umum World Tour Peminat Kesal Lihat Layanan Acuh Tak Acuh Yg Pada Blackpink